MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Thursday, October 20, 2016

Adakah anda seorang 'pencandu' internet?

Image result for internet addiction

Suatu ketika dahulu seorang Pengkaji Ketagihan Internet awak Dr. Kimberly Young (1998) memaklumkan, si 'pencandu' internet merupakan seorang yang bergantung pada diri sendiri, sukakan aktiviti bersama secara dalam talian serta kurang gemar aktiviti luaran. Pun begitu seiring peredaran masa kelakuan ini semakin sukar dikesan, namun mereka boleh dinilai menerusi 10 ciri berikut.


  1. Memperuntukkan masa dan peluang berada dalam dunia maya lebih lama daripada di alam fizikal.
  2. Mereka amat aktif daam ruang maya berbanding di luar.
  3. Pemikiran mereka berfungsi lebih baik dalam ruang maya.
  4. Menunjukkan tanda keletihan yang tinggi kerana terlalu memfokus menggunakan otak dan tenaga dalaman.
  5. Mempunyai masalah mata untuk memfokus jarak dan silau.
  6. Kegagalan koordinasi mata dan otak akibat terlalu lama melihat dan berfikir melalui gajet teknologi.
  7. Bergantung sebahagian besar keperluan hidup berasaskan aplikasi dari internet.
  8. Kurang bercakap dan kurang memberi pandangan di dunia nyata.
  9. Hilang fokus belajar dan bekerja kerana keasyikan dan sentiasa memikirkan dunia maya.
  10. Sanggup menyediakan peruntukan besar untuk gajet dan perkhidmatan berasaskan internet.


Sumber daripada : Dr. Mohd Sobhi Ishak, Majalah Wanita Oktober 2016

Continue Reading
No comments
Share:

Penstoran bilik tidur sempit


  • Untuk menyimpan baju serta barangan lain, cuba dapatkan almari kabinet binaan dalam berbanding rak atau almari biasa.
  • Anda boleh dapatkan perabot dengan reka bentuk dwi fungsi seperti katil yang memiliki laci pada bahagian bawahnya.
  • Jangan terlalu sayangkan barangan yang lama dan sudah tidak dipakai. Buang atau berikan kepada orang lain supaya suasana bilik menjadi lebih luas dan tidak kelihatan semak.
  • Gunakan pintu sebagai ruang penstoran. Anda boleh menyimpan pelbagai barangan seperti beg, kasut, buku dan jaket.
  • Untuk ruang sempit letakkan katil rapat dengan dinding bagi menambahkan raung pada ruang lantai.
  • Gunakan kotak penyimpanan barang atau aksesori dan jadikan ia meja lampu.
  • Lebih baik mempunyai perabot yang penting sahaja seperti katil, almari pakaian, meja solek, kerusi dan meja sisi.

Continue Reading
No comments
Share:

Anda ketua yang baik JIKA...


Image result for leader
  • Mengamalkan komunikasi terbuka
Sedia menerima teguran dan cadangan dengan fikiran terbuka apabila berkomunikasi dan bersemuka dengan pekerja. Jika ada sebarang perkara berbangkit, ketua sentiasa jujur dan berterus terang kepada pekerja yang sering memerlukan maklumat tepat dalam sesuatu situasi. Elakkan daripada merahsiakan sesuatu hal terutama yang melibatkan pekerja anda. Ini bagi mengelakkan timbulnya prasangka dan ketidakpuasan hati pekerja terhadap anda.


  • Pengagihan tugasan yang saksama
Memastikan pekerja memahami hala tuju yang diingini. Selain pengurus perlu berhati-hati dalam mengagihkan tugasan kepada pekerjanya, agar dapat mengelak sesuatu salah faham yang berkemungkinan berlaku. Elakkan daripada membebankan satu pihak kerana merasakan pekerja tersebut boleh diharap dan tidak banyak membantah sekiranya diberi apa-apa tugasan. Kadang-kadang bila kita terlepas pandang hal tersebut, dn ajukan pertanyaan kepada pekerja sama ada tugasan  yang diberikan mempunyai masalahdan beritahu anda sedia berkongsi untuk mengatasinya.


