Muzium Balai Bomba


TAHUKAH ANDA...?
Bangunan Balai Bomba Dan Penyelamat Kota Raja ini dijadikan Muzium Balai Bomba. Ianya terletak di Jalan Gedung Raja Abdullah dibina pada tahun 1890-an. Lebih menarik mengenai balai bomba berkenaan adalah reka bentuk bangunannya yang bercirikan gaya zaman Victoria dan ianya masih dikekalkan hingga ke hari ini. Sejarah awal mengenai perkhidmatan bomba terutama dari segi pakaian bomba dan peralatan yang digunakan dipamerkan kepada pengunjung d ruangan galeri Muzium Balai Bomba, sekaligus menarik kehadiran pelancong apabila menampilkan peralatan atau kelengkapan bomba yang kini menjadi warisan negara.