Makanan bergoreng - Makanan bergoreng memang sedap tetapi ia tidak boleh dijadikan amalan kerana memberi kesan janka panjang terhadap kesihatan. Dikatakan individu yang gemar mengambil makanan bergoreng boleh mendatangkan impak negatif terhadap radang sendi melalui, radang yang berlaku semakin teruk dan berpunca oleh pertambahan berat badan. Ini secara tidak langsung mendatangkan tekanan yang lebih banyak di bahagian sendi.
Garam - Pertambahan kandungan garam di dalam tubuh hanya akan memburukkan masalah radang sendi. Oleh itu, segeralah hindari makanan yang menggunakan jumlah garam yang tinggi seperti makanan segera, snek ringan dan sebagainya.
Daging - Ramai yang sedia maklum bahawa daging mempunyai sumber zat besi yang tinggi. Walau bagaimanapun penghidap artritis dimestikan untuk mengelak atau menghentikan terus pengambilan daging dalam menu masakan sehari-hari. Ini disebabkan kandungan lemak yang terdapat di dalam daging tersebut boleh menjadi bahan beracun sekali gus memburukkan masalah radang yang dirasai.
Alkohol dan rokok - Merokok dan mengambil alkohol dalam tempoh yang kerap merupakan satu tabiat yang buruk. Penghidap artritis atau masyarakat yang mementingkan kualiti hidup yang sihat mesti menjauhi dua perkara ini.
Gluten - Gluten adalah sejenis protein yang terdapat di dalam gandum dan bijirin yang lain. Bagi individu yang menderita sakit sendi maka seeloknya perlu menghidari jenis makanan seperti ini lantaran gluten yang terkandung di dalamnya.
Produk berasaskan susu - Kandungan protein di dalam susu berupaya merosakkan sistem antibodi yang mana ia diketahui berupaya melindungi tubuh daripada masalah peradangan. Individu yang bertarung dengan penyakit sendi seharusnya mengelak dari mengambil susu atau produk yang menggunakan ia sebagai bahan utama.
Sumber daripada : Majalah Mingguan Wanita Januari 2015
Ruapnya makanan harian yang kita makan adalah penyebab utama sakit sendi..
ReplyDeleteKena tapis dah apa yang makan sekrang..
Posting terbaru AM
5 Kelebihan dan Manfaat Berjogging
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
thank you for the good information
ReplyDeleteharyati hidayah
https://sapusapusihat.com/