Thursday, July 24, 2025

HEBAHAN PENDAFTARAN: ANAK MERDEKA MALAYSIA


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

Tuan/ Puan,

HEBAHAN PENDAFTARAN: ANAK MERDEKA MALAYSIA

Adakah anda lahir pada 31 Ogos atau 16 September ? Jom daftarkan diri anda sekarang untuk berpeluang meraikan Anak Merdeka Malaysia bersama Arkib Negara Malaysia!

Pendaftaran kini dibuka!
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang lahir pada 31 Ogos dan 16 September dari semua lapisan umur!
Cara Pendaftaran:
Pendaftaran mudah di hujung jari anda. Hanya imbas kod QR yang tertera atau layari pautan yang disediakan.

Peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik, menerima cenderahati istimewa, dan diraikan dalam acara rasmi peringkat kebangsaan!
Sebarkan berita ini dan jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada legasi merdeka!

FACEBOOK
INSTAGRAM
TIKTOK
X

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Pusat Sumber,
Cawangan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan,
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
Tel : 03-88927600 samb. 7999

#SayaAnakMerdeka #SambutanHariKebangsaan #myarkibnegara #AAD #MalaysiaMADANI #KembaraPerpaduan #HarmoniMADANI #RancakkanMADANI

EKSPLORASI DIGITAL@U-PUSTAKA 2025: LATIHAN PANGKALAN DATA MYGURU


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

Tuan/ Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI EKSPLORASI DIGITAL@U-PUSTAKA 2025: LATIHAN PANGKALAN DATA MYGURU

Nak bantu anak belajar dengan lebih mudah dan berkesan?

Jom ulangkaji Bersama MyGuru yang kini boleh diakses secara percuma melalui portal u-Pustaka – platform pendidikan digital yang menyokong pembelajaran murid sekolah rendah dan menengah.

Belajar jadi mudah bersama MyGuru di u-Pustaka!
Nota pembelajaran
Latihan & kuiz interaktif
Video berdasarkan silibus sekolah

Daftar di www.u-pustaka.gov.my dan mula belajar hari ini. Sertai kami pada; ️

24 Julai 2025 (Khamis)
10. 00 pagi - 12.00 tengah hari
Puan Nur Lailatul Akma Zainal Abidin
Ketua Jabatan Learning Port Sdn. Bhd.

Klik pautan Google Meet untuk penyertaan

Tuan/ Puan adalah dijemput hadir. Perhatian dan kehadiran Tuan/ Puan amat dihargai. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN SUMBER ELEKTRONIK
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
T : 03 - 2687 1776 / 1781 / 1892

Unit Pengurusan Pusat Sumber,
Cawangan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan,
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
Tel : 03-88927600 samb. 7999