  • Memberi anugerah
Ketua yang prihatin akan memberi penghargaan kepada pekerja yang telah menunjukkan yang telah menunjukkan pencapaian terbaik dalam melaksanakan sesuatu tugas. Dengan memberi anugerah atau bonus kepada pekerja supaya mereka sentiasa merasa hasil titik peluh dihargai. Tidak perlu hadiah mahal. Memadai dengan pujian atau menghargainya di hadapan pekerja lain. Sekali gus ia menaikkan semangat pekerja bekenaan untuk terus berusaha dan menjadi sumber inspirasi kepad pekerja lain untuk turut sama berusaha.


  • Memberi tunjuk ajar dan sokongan pekerja
Pengurus juga jangan kedekut ilmu untuk membantu pekerja melaksanakan sesuatu tugasan. tidak salah anda hulurkan kerjasama sekiranya ada sebarang masalah yang berkaitan dengan pencapaian dan prestasi organisasi.


  • Menerima pendapat orang lain
Bukan hanya pendapat dirinya sahaja yang diambil kira tetapi turut menerima pendapat orang lain. Idea dan kemahiran yang ada pada pekerja perlu didengar, mana tahu dapat memberikan input yang bermanfaat pada syarikat. Jangan mudah melatah atau tunjuk sikap yang baik kepada bekerja kerana ia sikap begini  menjadi contoh buat pekerja.


  • Tidak lemah semangat
Pengurus yang bijak tidak akan mudah putus semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Jika masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain dan sentiasa bersikap positif. Jangan mudah mengalah, tunjukkan anda mampu melakukannya sekali gus memberi aura yang sama kepada pekerja bawahannya.                                                                                                                                                                                 

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, October 18, 2016

Unit Pasukan Hazmat


PENGENALAN
Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai telah beroperasi pada tahun 2003 dengan keluasan 340 ekar. kemasukan pelatih Kursus Asas Sains kebombaan yang pertama siri 1/2003 seramai 115 orang.Pada masa tersebut Akademi ini hanya mengendalikan kursus Asas Sains Kebombaan sahaja.

LATARBELAKANG
Akademi Bomba dan Malaysia, adalah bertanggungjawab menjalankan latihan dan kursus Pasukan Hazmat Jabatan Bomba Dan Penyelamat malaysia di negara ini sejak dari penubuhannya.Justeru itu Y.S.Komandan Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai telah mengambil langkah menghantar pegawai dan jurulatih untuk menjalani kursus dan latihan di dalam dan luar Negara.Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai mempunyai 15 orang pegawai terdiri daripada pelbagai pangkat dan berperanan sebagai tenaga pengajar dan jurulatih pasukan “HAZMAT”. Pasukan ini telah menerima Watikah Pelantikan dan Elaun dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.Disamping selaku tenaga pengajar dan jurulatih,pasukan ini juga sentiasa siapsaga dan boleh digerakkan pada bila-bila masa ke tempat operasi apabila di perlukan.

Akademi Bomba Dan penyelamat Malaysia Wakaf Tapai mempunyai Peralatan yang cukup dan sesuai bagi tujuan latihan dan operasi.Pasukan ini juga sering meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui latihan pengukuhan yang diatur mengikut jadual selain dari mengendalikan kursus-kursus semasa.

Image result for unit hazmat bomba malaysia

OBJEKTIF
Melahirkan Pegawai latihan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam mengendalikan bahan berbahaya
Meningkatkan kompetensi pegawai-pegawai latihan sejajar dengan tugas dan tanggungjawab sebagai pegawai latihan.
Meningkatkan keyakinan dan disiplin diri serta mengamalkan gerak kerja yang selamat serta efisien mengikut prosedur yang telah ditetapkan

MISI
Memberikan Perkhidmatan Latihan Kebombaan dan Penyelamatan Kepada Pegawai Bomba Dalam Pelbagai Bidang dan Kemahiran

VISI
Sebuah Organisasi Latihan Kebombaan dan Penyelamatan Yang Bertaraf Antarabangsa

KEANGGOTAAN
Keanggotaan seramai 11 orang pegawai pelbagai pangkat.

AKTIVITI SEMASALatihan remedial kemahiran akan dijalankan 20 jam setiap bulan meliputi sekurang-kurangnya sembilan (9) modul yang ditetapkan dalam Buku Log (Hazmat) sepertimana berikut:
  1. L1 - Latihan kemahiran pemakaian alat pernafasan
  2. L2 - Latihan kemahiran penggunaan peralatan pengesan
  3. L3 - Latihan kemahiran pemakaian dan penggunaan alat perlindungan
  4. L4 - Latihan kemahiran penggunaan peralatan operasi Hazmat
  5. L5 - Latihan kemahiran penggunaan peralatan decontamination
  6. L6 - Latihan kemahiran pengggunaan peralatan komunikasi dan data maklumat Hazmat
  7. L7 - Latihan kemahiran taktikal dan metodologi pengurusan bencana Hazmat
  8. L8 - Latihan kemahiran maklumat kemerbahayaan bahan-bahan kimia terkini (Khas untuk Komander Hazmat dan Pakar Hazmat)
  9. L9 - Aktiviti dan latihan Hazmat lain yang dilaksanakan

PERANCANGAN TAHUNAN
  • Program latihan berkala
  • Program Latihan Bersama Pasukan HAZMAT JBPM negeri-negeri
  • Program Latihan Major Exercise
  • Pengendalian Kursus Pengukuhan Pasukan HAZMAT
  • Mengadakan lawatan di tempat-tempat seperti berikut :
  • Kawasan-kawasan yang berisiko tinggi yang berada di Negeri Terengganu.
  • Negeri-negeri yang mempunyai Pasukan Hazmat.

Sumber daripada : Portal ABPM Wakaf Tapai

Continue Reading
No comments
Share:

Unit MUST

Sumber gambar daripada MyMetro
Sumber gambar daripada MyMetro


Pengenalan
Matlamat awal mewujudkan pasukan bomba adalah sebagai pasukan pemadam kebakaran sahaja. Kemudian ianya berkembang disebabkan keperluan masyarakat kepada pasukan yang bersedia memberi bantuan kecemasan 24 jam apabila ditimpa musibah.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila corak kehidupan masyarakat semakin berkembang pesat. Corak panggilan kecemasan yang diterima oleh pasukan bomba juga telah berubah. Kalau dulu panggilan kebakaran jauh mengatasi panggilan menyelamat, kini kedua-dua jenis kecemasan ini telah hampir sama banyaknya dan trend menunjukkan panggilan menyelamat semakin meningkat.

Lebih merumitkan keadaan ialah kerja-kerja menyelamat adalah jauh lebih pelbagai dari kerja-kerja pemadaman kebakaran dan memerlukan peralatan yang berbeza serta kemahiran yang pelbagai.

Bagi menyahut cabaran inilah, maka Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah memperkenalkan konsep "multi-skill" dimana setiap pegawai bomba dilatih dengan pelbagai kemahiran dan unit-unit khas telah dibentuk bagi mengkhususkan lagi kemahiran di dalam bidang-bidang yang telah dikenalpasti.

Di antara bidang kemahiran utama yang dikenalpasti adalah :-

Menyelamat di Bangunan Tinggi (High Rise Rescue)
Menyelamat di Air (Water Rescue, SCUBA)
Kemalangan Jalan Raya (RTA)
Hazardous Materials (HAZMAT)
Urban Search and Rescue
Emergency Medical and Rescue Services (EMRS)
Kebakaran Hutan
High Angle Rescue
Menyelamat Dari Udara (Air Rescue)

Latar Belakang
Tanggal 11 september 1998 merupakan tarikh bersejarah kepada JBPM. Ini kerana pada tarikh tersebut, merupakan tarikh asmi penubuhan Pasukan Multi-Skill Team (MUST). Jabatan telah menerima 2 buah helikopter iaitu Mi-17-1V buatan Rusia yang mana majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri pada masa tersebut iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pasukan ini adalah merupakan pasukan atau krew yang melaksanakan kerja-kerja menyelamat dan pengurusan kecemasan secara terus kepada mangsa dan situasi kecemasan.

VISI & MISI
Melaksanakan operasi kebombaan melalui udara secara strategik, cepat dan berkesan demi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar.

OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan udara untuk melaksanakan misi-misi kebombaan.

Keanggotaan
Sehingga sekarang keanggotaan seramai 20 orang di FRAM Wakaf Tapai.

Aktiviti semasa
Membantu menjayakan Kursus Asas MUST.

Perancangan Tahunan
Mengikuti latihan tahunan atau latihan Currency sekurangnya-kurangnya sekali setahun dan menjadi tenaga pelajar kepada Kursus Asas MUST sekurang-kurangnya sekali setahun.

Sumber daripada : Portal ABPM Wilayah Sabah

Continue Reading
No comments
Share:

Unit Penyelamat Di Dalam Air (SCUBA)

Image result for unit scuba bomba

Pengenalan
Peranan Unit Penyelamat Di Dalam Air adalah untuk menangani insiden dan kecemasan yang berlaku di dalam air. Unit ini terdiri daripada pegawai dan anggota berkelayakan yang dilatih di dalam dan luar negara. Umumnya, Unit Penyelamat Di Dalam Air, JBPM mempunyai lesen daripada Persatuan Penyelam "National Association Under Water Instructor (SSI)".

Latar Belakang
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai adalah merupakan Pusat Kecemerlangan Pasukan SCUBA. Justeru itu, semua penganjuran kursus-kursus berkaitan dengan pasukan SCUBA akan dianjurkan di sini yang meliputi kursus-kursus Asas SCUBA, Open Water SCBA Diver, Advanced SCUBA Diver, Rescue SCUBA Diver, Master SCUBA Diver, Dive Master SCUBA Diver, Assistant Instructor dan Instructor.


VISI"Menjadi sebuah pasukan penyelamatan di air yang bertaraf antarabangsa."


MISI
"Pasukan penyelamatan di air Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia komited
untuk memberi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang profesional
bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar
dengan menggunakan sumber secara berkesan dan teknologi terkini."

Keanggotaan
Sehingga sekarang, Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai mempunyai keanggotaan pasukan penyelam seramai 7 orang. Dimana 2 orang Dive Master dan 5 orang Advanced SCUBA Diver.

Aktiviti SemasaSetiap anggota penyelam JBPM di FRAM Wakaf Tapai perlu menjalani latihan selaman atau latihan Currency setiap bulan sekurang-kurangnya 9 jam.

Perancangan tahunanMembantu FRAM Wakaf Tapai menjalankan kursus melibatkan pasukan selam JBPM sekurang-kurangnya 12 kali setahun.

Sumber daripada : Portal ABPM Wakaf Tapai

Continue Reading
2 comments
Share:

PGO Nadi Bomba - Metro 18 Oktober 2016



Continue Reading
1 comment
Share:

Friday, October 14, 2016

Mengenai pasukan Smoke Jumper JBPM

Image result for smoke jumper malaysia
Gambar ehsan daripada : link 
Dalam usaha jabatan untuk memperkembangkan kemampuan untuk menangani isu-isu bencana di dalam negara, jabatan telah mengorak langkah bagi mengembangkan operasi dengan mewujudkan satu unit pasukan khas dinamakan Smoke Jumper. Kursus payung terjun dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mula dilaksanakan pada 2 Oktober 2000 di mana jabatan telah menghantar seramai 5 orang anggota bagi menyertai Kursus Asas Payung Terjun Statik di Pangkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur bersama-sama dengan Pasukan Khas Udara (PASKAU). Kumpulan perintis tersebut telah melakukan penerjunan di Pengkalan TUDM Gong Kedak, Kelantan pada bulan November 2000. Seterusnya seramai 22 orang lagi anggota dihantar bagi menyertai kumpulan perintis ini di dalam bulan September 2001 sehingga Mei 2002. Bagi kumpulan perintis ini mereka telah menggunakan payung statik (bulat) ataupun payung yang sama digunakan Pasukan Khas Udara (PASKAU). Kejayaan yang telah ditunjukkan oleh kumpulan perintis ini dan bagi merealisasi hasrat jabatan untuk menjadikan pasukan smoke jumper sebuah pasukan elit, jabatan telah mengadakan Kursus Asas Payung Terjun Statik Ram Air mulai pada tahun 2007. Sehinga kini jabatan telah mempunyai seramai 489 anggota smoke jumper terlatih.

Sumber daripada : Portal Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Continue Reading
No comments
Share:

Soalan Lazim Bakal Pelatih Anggota Bomba


1. Soalan: Berapa lamakah tempoh latihan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi kemasukan Skim Pegawai Bomba KB17, Penolong Penguasa Bomba KB29 dan Penguasa Bomba KB41?
Jawapan: Tempoh kursus bagi pelatih Pegawai Bomba Gred KB17 adalah selama sekurang-kurangnya 4 1/2 bulan, Pegawai Kadet Penolong Penguasa Bomba KB29 selama 6 bulan dan Pegawai Kadet Penguasa Bomba KB41 ialah selama 9 bulan. Walaubagaimanapun tempoh sebenar adalah tertakluk kepada Pengurusan Tertinggi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Tempoh ini tidak dikira dengan tempoh Kursus Induksi Umum dan Induksi Khusus serta Kursus Waja Diri.

