Monday, February 29, 2016

Lima Profil Manusia Beruntung

Aku Mahu...
Mahu apa?
Mahu dikasihi Allah.
Kasihilah dirimu dan kasihilah orang lain.
Aku mahu jadi segagah-gagah manusia.
Sentiasalah menyerah diri kepada Allah.
 
Aku Mahu...
Mahu apa lagi?
Aku mahu jadi manusia paling baik.
Jadilah manusia yang baik dan berguna kepada masyarakat.
Tapi apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian-Nya.
Apakah pula sebesar-besar kejahatan?
Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.
 
Itulah pelbagai runtunan hati kita yang meronta-ronta mencari kepuasan. Sebagai makhluk yang dibekalkan nafsu, hati dan akal, manusia akan sentiasa berkeinginan. Sama ada ingin jadi baik atau sebaliknya. Mahu kumpul pahala atau dapat seksa. Namun, Allah yang bersifat dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Raheem, sentiasa membuka peluang kepada manusia untuk membuat pilihan. Segala-galanya terpulang pada kita untuk memilih berlandaskan syariat yang ditetapkan.
 
Manusia yang dibekalkan dengan agama sebagai pegangan dan panduan hidup, semestinya akan lebih mampu mempertahankan apa yang berharga dalam hidupnya. Keindahan dan kesempurnaan ajaran Islam sebagai cara hidup adalah suatu yang mutlak. Tetapi tingkah laku dan tindakan Muslim itu sendiri sering kali mencemari keindahan Islam dan mencacatkan kesempurnaannya.
 
Memiliki gelaran sebagai seorang Muslim bukan sekadar catatan pengenalan semata-mata. Tetapi kesempurnaan beragama akan tergambar dengan peribadi Muslim yang benar-benar mengikut apa yang diajarkan. Sebagai umat yang terbaik, seorang Muslim semestinya memiliki peribadi yang berteraskan garis panduan al-Quran dan sunnah. Namun, ia bukanlah hanya bergantung pada ibadah khusus semata-mata, kerana sebagai makhluk bernyawa yang pasti akan menemui mati, sudah tentu akan ditanya ke mana dihabiskan usia kita selama hidup di dunia ini?
 
Setiap manusia sudah pasti akan menelusuri perjalanan hidup yang ditetapkan untuknya. Namun, sepanjang tempoh itu apakah dia benar-benar menjadi seorang Muslim dalam erti kata yang sebenar dan memperoleh keberuntungan.
Lima Profil Manusia Beruntung
  1. Akidah yang  sejahtera
Sebagai makhluk ciptaan Allah SWT semestinya manusia memerlukan suatu dasar dan peraturan hidup yang akan membentuk disiplin, kemantapan iman serta ketaqwaan seseorang bagi memandunya menuju keredhaan Allah SWT.
 
Berpaksikan fakta ini, tentunya akidah Islamiyah sahaja yang memiliki kemampuan demikian dan membuatkan manusia mempunyai ikatan yang kuat dengan Allah SWT. Islam sebagai ad-Din atau cara hidup memiliki peraturan dan pegangan yang mampu membangunkan sistem kehidupan manusia kepada suatu ketamadunan yang tinggi.
 
Sejarah membuktikan, dengan keunggulan ajaran dan aqidah Islam telah membentuk tamadun yang hebat suatu ketika dahulu. Hal ini kerana, potensi semula jadi manusia jika dimantapkan dengan bekalan ilmu yang dimiliki, mampu dikembangkan dengan baik sekiranya berteraskan akidah kepada Allah SWT. Sebaliknya, krisis nilai akan berlaku apabila pemikiran dan pegangan manusia dibangunkan dengan keruntuhan akhlak dan tidak berpaksikan kepada peraturan serta disiplin berteraskan akidah Islam. Keruntuhan tamadun akan berlaku apabila manusia tidak berpegang sepenuhnya kepada Islam sebagai ad-Din. Akidah, syariat dan akhlak adalah saling berkait antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan. Jika diumpamakan seperti sebatang pokok, akidah sebagai akar umbi, syariat merupakan dahannya dan akhlak adalah sebagai buahnya. Natijah daripada memiliki akidah yang sejahtera akhirnya akan berjaya membentuk manusia yang benar-benar hidup sebagai seorang Muslim sejati.
 
  1. Bermanfaat untuk orang lain
“Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya daripada kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang miskin serta orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (an-Nur:22)
 
Nukilan melalui maksud firman Allah ini amat bertepatan dengan fenomena sosial semasa yang menuntut setiap individu Muslim untuk berfikir lebih jauh terutamanya yang melibatkan generasi muda. Setiap Muslim perlu sentiasa meletakkan diri untuk memberi perkhidmatan yang dapat dimanfaatkan oleh agama, bangsa dan negara. Pemikiran sebegini amat penting supaya terbina individu yang berkualiti, keluarga yang bahagia seterusnya terbentuk masyarakat yang sedar dan peka dalam segenap aspek kehidupan.
 
Memberi manfaat bererti kebaikan menjalar kepada orang lain melalui pelbagai cara yang berlandaskan syariat. Sekiranya setiap Muslim menggunakan segala kemampuan yang dipinjamkan oleh Allah untuknya, sudah pasti mereka akan menjadi umpama pokok yang rimbun dan berbuah lebat.
 
Tidak dinafikan, pengislahan itu bukan senang dan nilainya bukan calang-calang. Dengan hambatan-hambatan yang ada dalam proses pembinaan insan, ia mampu melemahkan kekuatan diri untuk terus memanfaatkan diri sendiri kepada ummah. Namun, jika semua Muslim berpegang dan berperanan dalam segenap ruang lingkup kehidupan, nescaya negara yang disebut sebagai baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur (negara yang baik dan mendapat keampunan Allah SWT), tidak mustahil dapat dikecapi. Hakikatnya, sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain. Maka, beruntunglah diri mereka yang sentiasa bermanfaat.
 
  1. Ibadah yang benar
 
Tuntaskan ibadah yang merupakan kewajipan kita sebagai hamba-Nya di muka bumi ini kerana ia adalah ‘tiket’ untuk kita ke syurga. Ibadah yang benar-benar terbaik adalah ibadah yang dilakukan semata-mata bagi mendapat keredhaan Allah SWT dengan berbekalkan pemahaman serta penghayatan yang tinggi.
 
Allah telah menukilkan dalam surah al-Dzariyat ayat 56 melalui firman-Nya yang bermaksud, “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.”Ayat ini jelas mengingatkan kita, ibadah itu merupakan tanggungjawab manusia kepada Allah SWT sebagai Pencipta manusia dan sekalian alam. Ia perlu dihayati dan difahami secara benar dan tidak menyimpang kepada unsur-unsur yang menyesatkan.
 
Melalui ibadah, akan melahirkan hati-hati yang patuh dan tunduk serta kecintaan yang tinggi kepada Allah SWT. Ini kerana skop ibadah amat luas. Semua perkara yang diizinkan oleh Allah itu adalah ibadah. Ia merangkumi segenap aspek kehidupan yang mana akhirnya akan mewujudkan insan yang menjalani kehidupan untuk memperoleh keredhaan Allah SWT semata-mata.
 
  1. Bijak menjaga masa
Kita dikurniakan matahari dan bulan yang sama. Mengharungi jumlah pusingan jam dan hari yang sama. Tetapi mengapa ada orang yang dapat melakukan suatu pekerjaan yang hebat dan ada pula yang sentiasa mengeluh tidak punya cukup waktu untuk menyelesaikan urusannya. Hakikatnya, tiada manusia yang punya cukup masa melainkan mereka yang bijak mengurus masa. Masa bukanlah emas atau pedang, tetapi masa adalah kehidupan. Allah telah mengingatkan kita dalam nukilan firman-Nya yang bermaksud, “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (al-Asr:1-3)
 
