Friday, July 29, 2016
Gesa tubuh Majlis Keselamatan Air Negara untuk tangani kes lemas
*Sumber daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Kos operasi, gaji guru antara faktor caj tadika swasta mahal
*Sumber daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
Fakta Air
- Sungai tercemar ialah sungai yang telah mengalami perubahan kepada sifat fizikal, kimia dan biologi sehingga menjejas kegunaan berfaedah air, menyebabkan keadaan berbahaya kepada kesihatan atau kebajikan awam atau kepada kehidupan dan tumbuhan.
- Air digunakan dalam pelbagai aktiviti harian, tiga kegunaan utama ialah: domestik, industri dan pengairan dalam sektor pertanian.
- Air permukaan adalah air yang mengalir di permukaan Bumi.
- Kategori air adalah air di dalam sungai, tasik, pantai, dan air larian permukaan. Walaubagaimapaun air tanah juga dikenali sebagai air bawah tanah.
- Lembangan sungai ialah kawasan dari mana semua air larian permukaan mengalir melalui jaringan anak-anak sungai, sungai-sungai utama dan kemungkinan tasik dan berakhir ke laut melalui satu kuala, muara atau delta.
- Air juga digunakan dalam akuakultur, eko-pelancongan, aktiviti sosial, perlombongan, dan untuk pengeluaran hidroelektrik secara tidak langsung.
- Tebatan Banjir ialah kerja-kerja yang melibatkan pengurusan kesan banjir, bukan usaha untuk menghalang kejadian banjir daripada berlaku.
- Air Panas ialah Mata air panas terbentuk apabila air di permukaan bumi menyerap masuk ke bawah tanah lalu di panaskan (boleh sehingga ke takat didih) oleh batuan panas dan kemudian mengalir semula ke permukaan.
- Air tanah ialah air yang terdapat dalam lapisan tanah atau bebatuan di bawah permukaan tanah.
- Alur ialah Lekuk pada dasar laut samada ianya tertutup,garisan,sempit,cetek.
- Banjir ialah satu badan air yang meningkat naik, membuak dan melimpah ke kawasan tanah yang kebiasannya tidak menakung air.
- Kualiti Air ialah pernyataan mengenai suatu badan air di mana ciri-cirinya boleh diukur dari segi fizikal, kimia dan biologi (sekurang-kurangnya) serta penceritaan (narrative statements) boleh dibuat mengenainya.
- Loji Rawatan Air ialah tempat menapis dan merawat air.
- Permatang ialah ketinggian bentuk muka bumi dasar laut yang kedalamannya menjadi cetek tetapi tidak membahayakan keselamatan pelayaran.
- Air graviti adalah sistem bekalan air dimana sumber air terletak ditempat yang lebih tinggi daripada tempat ianya digunakan. Bekalan air diagihkan melalui daya graviti semulajadi.
- Kira-kira 97% daripada air di bumi adalah air masin (salt water) dan hanya 3% sahaja air tawar (fresh water). Lebih dua pertiga daripada air tawar merupakan ais manakala bakinya ditemui sebagai air tanah dan sebahagian kecil sahaja sebagai air permukaan.
- Telaga Aluvium ialah telaga yang digali ke dalam lapisan aluvium bagi mendapatkan air tanah daripada akuifer.
- Telaga Batuan Keras ialah telaga yang digali ke dalam lapisan batuan keras bagi mendapatkan air tanah daripada akuifer.
- Terumbu ialah permatang batu atau pasir yg terdapat di bawah atau di atas permukaan laut.
- Terumbu Karang ialah sejenis haiwan invertebrata yang terbina daripada kalsium karbonat di dalam laut.
*Sumber daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Friday, July 22, 2016
Haram Guna Wifi Jiran Tanpa Kebenaran
DUBAI 12 April – Bahagian Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Islam Dubai (IACAD) mengeluarkan fatwa bahawa menggunakan teknologi WiFi jiran tanpa kebenaran adalah dilarang dalam Islam.
“Tidak menjadi kesalahan menggunakan WiFi jika jiran kamu mengizinkannya, tetapi jika mereka tidak mengizinkan, maka kamu tidak boleh menggunakannya,” jelas fatwa yang disiarkan menerusi laman web institusi tersebut.
