Wednesday, March 8, 2017

Tag nama pada beg

Image result for travel

Keterujaan balik ke kampung atau percutian panjang di dalam dan luar negara sempena cuti perayaan tidak terungkap dengan kata-kata. Segala persiapan pastinya sudah siap dan beg penuh dengan pakaian juga sudah tersedia. Kesesakan di lapangan terbang, stesen bas atau stesen kereta api dengan orang yang ramai mengundang kepada pelbagai hal terutama kehilangan beg. Kehilangan beg ketika melancong memang sangat menyakitkan hati dan jiwa tidak tenteram boleh mengundang kemarahan. Tidak mahu perkara ini berlaku kepada anda? Tips ini mungkin dapat membantu bagi memastikan beg anda tidak hilang.


    Image result for tag name for travel
  • Gantung tag nama, alamat dan nombor telefon pada beg dan jangan lupa kunci. Anda juga boleh meletakkan mangga atau 'padlock' supaya beg tidak dibuka orang yang tidak bertanggungjawab.
  • Daftar masuk penerbangan seawal mungkin mengelakkan anda kehilangan beg. Ini kerana, dengan mendaftar masuk awal, anda punya cukup masa untuk memasukkan barang ke dalam pesawat.
  • Selain itu, beg anda juga tidak akan bercampur dengan beg dalam penerbangan lain jika berlaku kekalutan semasa proses daftar masuk.
  • Ikat reben atau pelekat dengan warna yang cerah pada beg anda untuk memudahkan anda mengenali beg terutama di lokasi tuntutan bagasi.
  • Secara tidak langsung, anda tidak keliru mencari beg anda terutama apabila sesetengah penumpang lain mempunyai rekaan, warna serta saiz yang sama dengan beg anda.
  • Pastikan pembantu penerbangan meletakkan tag destinasi yang betul pada beg anda. Mungkin nampak terlalu cerewet tetapi ia untuk kebaikan anda juga.
  • Kekerapan anda melancong membuatkan bagasi anda dipenuhi dengan pelbagai pelekat. Justeru, bagi mengelak kehilangan beg, buang segala pelekat atau tag lama yang ada. Tindakan tidak membuang pelekat atau tag lama itu mengundang kekeliruan, sekali gus menjadi salah satu faktor beg anda hilang.
  • Jika anda mempunyai jadual penerbangan yang bersambung, maklumkan kepada pembantu penerbangan anda akan mengambil beg anda di destinasi terakhir. Pastikan juga salinan kod pelekat beg anda sentiasa bersama dan tidak dibuang walaupun anda sudah berada di dalam pesawat. Ini kerana, jika berlaku kehilangan, nombor rujukan yang dilekatkan pada beg anda sangat membantu.
  • Ambil beg anda sebaik tiba ke destinasi dengan kadar segera. Jangan tinggalkan beg di atas 'carousel' sementara anda membuat panggilan telefon atau berjalan-jalan di lapangan terbang.
  • Pastikan juga anda mengingati bilangan beg yang dibawa terutama jika anda melancong bersama keluarga dan anak-anak.

Tuesday, March 7, 2017

Melancong perlu menabung

Image result for saving for tripTidak punya wang, bajet tidak mencukupi dan banyak lagi jawapan yang akan diberikan ketika diajak bercuti di luar negara. Selain tiada masa, wang adalah faktor paling penting bagi menentukan mewujudkan percutian impian terutama di luar negara. Sama seperti impian atau cita-cita lain, melancong juga harus diusahakan dan memerlukan perjuangan atau pengorbanan. Antara perjuangan yang harus dipersiapkan adalah menabung. Tip kali ini mungkin dapat membantu anda menabung untuk bercuti di destinasi yang diidamkan. 




Menabung mata wang asing
Disebabkan mata wang yang paling 'laku' di dunia adalah dolar Amerika Syarikat, cara menyimpan wang paling efektif untuk melancong adalah dalam mata wang ini. Menukar wang simpanan kepada mata wang dolar bukan sahaja menyenangkan tetapi juga salah satu cara menyimpan wang bijak. Nilainya yang tinggi dan sentiasa diterima di mana-mana agensi kewangan serata dunia memudahkan anda jika menukarnya kepada mata wang negara yang dikunjungi. Selain dolar Amerika Syarikat, euro dan poundsterling juga adalah mata wang yang menguntungkan untuk disimpan kerana 'laku' di kebanyakan negara. Bagaimanapun, jika sudah tahu negara atau tempat tujuan, anda juga boleh terus membeli mata wang negara dituju.

Menabung tidak seharusnya wang
Menabung untuk melancong tidak seharusnya wang semata-mata. Ini kerana menyimpan atau mengumpul keperluan saat bercuti nanti juga boleh meringankan beban anda. Sebagai contoh, bulan pertama mengeluarkan wang untuk membeli tiket perjalanan diikuti dengan penempahan bilik penginapan di bulan kedua  seterusnya membeli kelengkapan perjalanan di bulan ketiga dan bulan-bulan berikutnya barulah menyimpan wang tunai sebagai perbelanjaan sepanjang bercuti. Menabung juga berkait dengan masa. Semakin jauh tempoh percutian yang dirancang, semakin besar jumlah wang yang boleh ditabung. Justeru, jika perancangan bercuti bersama insan tersayang, keluarga atau rakan-rakan, menabung membantu menyenangkan percutian anda.

Akuan tabung berasingan
Wang kalau ada  di depan mata pasti akan digunakan untuk pelbagai hal.  Penyelesaiannya adalah dengan membuka akaun tabung berasingan dari akaun tabung yang digunakan sehari-hari. Membuka akaun khusus untuk melancong sememangnya memudahkan anda merancang perbelanjaan sepanjang bercuti nanti.

Jangan berhutang untuk bercuti
Berhutang untuk berjalan-jalan adalah tidak wajar. Termasuklah berhutang dengan kad kredit. Berhutang tidak akan membuatkan perjalanan anda lebih menyenangkan tetapi mengundang kepada penyiksaan. Ini kerana dengan berhutang anda akan dibebani dengan hutang saat pulang sekaligus membuatkan kewangan peribadi anda menjadi tidak sihat. Jika terpaksa menggunakan kad kredit, biarlah jumlahnya masih mampu dilunaskan dua tiga kali pembayaran setiap bulan. Jangan sampai balik dari percutian yang menyeronokkan tetapi masih perlu membayar hutang selama enam bulan atau sehingga setahun.

Tentukan tempoh bercuti
Penting untuk menentukan tujuan dan tempoh percutian yang bersesuaian dengan kemampuan. Jangan memaksa diri bercuti di tempat yang mahal hanya untuk bergaya atau mahu menunjuk-nunjuk. Bercuti mengikut kemampuan supaya matlamat percutian itu tercapai dan memberikan 1001 kenangan terindah buat anda.

Wednesday, March 1, 2017

5 Kesan Buruk Tangguh Waktu Makan

Image result for makan

Perubahan hormon
Apabila waktu makan ditangguhkan maka berlakulah ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh. Selain membuatkan pertambahan berat badan, anda juga akan berhadapan situasi mudah berasa tertekan dan pening kepala.

Masalah di bahagian pencernaan
Sebaliknya, makanlah tiga hari sekali bagi mendapatkan tubuh dan tahap kesihatan yang konsisten. Pastikan menu yang diambil seimbang dan bernutrisi. Hal ini amat penting agar fungsi sistem pencernaan berjalan lancar da teratur.

Kenaikan berat badan
Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan dengan cara 'mencuri' waktu makan maka tindakan itu adalah salah sama sekali. Kebiasaannya cara itu hanya akan mengganggu perjalanan sistem tubuh dan akhirnya menjadikan berat badan anda semakin bertambah.

Pengaruhi tabiat makan
Mengelak waktu makan pastinya akan menjejaskan waktu makan anda yang sebenar. Oleh sebab itu, jangan sekali-kali cuba untuk menangguhkan waktu makan yang menjadi kebiasaan anda.

Mudah penat
Pola pemakanan yang tidak teratur mampu melambatkan sistem metabolisme dalam badan. Kesannya, anda mudah berasa penat apabila melakukan sebarang kerja. Hal ini secara tidak langsung akan mempengaruhi fungsi normal dari keseluruhan sistem tubuh yang biasa berjalan dengan baik.

Kompilasi diabetes
Sekiranya anda tergolong sebagai pesakit diabetes maka menangguhkan waktu makan hanya akan menimbulkan kesan buruk pada kesihatan tubuh. Kurangnya sumber glukosa dalam badan boleh membuatkan keadaan kesihatan bertambah buruk.

Jejaskan kesihatan otak
Tahukah anda bahawa glukosa berfungsi sebagai bahan bakar kepada otak? Justeru, apabila anda menangguhkan waktu makan maka kandungan glukosa dalam badan mulai berkurangan. Secara tidak langsung ia menjejaskan perkembangan otak dan membuatkan ia kurang berfungsi dengan baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...