2. Soalan: Sekiranya saya sedang mengandung, adakah saya dibenarkan untuk menjalani latihan?
Jawapan: Semua pelatih yang sedang mengandung tidak dibenarkan untuk menjalani latihan. Mereka akan ditempatkan sementara di mana-mana bahagian sebelum dipanggil untuk menjalani latihan selepas selesai urusan tersebut dalam kumpulan pelatih yang lain.

3. Soalan: Sekiranya saya mempunyai masalah pernafasan (asthma)/ kecederaan akibat kemalangan, adakah saya boleh menjalani latihan?
Jawapan: Semua pelatih yang mempunyai masalah kesihatan boleh menjalani latihan tetapi bergantung kepada jenis latihan tertentu. Semua pelatih perlu mengistiharkan keadaan kesihatan masing-masing semasa menjalani pemeriksaan perubatan. Kegagalan untuk membuat pengistiharan akan menyebabkan pihak Akademi tidak dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan risiko kejadian yang lebih buruk. Bagi pesakit asthma, anda tidak digalakkan untuk memilih kerjaya ini kerana ia memerlukan kecergasan fizikal dan mental sepanjang masa.

4. Soalan : Adakah saya mesti menyelesaikan urusan pemeriksaan kesihatan di hospital sebelum melapor diri?
Jawapan: Sebaik-baiknya anda perlu menyelesaikan urusan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Sekiranya masa semakin suntuk anda akan dibawa untuk membuat pemeriksaan perubatan selepas melaporkan diri.

5. Soalan: Adakah saya dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit semasa sedang berkursus?
Jawapan: Tidak. Semua pelatih tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit semasa latihan dalam tempoh 1 hingga 2 bulan pertama latihan. Kebenaran untuk menggunakan telefon bimbit akan diberi hanya dengan kebenaran YS Komandan.

6. Soalan: Bagaimanakah cara perhubungan di antara pelatih dengan keluarga?
Jawapan: Pelatih boleh menghubungi keluarga dengan menggunakan surat sahaja. Sekiranya keluarga ingin menghantar surat kepada pelatih, keluarga boleh menghantarkan kepada alamat berikut:-

Kepada: Nama Penuh Pelatih

Nama Platun (Nama Kursus)


Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai,
21040 Marang, Terengganu Darul Iman.


7. Soalan: Adakah saya akan dibayar elaun semasa menjalani latihan?
Jawapan: Tidak. Semua pelatih tidak dibayar elaun. Semua pelatih dianggap telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam. Oleh itu, semua pelatih layak untuk dibayar gaji penuh beserta dengan elaun yang berkaitan. Walaubagaimanapun, proses untuk gaji pertama akan memakan masa selewat-lewatnya 2 bulan selepas mula berkhidmat.

8. Soalan: Saya tidak pernah bekerja dan saya tidak mempunyai akaun KWSP. Adakah saya perlu mendaftar terlebih dahulu ke pejabat KWSP?
Jawapan: Tidak perlu. Sila maklumkan kepada pegawai semasa melapor diri dan anda akan dibawa ke pejabat KWSP berhampiran untuk membuka akaun KWSP.

9. Soalan: Adakah semua keperluan boleh dibeli semasa dalam berkursus seperti sabun mandi, sabun basuh, ubat gigi dan pewangi bilik?
Jawapan: Semua keperluan tersebut boleh dibeli di Kiosk PESKKAB, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai.

10. Soalan: Adakah saya dibenarkan untuk tidak memakai tudung kepala semasa berkursus?
Jawapan: Pihak Akademi menggalakkan semua pelatih bertudung kepala untuk memperlihatkan keseragaman.

11. Soalan: Adakah saya dibenarkan balik ke rumah sepanjang masa berkursus?
Jawapan: Semua pelatih hanya akan dibenarkan untuk balik kerumah selepas 2 bulan menjalani latihan atau selepas menerima gaji pertama. Cuti yang diberi hanyalah cuti hujung minggu.

12. Soalan: Adakah saya perlu membawa sendiri semua ubat-ubatan seperti panadol dan minyak panas semasa melaporkan diri?
Jawapan : Semua keperluan ubat-ubatan peribadi perlu dibawa sendiri. Walaubagaimanapun, pihak akademi ada menyediakan keperluan ubat-ubatan sekiranya perlu.

13. Soalan: Adakah saya dibenarkan untuk membawa wang tunai sepanjang masa latihan?
Jawapan: Semua pelatih boleh membawa wang tunai tetapi tidak digalakkan untuk membawa wang tunai melebihi RM500. Semua makan dan minum pelatih adalah diberi secara percuma sehingga tamat latihan. Sekiranya perlu, pelatih boleh memasukkan wang ke dalam bank dan mengeluarkan apabila perlu.

14. Soalan: Adakah keluarga dibenarkan untuk menghantar saya semasa melapor diri?
Jawapan: Ya. Keluarga boleh menghantar pelatih semasa melapor diri tetapi keluarga hanya dibenarkan berada di kawasan akademi sehingga jam 12 tengahari.

15. Soalan: Adakah saya perlu membawa pakaian untuk keperluan sehingga tamat latihan?
Jawapan: Anda hanya perlu membawa lebih kemeja lengan panjang putih, stokin putih, kasut putih dan seluar track bottom hitam. Selain daripada itu anda tidak perlu membawa seluar denim, seluar track bottom pelbagai warna, kasut sukan pelbagai warna, baju t-shirt berkolar pelbagai warna dan baju t-shirt tanpa kolar. Semua baju yang dipakai sepanjang masa latihan telah ditetapkan dan terkandung dalam surat panggilan melapor diri.



Sumber daripada : Portal ABPM Wakaf Tapai

Continue Reading
No comments
Share:

Mengenai pasukan EMRS





LATAR BELAKANG
Pada tahun 2006, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia serta Malaysian Society for Traumatology and Emergency Medicine (MASTEM) telah menubuhkan Pasukan khas iaitu Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan atau Emergency Medical Rescue Services (EMRS). Segala kepakaran anggota EMRS dilatih dan ditauliahkan oleh Malaysian Association of Traumatology and Emergency Medicine (MASTEM) atau Pertubuhan Perubatan Kecemasan dan Traumatologi Malaysia. Kerajaan juga bersetuju meluluskan bayaran “Insentif Pre Hospital Care” sebanyak RM 100.00 sebulan kepada Pasukan EMRS JBPM berkuatkuasa pada 1 Januari 2007.


OBJEKTIF DAN PERANAN UTAMA
Objektif utama pasukan EMRS ialah memberikan pengetahuan serta kemahiran penilaian awal serta pengurusan mangsa ditempat kejadian, supaya perawatan kecemasan awal dapat dimulakan seterusnya dapat mengurangkan mortality serta morbidity.


Antara tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pasukan ini ialah: Melaksanakan perkhidmatan perawatan kecemasan perubatan ke atas anggota bomba dan juga pemeriksaan kesihatan kepada pasukan khas yang lain seperti HAZMAT, PPDA dan pasukan mencari dan menyelamat sebelum dan selepas latihan mahupun semasa operasi. Melaksanakan perkhidmatan perawatan kecemasan perubatan ke atas mangsa yang terlibat dalam kemalangan atau apa-apa insiden di darat, air dan udara. Membuat penilaian kesihatan terhadap mangsa untuk memulihkan pernafasan, mengawal pendarahan dan menstabilkan mangsa sebelum menyerahkan kepada pihak hospital. Tugas bantuan semasa operasi bencana yang melibatkan tumpahan bahan kimia berbahaya oleh pasukan HAZMAT dan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA), atau lain-lain pasukan dalam operasi mencari dan menyelamat: Anggota EMRS hendaklah melaksanakan tugas-tugas perawatan dan penyelamatan mangsa di ”Red Zone” dalam kes HAZMAT dan runtuhan struktur mengikut Prosedur Operasi Seragam yang berkaitan. Pasukan EMRS perlu menjalankan kerja-kerja pemeriksaan kesihatan ke atas anggota HAZMAT, anggota PPDA dan pasukan mencari dan menyelamat yang lain serta memberi rawatan kecemasan yang bersesuaian kepada mangsa.