Firman Allah ini jelas membuktikan kebijaksanaan dalam mengurus masa mampu memberi kesan yang terbaik dalam kehidupan manusia. Tidak ada gantinya bagi masa yang telah berlalu kerana masa yang akan datang adalah masa yang berlainan. Sesungguhnya kita telah menzalimi diri sendiri apabila membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dimanfaatkan. Dalam sehari, mari kita hitung bagaimana 24 jam itu dibahagikan?
·         Bilakah masa beribadah kepada Allah?
·         Bilakah masa bersama keluarga?
·         Bilakah masa bekerja?
·         Bilakah masa bersama masyarakat?
·         Bilakah masa belajar?
·         Bilakah masa makan?
·         Bilakah masa berehat?
 
Akhirnya, apakah jawapan yang kita peroleh? Alangkah ruginya jika sepanjang 24 jam itu hanya dihabiskan untuk berehat dan bersenang-lenang semata-mata. Adakah berbaloi rehat yang kita ambil tanpa melakukan sebarang kemanfaatan? Oksigen yang Allah berikan secara percuma tanpa perlu bayar walau satu sen pun ini, bukanlah untuk disedut begitu sahaja. Allah pinjamkan bekalan oksigen supaya kita dapat hidup dengan sejahtera dan melangsaikan segala amanah yang telah kita janjikan dengan sebaiknya.
 
Hakikatnya, musuh yang paling utama dalam pengurusan masa adalah tabiat suka bertangguh. Sebagaimana kata Ibnu Umar, “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi, dan apabila berada pada waktu pagi janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah dari sihat engkau bagi sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau.”
 
  1. Akhlak yang mantap
Akhlak atau tingkah laku, perangai, tabiat, dan adat kebiasaan merupakan sifat, perbuatan atau tindakan yang dizahirkan dengan mudah tanpa perlu dipaksa. Ia bertapak utuh di dalam diri dan menjadi cerminan manusia dalam menilai baik buruk suatu perbuatan atau amalan.
 
Sedarkah kita, akhlak akan mempengaruhi penentuan kedudukan timbangan amalan seseorang di akhirat kelak? Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW, “Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan amalan seorang hamba pada hari kiamat berbanding akhlak yang baik. Dan sesungguhnya Allah murka kepada orang yang berkelakuan buruk dan bermulut celupar.” (Riwayat At-Tirmidzi)
 
Akhlak melambangkan imej seorang Muslim yang sebenar dan seterusnya dapat memperkasakan keindahan Islam. Menurut Imam al-Ghazali, akhlak yang mulia itu merangkumi empat perkara iaitu, bijaksana, memelihara diri dari sesuatu yang tidak baik, keberanian(menundukkan kekuatan hawa nafsu) dan bersifat adil. Ia jelas merangkumi segala sifat baik dalam kehidupan kita umpamanya hidup bersilaturrahim,  mempertahankan agama dengan berani, berbakti kepada keluarga dan negara, senantiasa bersyukur, sabar, redha dengan ujian, jujur, bercakap benar, dan sebagainya.
 
Secara tuntasnya, marilah kita sama-sama bermuhasabah, harta yang paling menguntungkan adalah SABAR. Maka, berapa banyakkah sabar yang kita miliki? Teman yang paling akrab adalah AMAL. Maka, akrabkah kita dengan amal? Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM. Maka, sejauh manakah peribadi kita dikawal? Bahasa yang paling manis adalah SENYUM. Maka, maniskah bahasa kita? Ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK. Maka, setinggi mana keindahan ibadah kita? Adakah kita selama ini menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim yang benar-benar beruntung?
 
*Artikel ini telah diterbitkan dalam Majalah Dian, isu 1.

Monday, February 22, 2016

Halatuju Pelaksanaan Amalan 5S Ibu Pejabat JBPM

1. POLISI AMALAN 5S IP JBPM

"Pelaksanaan Amalan 5S Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia bertujuan membentuk persekitaran dan budaya pengurusan berkualiti yang mengutamakan kebersihan, keceriaan dan keselamatan dalam penyampaian perkhidmatan cemerlang dan berintegriti ke arah sebuah organisasi berprestasi tinggi"

2. VISI AMALAN 5S IP JBPM

"Ke arah sebuah organisasi berprestasi tinggi melalui pembudayaan kerja cemerlang dan persekitaran berkualiti berteraskan Amalan 5S"

3. MISI AMALAN 5S IP JBPM

"Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dengan perkhidmatan berkualiti dalam menjana produktiviti yang tinggi"

4. OBJEKTIF AMALAN 5S IP JBPM

a) Mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, kemas, selesa dan selamat;
b) Meningkatkan  disiplin, kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasi;
c) Memupuk semangat kerja berpasukan; dan
d) Meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan jabatan;

5. SLOGAN AMALAN 5S IP JBPM

"Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul"

6. LOGO AMALAN 5S IP JBPM

a) 5S melambangkan warga JBPM komited untuk melaksanakan Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal;
b) Bulatan melambangkan perpaduan dan permuafakatan yang erat antara warga JBPM;
c) Api melambangkan semangat berkobar dan komitmen warga JBPM di dalam memberikan perkhidmatan yang berkesan;
d) Topi Keselamatan dan Kapak Bersilang melambangkan keselamatan kepada warga JBPM yang memberi perkhidmatan yang profesional dan berkualiti;
e) Warna Kuning melambangkan kejujuran dan optimis warga JBPM dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif; dan
f) Warna Biru melambangkan kesejahteraan, kestabilan dan kesatuan antara warga JBPM.

 

Amalan 5S


Wednesday, February 17, 2016

Kalendar Program Latihan Perpustakaan Negara Malaysia Tahun 2016

http://www.pnm.gov.my/resources/index/KALENDAR_PROGRAM_LATIHAN_PNM_TAHUN_2016_26012016.jpg

Simbol Asas Malaysia

TUJUH SIMBOL ASAS MALAYSIA

Pada 17 September 1963, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullai, mengumumkan tujuh simbol yang menjadi asas Malaysia. Bertitah pada satu majlis perhimpunan kanak-kanak, baginda menyeru semua kanak-kanak supaya mempunyai keyakinan teguh terhadap Malaysia yang baru ditubuhkan itu. Baginda bertitah bahawa simbol berkenaan ialah:-



BANGUNAN PARLIMEN
- Ia menjadi tugu keyakinan kita terhadap demokrasi berparlimen berdasarkan pilihan rakyat.

MASJID NEGARA

Tuesday, February 16, 2016

Fakta Ringkas Negeri-Negeri di Malaysia

perlis
NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN

RAJA
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
RAJA PEREMPUAN
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid
MENTERI BESAR
Y.A.B. Datuk Dr. Md Isa Bin Sabu
IBU NEGERI
Kangar
BANDAR DIRAJA
Arau
DAERAH
Tiada
PARLIMEN
3 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI
15 Kawasan
LAMAN WEB
http://www.perlis.gov.my

kedah
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

RAJA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
SULTANAH
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun
MENTERI BESAR
Y.A.B. Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak
IBU NEGERI
Alor Setar
BANDAR DIRAJA
Anak Bukit
DAERAH
11 Daerah
PARLIMEN
15 Kawasan
DEWAN UNDANGAN NEGERI
36 Kawasan
LAMAN WEB
http://www.kedah.gov.my

Monday, February 15, 2016

Info Sihat - Kurus :Tiada jalan pintas

Senaman dan kawalan pemakanan
Berat badan semakin meningkat merupakan salah satu masalah yang sering dikaitkan dengan wanita. Untuk menurunkan berat badan mereka rela mengambil jalan pintas dengan cara makan pil kurus dan diet tidak seimbang.
Hakikatnya menurut Penolong Pengurus Dietetik (Pakar Pemakanan), Hospital Gleaneagles, Phang Chin Yee, tiada jalan pintas yang boleh dilakukan melainkan senaman dan kawalan pemakanan.
Menurutnya seperti semua sedia maklum, tidak kira sesiapa pun, setiap orang harus melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali dalam seminggu. Senaman merupakan elemen penting dalam penjagaan berat badan.
Dari segi pemakanan pula, haruslah memilih kaedah memasak yang sihat iaitu tumis kurang minyak, sup, kukus, bakar mahu pun panggang. Paling penting, buang lemak daging dan kulit ayam sebelum memasak kerana ini juga mampu menaikkan berat badan.


gmbr kurus n gmk

Sayur-sayuran dan buah-buahan amat penting
Selain berat badan yang seimbang, kulit yang sihat juga akan terjaga sekiranya seseorang mengawal pemakanan mereka. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga amat penting semasa makan

kerana mampu mengawal berat badan di samping sebagai menu yang menyihatkan. Amalkan meminum air sebanyak lapan gelas sehari agar tubuh badan kita tidak kekurangan air. Perbincangan berkisar mengenai bagaimana menjaga berat badan dengan cara yang sihat selaras dengan komitmen untuk menggalakkan gaya hidup sihat.

Senaman boleh dilakukan di rumah
Sementara itu, Pakar Fisioterapi Gleneagles, Cheryl Tiang berkata, kebanyakan individu terutama yang bekerja tidak ada masa untuk melakukan senaman. Senaman tidak semestinya hanya dilakukan di gimnasium, malah boleh juga dilakukan di rumah.
Latihan senaman bertujuan untuk memulihkan tubuh badan setelah seharian melakukan tugasan masing-masing. Senaman di rumah, anda bukan sahaja dapat menjimatkan wang bahkan masa kerana senaman boleh dilakukan di mana-mana yang bersesuaian dan disukai.

Thursday, February 11, 2016

Kerjaya Bomba

Ingin menyertai kami ?
Tugas-tugas dan Cabaran Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • MEMADAM KEBAKARAN DI STRUKTUR
  • UNIT UDARA
  • MEMADAM KEBAKARAN DI STRUKTUR TINGGI
  • UNIT PENGESAN K-9
  • MEMADAM KEBAKARAN DI HUTAN
  • UNIT EMS
  • MENYELAMAT DI JALAN RAYA
  • KOMUNIKASI
  • UNIT MOTOSIKAL GERAK CEPAT
  • UNIT HAZMAT
  • UNIT MENCARI DAN MENYELAMAT
  • UNIT 'MUST'
  • UNIT MENYELAMAT DI DALAM AIR
  • UNIT PENYIASATAN KEBAKARAN

Proses-proses Pengambilan (www.spa.gov.my)


Proses Semasa Hari Temuduga
Calon-calon hendaklah mengisi surat akuan lepas tanggungan sebelum menjalankan sebarang ujian. Calon-calon dikehendaki menjalani ujian ketahanan fizikal.

TINGGI
Tidak kurang dari 1.57m (lelaki) dan 1.53m (wanita) tanpa memakai sepatu.

BERAT BADAN
Tidak kurang dari 48kg (lelaki) dan 46kg(wanita) tanpa memakai baju (bagi lelaki) dan sepatu/kasut getah.

UKURAN DADA
Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas. Wanita dikecualikan.

UJIAN PENGLIHATAN
Ujian penglihatan dengan ketetapan V/6/9. Jarak carta dengan calon adalah 20 kaki tanpa bantuan cermin mata atau kanta sentuh.

PENGECAMAN WARNA
Pengecaman warna terhadap semua warna yang ditetapkan.

UJIAN PENDENGARAN
Ujian pendengaran yang ditetapkan.

