- Beli makanan segar. Makanan sejuk beku menggunakan 10 kali ganda tenaga untuk dihasilkan.
- Beli sayur-sayuran dan buah-buahan dari ladang organik (menggunakan baja organik/ kompos tanpa racun makhluk perosak).
-
Beli produk keluaran tempatan (Buatan
Malaysia). Ia menjimatkan bahan api dan mengurangkan pelepasan karbon
dioksida yang keluar semasa proses penghantaran.
-
Beralih ke barangan yang boleh
digunakan semula. Ini mengurangkan barang buangan dan menjimatkan sumber
tenaga. Lampin pakai buang adalah bahan yang tidak boleh lupus dengan
sempurna.
-
Jangan beli barang-barang yang
diperbuat daripada haiwan atau tumbuhan terancam bagi mengelakkan
biodiversiti yang menjamin keseimbangan alam sekitar.
-
Bawa bekas mengisi makanan sendiri
apabila membeli makanan untuk dibawa pulang. Ini akan mengurangkan
penggunaan bekas ‘styrofoam’ yang tidak boleh lupus.
-
Rancang pembelian untuk mengelakkan
daripada membeli barangan yang tidak perlu. Cara ini juga akan membantu
para pengguna untuk berjimat.
-
Rancang tempat untuk membeli belah bagi
menjimatkan bahan api dan masa. Belilah barang keperluan dengan sekali
pergi sahaja. Sebaik-baiknya kurangkan memandu bagi mengelakkan
kesesakan lalu lintas atau berjalanlah untuk mengurang pencemaran udara.
-
Bertukarlah kepada petrol tanpa plumbum. Ia mengurangkan pelepasan plumbum ke atmosfera.
-
Pilih peralatan bebas klorofluorokarbon
(CFC) serta mesra alam yang menjimatkan tenaga. CFC boleh memusnahkan
lapisan ozon dan menyebabkan pemanasan global.
-
Sewa/ pinjam barang yang jarang digunakan. Menyewa lebih menjimatkan ruang penyimpanan barang dan wang.
-
Beli barangan terpakai seperti buku, perabot, peralatan memasak dan lain-lain. Ia merupakan salah satu amalan penggunaan.
-
Bawa beg sendiri untuk membeli belah.
Beg plastik tidak boleh dilupuskan dan mengambil masa antara 150
sehingga 500 tahun untuk diuraikan.
-
Gunakan bateri yang dicas semula dan tanpa cadmium untuk semua peralatan elektronik yang memerlukan bateri.
-
Pilih barang yang kurang menggunakan
bungkusan bagi mengurangkan sisa pepejal. Membeli barangan secara pukal
dan yang boleh diisi semula kandungannya lebih murah dan menjimatkan
pembungkusan.
-
Fikir dahulu sebelum membeli. Beli apa yang anda perlu dan bukan yang anda mahu.
-
Lakukan pembelian secara atas talian
(online) untuk mengurangkan kos pengangkutan. Berhati-hati semasa
melakukan pembelian secara atas talian dan elakkan diri anda dari
ditipu.
-
Beli barangan yang diperbuat daripada kertas atau bahan kitar semula.
-
Apabila hendak menukar atau membeli
barangan elektrik yang baru, pilihlah model berlabel ‘Energy Star’ yang
menjimatkan tenaga serta wang.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...