Menurut portal New York Post, fatwa itu dikeluarkan semalam bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh pembaca tanpa nama.
Institusi berkenaan menjawab pelbagai soalan secara dalam talian antaranya tentang solat, agama dan isu-isu semasa seperti pembedahan kosmetik dan muat turun filem secara haram.
Menurut majlis tertinggi Islam di Dubai itu, fatwa berhubung dunia teknologi masih belum lengkap sepenuhnya, justeru garis panduan baharu perlu dikeluarkan terutama yang melibatkan kehidupan seharian.
Ketidaktentuan itu berlaku kerana isu-isu baharu sering timbul seiring kemajuan teknologi dalam masyarakat.
3 Cara Mudah Untuk Makan Lebih Sayuran
Ramai orang tidak suka makan sayur-sayuran, tak
dinafikan ada juga yang suka kepada sayur-sayuran. Saya ada beberapa
cara yang akan membantu anda makan lebih banyak sayur-sayuran dalam diet
harian anda.\
1. Kisarkan Sayuran Bersama Sos Anda
2. Snek dengan Smoothie Hijau
3. Menggunakan Sayur-sayuran Sebagai Alat Pencelup
Ramai di antara kita berfikir sayur-sayuran sebagai
sesuatu yang kita makan pada waktu makan, tetapi tidak semestinya
begitu. Sudah tentu sangat elok kalau kita dapat makan sayur-sayuran
setiap kali waktu makan; tetapi anda juga boleh memasukkan hidangan
sayur-sayuran ke dalam sos anda, smoothie dan makanan ringan. Dengan itu, berikut adalah tiga tips terbaik untuk makan lebih banyak sayur-sayuran:
Jika anda tidak suka tekstur atau rasa sayur-sayuran,
anda boleh dengan mudah mencampurkan pelbagai sayur-sayuran seperti
labu, lobak merah, bayam dan sayur-sayuran berdaun lain ke dalam sos
pasta anda. Anda juga boleh campurkan sayur-sayuran ke dalam sos untuk
daging atau ikan. Mengadunkan sayur-sayuran ke dalam sos adalah terbaik
untuk mereka yang inginkan nutrien daripada sayur-sayuran, tetapi tidak
suka kepada rasa atau teksturnya. Cuba dan lihat jika anda akan menjadi
salah satu daripada kisah kejayaan.
Cara lain untuk memasukkan sayur-sayuran ke dalam diet harian anda adalah dengan menggunakannya dalam smoothie
hijau. Hijau di sini bukan bermakna anda harus menggunakan
sayur-sayuran hijau sahaja. Anda boleh menggunakan sayur-sayuran warna
lain seperti labu, lobak merah, tomato dan lain-lain, untuk menambah
nutrien kepada diet anda.
Dicadangkan anda tidak menggunakan terlalu banyak buah-buahan, kerana ia akan meningkatkan kandungan gula dalam smoothie.
Gunakan sayur-sayuran dengan sedikit buah-buahan untuk perisa. Jika
anda ingin menambahkan protein, anda boleh kisar badam atau ricihan
kacang lain menjadikannya serbuk dan diadun menjadi smoothie. Dengan cara ini, anda benar-benar tahu bahawa segala-galanya di dalam smoothie anda adalah terus dari alam semula jadi.
Akhir sekali, kebanyakan kita berfikir bahawa kita
perlu menggunakan keropok atau cip untuk mencelup, tetapi sayur-sayuran
adalah pilihan yang lebih sihat untuk mencelup ke dalam salsa, mentega
kacang, hummus atau kuah-kuah lain. Dengan menggunakan sayur-sayuran
seperti brokoli, kubis bunga, lobak merah, saderi dan lada benggala
untuk mencelup, anda akan mengurangkan saiz pinggang dan meningkatkan
pengambilan nutrien. Selain dari itu, pilihan ini mungkin boleh juga
membantu meningkatkan tahap tenaga anda – bukannya membuat anda merasa
lembap, seperti jika memakan kanji diproses seperti kerepek dan keropok.
Kasih Sayang Dapat Menghilangkan Stres
Kasih
sayang mempunyai peranan yang sangat berguna dalam menangani stres.
Hubungan kasih sayang boleh membantu mengurangkan stres dan meningkatkan
kesihatan anda. Kasih sayang memberi kesan yang hebat kepada jiwa anda,
dan ia juga adalah penawar stres semula jadi. Dalam hubungan yang
sihat, kuasa kasih sayang adalah cukup kuat untuk membuat hati anda
senang, jiwa anda tenang dan badan anda sihat.
Penurunan Stres: Bagaimana Kasih Sayang Membantu
Berkongsi kegembiraan dan cabaran hidup adalah salah satu manfaat utama yang diperolehi daripada sebuah hubungan.
Apabila anda mempunyai perkahwinan atau hubungan yang
baik, anda mempunyai seseorang untuk berkongsi kerisauan anda,
seseorang untuk meluahkan masalah anda, dan juga untuk bersama anda
menikmati masa yang terluang. Hubungan boleh melegakan stres dengan
tidak membuat anda memikul setiap beban keseorangan.
Anda juga mempunyai seseorang untuk berkongsi impian
masa depan. Seseorang yang akan memberi anda sokongan dan bersama-sama
melalui liku-liku kehidupan. Beberapa kajian mendapati bahawa mereka
yang mempunyai perkahwinan yang sihat hidup lebih lama dan mempunyai
lebih sedikit masalah kesihatan berbanding mereka yang mempunyai masalah
dalam perkahwinan atau tidak mempunyai hubungan. Itulah kuasa kasih
sayang. Tambah lagi, mereka yang mempunyai perkahwinan bahagia bukan
sahaja mendapat manfaat menghilangkan stres, mereka juga jarang murung.
Pasangan yang penyayang akan berkongsi menanggung
masalah yang dihadapi, memberi sokongan, mendengar keluhan dan memberi
nasihat apabila diperlukan. Dan apabila anda ingin mengingati masa
bahagia dan senang anda, pasangan yang penyayang dapat membantu anda
mengingatinya.
Memperbaiki Hubungan
Jika anda mempunyai hubungan suami isteri, rakan,
atau dengan yang tersayang, yang sedikit bergolak, usahakan untuk
menyelesaikannya. Hubungan yang tidak sihat merupakan salah satu punca
stres yang boleh dijauhkan, dan memperbaikinya boleh mengurangkan stres
dan meningkatkan kesihatan anda. Berusaha untuk memperbaiki hubungan
akan membuat anda merasa gembira.
Memulakannya mungkin terasa sukar, tetapi usahakan
untuk mendekati yang tersayang. Lihat sama ada terdapat masalah atau isu
yang merenggangkan hubungan, yang perlu ditangani untuk meneruskan
hubungan bahagia. Atau, jika jarak di antara anda makin bertambah,
usahakan untuk membina semula hubungan itu.
Permulaan Ke Arah Hubungan Baik
Tidak semua orang selesa untuk menunjukkan kasih
sayang atau kemesraan – mungkin ia adalah personaliti atau pengaruh
keluarga ketika mereka membesar. Jika menunjukkan kasih sayang atau
kemesraan adalah sukar untuk anda. Demi untuk memperkukuhkan hubungan,
pertimbangkan untuk mula meluahkan perasaan anda kepada mereka yang anda
sayangi.
Menunjukkan kasih sayang sebenarnya boleh menjadi
kebiasaan, dan kita boleh belajar bagaimana untuk mengubah kebiasaan
atau tabiat. Mulakan dengan langkah kecil, dekati secara fizikal seperti
memeluk atau dengan sentuhan lembut, atau dengan kata-kata mesra. Dari
situ, anda perlahan-lahan boleh membina hubungan dan kasih sayang anda.
Ucapkan tahniah kepada diri anda setiap kali anda keluar dari zon selesa
anda, dan perhatikan kesan yang berlaku kepada pasangan anda.
Belajar Untuk Menunjukkan Kasih Sayang
Fikirkan apa jenis kasih sayang atau kemesraan yang
anda ingini di dalam hubungan anda. Gambarkan kemesraan tersebut dan
bagaimana anda hendak menunjukkannya. Berlatih melakukannya di dalam
minda anda untuk membiasakan diri menjadi lebih penyayang. Baca buku
tentang cara untuk menunjukkan kasih sayang, atau cari contoh dalam
filem atau rancangan televisyen.
