Thursday, August 31, 2023

Salam Kemerdekaan yang ke-66 tahun

 


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

Selamat Hari Merdeka yang ke-66 tahun kepada semua rakyat Malaysia. 

 YAS Dato' Sri/ YS Dato'/ YS Tuan/ Tuan/ Puan adalah dijemput untuk menonton tayangan video Sekitar Program Merdeka@Bomba Tahun 2023 yang telah dijalankan pada 21 Ogos sehingga 24 Ogos 2023 melalui pautan Youtube Channel PerpustakaanJBPM : https://youtu.be/okB-vdvNT54?si=iN2RCRKXoxPjtnGT



Tuesday, August 29, 2023

Senarai pemenang Program Merdeka@Bomba Tahun 2023 anjuran Unit Pengurusan Pusat Sumber, JBPM

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,


Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

YAS Dato' Sri/ YS Dato'/ YS Tuan/ Tuan/ Puan,


Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.        Unit Pengurusan Pusat Sumber / Perpustakaan ingin meminta merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia di atas komitmen dalam menjayakan program yang telah dijalankan pada baru-baru ini. Berikut adalah senarai pemenang bagi pelbagai kategori kuiz yang telah dijalankan.

a) Kategori Teka Kemerdekaan : Barang Misteri

Pemenang Pertama : Dato' Ts. Nor Hisham Bin Mohammad - Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)

Pemenang Kedua : Puan Norhafiza Binti Mat Hashim - Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan)

Pemenang Ketiga : Puan Nur Izzati Binti Ibarahim - Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)

Pemenang Keempat : Encik Firdaus Sazali - Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)

Pemenang Kelima : Puan Asiah Binti Aman - Cawangan Pentadbiran Dan Aset, Bahagian Pengurusan

b) Kategori Teka Muka Surat Buku

Pemenang Pertama : Cik Siti Nor Syamimi Binti Mohamad (Cawangan Pengurusan Kewangan, Bahagian Pengurusan) - Jumlah Tekaan 3,425

c) Kategori Kuiz Online Kahoot

Pemenang Pertama : Puan Norliana Binti Mohamad Yusof (Bahagian Pembangunan) - Jumlah Markah 10,235

Pemenang Kedua : Puan Haslinda Binti Senik (Bahagian Pembangunan) - Jumlah Markah 8,504

Pemenang Ketiga : Puan Asiah Binti Aman (Cawangan Pentadbiran Dan Aset, Bahagian Pengurusan) - Jumlah Markah 6,298

d) Kategori Kuiz Teka Merdeka

Pemenang Pertama : Puan Norliana Binti Mohamad Yusof (Bahagian Pembangunan)

Pemenang Kedua : Puan Haslinda Binti Senik (Bahagian Pembangunan)

Pemenang Ketiga : Puan Asiah Binti Aman (Cawangan Pentadbiran Dan Aset, Bahagian Pengurusan)

3)     Sehubungan dengan itu, Unit Pengurusan Pusat Sumber / Perpustakaan telah menyediakan satu video sesi pembukaan (unboxing) kotak barang misteri serta sesi pengiraan muka surat buku. YAS Dato' Sri/ YS Dato'/ YS Tuan/ Tuan/ Puan adalah dijemput untuk menonton tayangan video ini melalui pautan Youtube Channel PerpustakaanJBPM : https://youtu.be/fbPheWXJioE?si=y3xvleFDNULkLpy9

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.  Perhatian  dari pihak  YAS Dato' Sri/ YS Dato'/ YS Tuan/ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

Unit Pengurusan Pusat Sumber,
Cawangan Pentadbiran Dan Aset,
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Monday, August 21, 2023

Program Merdeka@Bomba Tahun 2023

Program Merdeka@Bomba

Program Merdeka@Bomba

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,


Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

YAS Dato' Sri/ YS Dato'/ YS Tuan/ Tuan/ Puan,


Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.    Untuk makluman YAS Dato' Sri/ YS Dato'/ YS Tuan/ Tuan/ Puan, bersempena dengan bulan kemerdekaan, Unit Pengurusan Pusat Sumber akan mengadakan satu program iaitu Program Merdeka@Bomba.

3.    Sehubungan dengan itu, program ini  yang akan berlangsung pada tarikh dan masa seperti berikut :

Tarikh : 21 Ogos - 24 Ogos 2023
Tempat : Perpustakaan, Aras G

4.    Bagi memeriahkan program ini, Unit Pengurusan Pusat Sumber juga akan mengadakan beberapa jenis peraduan mengikut kategori seperti yang dipaparkan pada poster. Peraduan ini adalah terbuka kepada semua kakitangan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. 

5.    Untuk kategori Teka Muka Surat Buku dan Teka Kemerdekaan : Barang Misteri, borang penyertaan boleh didapati di perpustakaan. Kategori peraduan ini bermula pada 21 Ogos - 24 Ogos 2023.

Perhatian  dari pihak YAS Dato' Sri/ YS Dato'/ YS Tuan/ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,


Unit Pengurusan Pusat Sumber,
Cawangan Pentadbiran Dan Aset,
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia