Tips dan amalan untuk menenangkan diri semasa pengucapan awam
- Urutkan perlahan-lahan bahagian lembut telapak tangan kiri yang menghubung ke jantung anda. Pujuk diri, sememangnya perasaan takut dimiliki semua manusia yang normal.
- Bacalah atau amalkanlah apa-apa ayat atau petua bagi menenangkan perasaan anda.
- Bagus melawak yang ringan pada peringkat permulaan, bila audiens ketawa kita akan rasa sedikit lega.
- Pujuklah diri anda dengan mengandaikan audiens tidak tahu apa-apa. Tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan perlahan-lahan serta tenangkan diri anda.
- Amalkan sentiasa tersenyum tapi bukannya tersengih untuk tenangkan diri. Lakukan latihan berulangkali sebelum sesi bagi tambahkan keyakinan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...