Thursday, February 29, 2024

JEMPUTAN MENYERTAI EKSPLORASI DIGITAL @ U-PUSTAKA 2024: LATIHAN PANGKALAN DATA OOKBEE BUFFE


Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI EKSPLORASI DIGITAL @ U-PUSTAKA 2024: LATIHAN PANGKALAN DATA OOKBEE BUFFET

Pelbagai genre e-buku disediakan. E-majalah dengan visual yang menarik menanti anda dan lengkapkan pagi anda dengan e-surat khabar sebagai santapan harian.

Dapatkan segera, hanya di Ookbee Buffet!

Akses dan baca TANPA HAD di peranti pintar. MUDAH dan PERCUMA!


Jom, sertai kami:
29 Februari 2024(Khamis)
10. 00 pagi - 11.30 pagi
Encik Nabeel Ismay
Ookbee Malaysia

Sila ketik pautan PNM TV Channel di bawah ;

Semua dijemput hadir. Kehadiran tuan/puan amat dihargai. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN SUMBER ELEKTRONIK
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
T : 03 - 2687 1776 / 1781 / 1892


Lawatan Pembelajaran Ke Perpustakaan Negara Malaysia | Program Anjuran Unit Pengurusan Pusat Sumber


Pada 20 Februari 2024, Unit Pengurusan Pusat Sumber telah menganjurkan Lawatan Pembelajaran Ke Perpustakaan Negara Malaysia. Seramai 24 orang kakitangan dari pelbagai Bahagian / Cawangan Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah menyertai lawatan ini. Pelbagai tempat yang menarik dalam sesi lawatan kami seperti Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Pusat Rujukan Malaysiana Dan Luar Negara dan sebagainya. Tempat-tempat ini juga boleh dikunjungi oleh orang awam. Terima kasih diucapkan kepada pihak Perpustakaan Negara Malaysia ‪@pnmytube‬ kerana menerima lawatan kami. Terima kasih juga diucapkan kepada semua para peserta yang terlibat dalam sesi lawatan pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa.