Untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang, negara kita
harus bijak mengurus kejayaan, serta dengan tegas dan berkesan mengatasi
pelbagai kelemahan dan kekurangannya. Cabaran besar yang perlu
ditanganinya dalam usaha tersebut ialah pemantapan etika dan integriti.
Budaya
etika dan integriti adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan
2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral
dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan
kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
Etika:
Adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion.
Integriti:
Secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara
keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan
erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dalam tindakan sehari
hari.
Budaya kerja
Merujuk kepada nilai, kepercayaan dan sikap nilai, kepercayaan dan sikap pekerja terhadap pekerjaan.
Integriti Bukan Isu Rasuah sahaja
Isu integriti bukan hanya
terfokus kepada isu-isu rasuah sahaja, malah ia merupakan satu konsep
yang lebih besar. Amalan budaya kerja juga menuntut integriti. Integriti
dalam ketepatan waktu, integriti dalam menyampaikan maklumat, integriti
dalam memberi perkhidmatan terbaik, integriti dalam berhubung dengan
ketua jabatan, rakan sekerja dan juga kakitangan sokongan.
Budaya Kerja Dalam Organisasi
Budaya etika dan integriti ini
adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan
perlaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta
beretika. Antara objektifnya:
1. Memberikan hala tuju dan bimbingan
pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar
membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral
dan beretika;
2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama
pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya ia menjadi
budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.
3. Menggalakkan
semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong
perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan
bergerak cergas menegakkan integriti;
4. Menyumbang kepada usaha
pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan
kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
5. Meningkatkan daya
saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21
khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.
Budaya Kerja Berkualiti
Bagi membentuk budaya kerja yang berkualiti dalam organisasi, beberapa ciri harus diberi perhatian;
i) Orientasi warga kerja haruslah bergerak di atas landasan yang
betul sebagai prasyarat bagi menjayakan budaya kerja cemerlang iaitu
mesti ada komitmen, mempunyai kesedaran kualiti, bersedia menerima
perubahan dan tiada batasan masa untuk cemerlang.
ii) Komitmen daripada segala lapisan warga kerja bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi adalah dituntut.
iii)
Kerja yang hendak dilaksanakan perlu dilakukan dengan sepenuh hati atas
kehendak organisasi dengan mengetepikan segala kepentingan lain
khususnya kepentingan peribadi.
iv) Sesebuah organisasi mewujudkan
'mind-set' yang berorientasikan kecemerlangan supaya warga kerja lebih
komited kepada matlamat utama jabatan.
v)Sentiasa menggalakkan warga
kerja menghayati serta mempraktikkan amalan-amalan pengurusan yang
boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi.
PENUTUP
Budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas
kepada peningkatan dan kualiti produktiviti sesebuah organisasi.
Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warga
organisasi mempraktikkan etika kerja dan sifat integriti yang
menyeluruh dan positif.
Sumber : Institut Integriti Malaysia dan Pelan Integriti Nasioanal
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...