JENTERA EMRS
Bermaksud kenderaan yang lengkap dengan peralatan perawatan perubatan dan peralatan menyelamat asas yang digunakan semasa operasi untuk menyelamat atau merawat mangsa serta menghantar mangsa atau pesakit ke hospital sekiranya perlu. JENTERA EMRS boleh digerakkan untuk kes yang mana hanya memerlukan perkhidmatan untuk memindahkan pesakit ke pusat rawatan perubatan dengan permohonan daripada pihak KKM. JENTERA EMRS bukanlah seperti Ambulan KKM, kerana tugas utama anggota EMRS adalah memberi perawatan awal kepada anggota Bomba khususnya dan orang awam ditempat kejadian. Pada masa kini, jabatan telah dibekalkan dengan 99 buah JENTERA EMRS yang beroperasi di seluruh negara dan akan bertambah pada masa terdekat.

SYARAT ASAS PEMILIHAN DAN KEPERLUAN LATIHAN
Selain menjalani pemeriksaan taraf kesihatan, ujian air kencing/drug test dan pemeriksaan/perakuan fizikal oleh doktor perubatan kerajaan, semua pegawai bomba yang akan dilantik sebagai anggota EMRS wajib melalui ujian bertulis, lisan dan amali.

Kursus yang perlu dihadiri:-

Tahap 1: Emergency Medical Trauma Technician Basic selama 3 minggu (Teori) dan Penempatan di hospital selama 120 Jam Bahagian Kecemasan (Praktikal)

Tahap 2 : Emergency Medical Trauma Technician Advanced (Instructor course) selama 2 minggu. Emergency Medical Trauma Technician Refresher selama 1 minggu (latihan pengukuhan) Anggota bomba yang telah dilantik dan ditauliahkan, wajib menjalani latihan pengukuhan bulanan sebanyak 20 jam mengikut pada modul - modul yang terkandung dalam buku log EMRS. Setiap buku log tersebut perlu dilengkapkan dan disahkan oleh ketua balai atau pegawai kanan. Selain menjalani kursus asas EMRS, anggota EMRS juga berpeluang untuk mengikuti Kursus Pembantu Perubatan Selam (Diving Medical Asisstant) dijalankan oleh Angkatan Tentera (Institut Perubatan Bawah Air dan Hiperbarik) selama 8 minggu. Anggota-anggota Pembantu Perubatan Selam perlu mempunyai kebolehan dalam mengenalpasti penyakit selam, memberi rawatan awal kepada penyelam dan mengendalikan recompression chamber. Buat masa seramai 28 anggota yang telah berjaya mengikuti kursus Pembantu Perubatan Selam ini. Dan ditempatkan di seluruh Malaysia.

PERANCANGAN SEMASA DAN MASA HADAPAN

Jabatan sentiasa merancang untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan setiap anggota EMRS dari segi pengetahuan dan kemudahan logistik. Mungkin suatu hari nanti Jabatan Bomba akan mempunyai anggota Paramediknya sendiri dalam memantapkan lagi perkhidamtannya.

PENUTUP
Melalui pelbagai program dan kursus yang telah dianjurkan oleh jabatan, ianya dapat meningkatkan tahap kesiapsigaan anggota EMRS supaya berada pada tahap yang tertinggi. Pasukan ini juga akan bertindak melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan professional bagi melaksanakan visi dan misi jabatan.


Disediakan oleh: PgB Andy Alie (Bhgn Operasi Putrajaya)
PBT Noorhamidi bin Ali (Akademi Bomba)
Sumber daripada : Portal Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Continue Reading
No comments
Share:

Soalan lazim tentang kerjaya anggota bomba

banner3vz



1. Soalan: Saya sangat berminat untuk menjadi seorang anggota bomba. Bagaimanakah caranya untuk memohon bagi jawatan yang sesuai dengan kelulusan saya hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)?
Jawapan: Sekiranya anda mempunyai kelulusan SPM, anda boleh memohon Jawatan Pegawai Bomba Gred KB 17. Bagi permohonan tersebut, anda perlu memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman web SPA di http://www.spa.gov.my.

2. Soalan: Saya memiliki kelulusan akademik Diploma dari universiti tempatan. bolehkah saya memohon jawatan sebagai pegawai bomba dan apakah jawatan yang sesuai dengan kelayakan akademik saya?
Jawapan: Bagi kelulusan akademik Diploma, anda boleh memohon jawatan sebagai Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 dan cara permohonan masih lagi melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman web SPA di http://www.spa.gov.my.