Fikirkan tentang kemesraan dan berapa banyak anda
mengambil berat tentang orang yang anda mahu tunjukkan kasih sayang.
Fikirkan tentang perkara tersebut sepanjang hari.
Kehidupan ini mempunyai banyak penyebab stres dan
juga cabaran, dan anda memerlukan seseorang untuk menyokong anda
menyusuri masa-masa sukar – sama ada pasangan, ahli keluarga, kawan baik
atau rakan kongsi. Dan ia sama penting untuk mempunyai seseorang untuk
berkongsi kegembiraan dan sesuatu yang ingin disambut atau dirayakan.
Luangkan masa untuk memberi tumpuan kepada hubungan dalam hidup anda,
dan meraih manfaatnya. Penawar stres yang berkesan akan diperolehi hanya
dengan mengetahui bahawa anda mempunyai kasih sayang, sokongan dan
bantuan daripada orang yang dikasihi.
Ikan Bakar atau Panggang Dapat Tingkatkan Kesihatan Otak
Satu kajian yang dijalankan di Fakulti Sains
Kesihatan Universiti Pittsburgh, Amerika menyarankan pengalihan fokus
daripada omega-3s kepada memakan ikan, asli dan mudah, bakar atau
panggang, untuk meningkatkan kesihatan otak.
“Kajian kami menunjukkan mereka dengan pola makan
yang termasuk ikan bakar atau panggang, tapi bukan digoreng, memiliki
isipadu otak lebih besar di bahagian yang berkaitan dengan memori dan
kognisi,” kata penyelidik kanan James T. Becker, PhD, profesor
psikiatri, Fakulti Perubatan, University Pittsburgh.
Meskipun
banyak kajian yang memuji pelbagai manfaat kesihatan asid lemak omega-3
terutamanya kesihatan otak, namun Becker dan pasukannya tidak terkesan
dengan pengaruh omega-3s dalam kajian mereka.
“Kami tidak menemui kaitan antara tahap omega-3 dan
perubahan otak ini, yang membuat kami sedikit terkejut,” katanya. “Ia
membuat kami menyimpulkan bahawa kami menerokai ke dalam satu set umum
faktor gaya hidup yang memberi kesan kepada kesihatan otak di mana
pemakanan hanya sebahagian daripadanya.”
Dengan menggunakan imbasan otak MRI resolusi tinggi,
pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Cyrus Raji dari Residensi
Latihan Radiologi, Universiti California, Los Angeles (UCLA),
menganalisis data daripada 260 orang yang pada masa yang sama mengambil
bahagian dalam kajian kesihatan jantung. Peserta yang kesemuanya terdiri
daripada mereka yang berumur 65 tahun ke atas, dinilai berada dalam
kesihatan kognitif yang baik dalam tempoh 10 tahun kajian berlangsung,
yang bermula pada tahun 1989. Secara teratur, peserta melaporkan sendiri
pengambilan pemakanan mereka.
“Dalam kajian ini, peserta menjawab soalan mengenai
amalan pemakanan mereka, seperti berapa banyak ikan yang dimakan dan
bagaimana ia disediakan,” kata Raji.
“Ikan bakar atau panggang mengandung tahap omega-3
lebih tinggi berbanding ikan goreng, disebabkan asid lemak hancur dalam
suhu tinggi penggorengan, justeru kami mengambilkira perkara tersebut
ketika kami memeriksa imbasan otak mereka.”
Penyelidik menyimpulkan bahawa peserta yang makan
ikan bakar atau panggang sekurang-kurangnya sekali seminggu, memiliki
isipadu korteks otak besar (grey matter) kira-kira 4.3% lebih besar
berbanding yang tidak memakannya. Kognisi mereka pun lebih unggul 14
peratus berbanding yang tidak makan ikan dan lebih cenderung untuk
mempunyai pendidikan tinggi berbanding mereka yang tidak makan ikan.
Friday, July 1, 2016
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin
Kami di Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, JBPM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh warga JBPM..
Berhati-hati semasa pulang ke kampung halaman..