UJIAN MENGANGKAT BERAT

UJIAN MENEGAKKAN TANGGA BOMBA

UJIAN MEMANJAT TALI

UJIAN MENAIKI TANGGA
 
Sumber daripada http://www.bomba.gov.my

Wanita dalam kerjaya bomba






http://www.bomba.gov.my/resources/index/user_1/Image/Orang%20Awam/wkb1.jpg 

http://www.bomba.gov.my/resources/index/user_1/Image/Orang%20Awam/wkb2.jpg

YS Pengarah JBPM Negeri Sarawak telah dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam - Sekalung tahniah

3 Februari 2016 (Rabu) - Dewan Besar Astana Negeri Sarawak

YS PKPjB Nor Hisham bin Mohammad, Pengarah JBPM Negeri Sarawak telah dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam - "Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Emas)(PPC)" dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Dewan Besar Astana Negeri Sarawak hari ini (Rabu – 3 Februari 2016)

Pingat ini dikhaskan kepada para pegawai awam dan perkerja Badan-Badan Berkanun /Majlis Berkuasa Tempatan / Agensi-agensi Negeri bagi mengiktiraf dan menghargai khidmat cemerlang, kecekapan, kebolehan dan kejayaan mereka. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YS Pengarah.

 

Kemaskini pada 2016-02-05 14:57:06 daripada Admin Sarawak
Sumber daripada http://www.bomba.gov.my

Malaikat Dan Tugasnya

25 Nama Nabi Dan Rasul

http://3.bp.blogspot.com/-KrlSacPgMAY/VjrCKlmOnKI/AAAAAAAABD4/rE4q7KMc2Cs/s1600/25%2Bnama%2Bnabi%2B-%2Bmbkaos.jpg

CATATAN RINGKAS, apabila ditanya anak/cucu tentang Al-Quran: (tanya jawab)

S : Berapa jumlah Surah dlm al-Quran?
J : 114 Surah
S : Berapa jumlah Juz dlm al-Quran?
J : 30 Juz
S : Berapa jumlah Hizb dlm al-Quran?
J : 60 Hizb
S : Berapa jumlah Ayat dlm al-Quran?
J : 6236 Ayat
S : Berapa jumlah Kata dlm al-Quran?, dan Berapa Jumlah Hurufnya?
J : 77437 Kata, atau 77439 Kata dan 320670 Huruf
S : Siapa Malaikat yang disebut dlm al-Quran?,
J : Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazhah, Hamalatul-Arsy, dll.
S : Berapa Jumlah Sajdah (ayat Sujud) dlm al-Quran?
J : 15 Sajdah
S : Berapa Jumlah para Nabi yg disebut dlm Al-Quran?

Friday, February 5, 2016

5 perkara penting anda perlu tahu berkenaan virus Zika

5 perkara penting anda perlu tahu berkenaan virus Zika
Sesi khas WHO berkenaan virus Zika akan berlangsung pada Isnin ini, dan para delegasi akan membincangkan sama ada untuk mengisytiharkan ancaman Zika sebagai situasi darurat kesihatan awam global. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini memberi amaran virus Zika, yang disebabkan gigitan nyamuk mungkin tersebar secara meluas di seluruh benua Amerika.

Virus itu dikesan kali pertama pada spesis monyet sekitar 1947.

Ia tersebar secara besar-besaran di Amerika apabila jangkitan pertama kali dikesan di Brazil pada Mei lepas.

Sesi khas WHO berkenaan virus Zika akan berlangsung pada Isnin ini, dan para delegasi akan membincangkan sama ada untuk mengisytiharkan ancaman Zika sebagai situasi darurat kesihatan awam global.


Apakah virus Zika?


Fakta ringkas mengenai virus zika



Fakta ringkas mengenai virus Zika

Virus Zika telah merebak dengan pantasnya di Amerika Syarikat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa virus Zika telah merebak dengan pantasnya di Amerika Syarikat dengan anggaran empat juta rakyatnya kemungkinan akan dijangkiti pada akhir tahun ini.

Manakala Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa telah mengeluarkan senarai lebih 12 negara untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin.


Apa itu virus Zika?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...