3. Soalan: Saya memiliki kelulusan akademik Ijazah Sarjana Muda dari universiti tempatan. bolehkah saya memohon jawatan sebagai pegawai bomba dan apakah jawatan yang sesuai dengan kelayakan akademik saya?
Jawapan: Bagi kelulusan akademik Diploma, anda boleh memohon jawatan sebagai Penguasa Bomba Gred KB41 dan cara permohonan masih lagi melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman web SPA di http://www.spa.gov.my.

4. Soalan: Adakah cara lain untuk memohon menjadi pegawai bomba selain daripada melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?
Jawapan: Sekiranya anda ingin menjadi pegawai bomba dalam erti kata lain memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Bomba Gred KB17, Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 atau Penguasa Bomba Gred KB41, anda hanya boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman web SPA dihttp://www.spa.gov.my.

5. Soalan: Adakah saya boleh memohon melalui Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, sekiranya saya ingin menjadi anggota Bomba?
Jawapan: Tidak boleh. Anda hanya boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di laman web SPA di http://www.spa.gov.my.

6. Soalan: Bagaimanakah proses pemilihan bagi memasuki skim Pegawai Bomba Gred KB17 dan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29?
Jawapan: Terlebih dahulu anda perlu membuat permohonan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan tunggu sehingga dipanggil untuk melalui Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Ujian Kecergasan yang akan dimaklumkan melalui surat atau laman web SPA. Selepas berjaya dalam Pemeriksaan tersebut, anda akan dipanggil untuk melalui proses seterusnya iaitu Proses Temuduga yang akan dijalankan pada tarikh yang lain. Selepas berjaya dalam temuduga, anda akan ditawarkan untuk Jawatan tersebut sama ada Pegawai Bomba Gred KB17 atau Penolong Penguasa Bomba Gred KB29. Untuk maklumat lanjut bagi proses Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan Fizikal atau maklumat lain berkaitan kerjaya, sila klik disini.

Continue Reading
No comments
Share:

PROGRAM LAWATAN KE AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA


1. Pengenalan
Sebagai satu cara untuk mendekatkan diri Akademi dengan masyarakat, pihak akademi amat mengalu-alukan sebarang program lawatan daripada semua pihak termasuk kanak-kanak tadika, pelajar sekolah rendah dan menengah, pelajar kolej dan universiti, Agensi Kerajaan dan dari syarikat korporat. Semua program lawatan di Akademi ini dikendalikan oleh Pengajian Keselamatan Kebakaran dan semua pertanyaan boleh dibuat melalui Pegawai Perhubungan Awam atau Ketua Pengajian Keselamatan Kebakaran, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai. 


2. Aktiviti Lawatan
2.1 Taklimat Akademi daripada Wakil YS Komandan
2.2 Lawatan Ke Sekitar Akademi.
2.3 Demonstrasi menggunakan Alat Pemadam Api.
2.4 Lawatan ke Galeri Akademi.
2.5 Lain-lain aktiviti boleh dibincangkan bersama Ketua Pengajian Keselamatan Kebakaran 


3. Cara Permohonan
3.1 Sediakan surat permohonan dan di alamatkan kepada:-

YS Komandan, 
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, 
KM 24, Jalan Kuala Berang, 
21040 Marang, Terengganu Darul Iman 

atau; 



3.2 Maklumat yang diperlukan di dalam surat permohonan:- 
  • Nama Wakil/ Pegawai bertanggungjawab.
  • Anggaran / Jumlah sebenar peserta dan pegawai pengiring.
  • Aktiviti lawatan/ jadual keseluruhan program bermula dari masa bertolak hingga bergerak keluar dari Akademi.
  • Latar belakang peserta.
  • Tarikh Cadangan Program. 

4. Tindakan Akademi
  • Memberikan pengesahan/ kelulusan melalui telefon.
  • Memberikan kelulusan melalui surat rasmi.
  • Memberikan nama pegawai untuk dihubungi dan nombor telefon pegawai. 
Semua perkara di atas hanyalah sebagai gambaran untuk memudahkan pihak awam membuat persediaan yang perlu. Sekiranya ada apa-apa persoalan, sila klik di sini untuk dihubungkan ke Soalan Lazim Lawatan. 

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia