Friday, November 27, 2015

Banjir

banjir                                       
                        Keadaan Banjir di Johor Bahru   (Sumber : Wikipedia)
 Faktor-Faktor Berlaku Banjir
Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:-
  1. Hujan yang berterusan.
    Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.
     
  2. Proses pembandaran.
    Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.
     
  3. Hakisan sungai.
    Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.
     
  4. Hutan tadahan.
    Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.
     
  5. Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.
     
  6. Sistem perparitan tidak terancang.
    Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

Persediaan Hadapi Banjir

Banjir?
Banjir atau juga disebut bah merupakan bencana alam yang berlaku apabila air menenggelami kawasan yang luas. Banjir bukan saja mampu merosakkan harta benda tetapi juga turut melibatkan kehilangan nyawa. Banjir juga mampu melumpuhkan ekonomi sesebuah negara. Sehubungan dengan itu, setiap rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko tinggi menghadapi banjir, harus peka dan bersiap sedia menghadapi ancaman tersebut agar tindakan awal dapat diambil bagi meminimumkan kerosakan dan mengurangkan kehilangan nyawa akibat banjir.
 
Apa Yang Menyebabkan Banjir Berlaku?
1. Hujan yang berterusan
2. Proses pembandaran
3. Hakisan sungai
4. Pemusnahan hutan
5. Sistem perparitan tidak terancang
 
Apa Kesan Yang Ditinggalkan Banjir?
1. Kerosakkan fizikal- Struktur bangunan rosak akibat limpahan air dalam tempoh yang panjang dan tanah runtuh juga mungkin berlaku.
2. Pencemaran bekalan air - Air bersih sukar dicari dan timbul masalah penyakit bawaan air.
3. Kemusnahan kawasan tanaman/pertanian -bekalan makanan berkurangan
 
Apa Yang Patut Kami Buat?
Sebelum Banjir
1. Dapatkan maklumat mengenai banjir melalui pengumuman radio, televisyen dan pihak-pihak yang berkiatan seperi bilik gerakan banjir negeri atau daerah.
2. Pastikan saluran perparitan di kawasan sekitar rumah tidak tersekat.
3. Pastikan lokasi pusat pemindahan.
4. Letakkan dokumen penting dalam bekas kalis air dan simpan di tempat yang selamat.
5. Simpan bekalan makanan dan air bersih yang mencukupi.
6. Pastikan bekalan ubat mencukupi bagi yang menghadapi penyakit kronik.
7. Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain sebelum diarah berpindah.
8. Memastikan seluruh ahli keluarga faham mengenai implikasi banjir dan bersedia menghadapinya.
9. Meletakkan kenderaan di kawasan yang tindak pernah dinaiki air dan pastikan kenderaan tersebut berkunci.
10. Simpan nombor telefon yang penting seperti ahli keluarga, jiran, balai polis dan hospital terdekat dan bomba untuk kegunaan semasa kecemasan.
11. Letakkan haiwan peliharaan di tempat selamat kerana haiwan tidak dibenarkan untuk dibawa ke pusat pemindahan atas sebab kebersihan dan kesihatan.
12. Dapatkan insurans banjir jika berkemampuan.
 
Semasa Banjir
1. Pindah ke pusat penempatan mangsa banjir apabila diarahkan berbuat demikian dan seeloknya pindah pada siang hari dan sebelum keadaan banjir menjadi lebih teruk.
2. Jangan biarkan ahli keluarga anda terutamanya kanak-kanak bermain air di luar rumah.
3. Pindahkan peralatan rumah ke tempat yang paling tinggi di dalam rumah.
4. Pastikan dokumen penting tidak ditenggelami air dan bawa bersama sekiranya diarahkan untuk berpindah.
5. Pastikan bekalan elektrik, gas dan air ditutup semasa meninggalkan rumah.
6. Sentiasa mengikuti perkembangan keadaan banjir melalui radio dan televisyen.
7. Ikut laluan perpindahan yang diarahkan kerana laluan singkat mungkin boleh mengundang bahaya.
8. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang terjatuh
9. Elakkan keluar rumah dengan meredah banjir jika keadaan tidak mendesak.
10. Jangan minum dan menggunakan air yang tercemar untuk memasak.
 
Selepas Banjir
1. Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan berbuat demikian.
2. Periksa keadaan rumah untuk memastikan keadaannya selamat untuk didiami.
3. Masuk ke rumah dengan berhati-hati dan pastikan anda memakai kasut.
4. Pastikan rumah anda bebas daripada binatang berbisa dan gunalah kayu untuk mengalihkan barangan yang bertaburan di lantai.
5. Periksa paip gas yang mungkin bocor.
6. Periksa bekalan elektrik yang tenggelam.
7. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
8. Laporkan kerosakan harta benda awam kepada pihak berkuasa.
9. Buang bahan makanan yang terendam termasuk makanan dalam tin.
10. Pastikan minum air yang telah dimasak dan elakkan dari meminum air yang telah tercemar.
11. Basuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa menyediakan makanan atau memegang barang-barang yang telah dicemari air banjir.
 
Siapa Yang Patut Di Hubungi
Agensi Telefon Faks
999
Polis
Bomba
Hospital
Pertahanan Awam
999
jkm 03-2616 5600 03-2694 9395
majlis-keselamatan-negara
03-8888 2010
03-8888 2014
(24 jam)
03-8888 3022
met-malaysia 03-79678000 03-79550964
jps
03-4289 5506
03-4256 3735
kjr 03-2696 7727 03-2694 7550
 
 
Diterbitkan Oleh
Jabatan Penerangan Malaysia
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Laman Web : www.penerangan.gov.my
Portal :http://pmr.penerangan.gov.my
R 018 (BM) Disember 2011 (050)
Qualiti System : MS ISO 9001 : 2008
Direka bentuk dan dicetak oleh Digital Perspektif Sdn. Bhd

Petanda Tanah Runtuh

http://pmr.penerangan.gov.my/images/stories/berita/tanah-runtuh1.png

Tanah Runtuh

tanah_runtuh
Tanah runtuh berserta banjir lumpur merupakan satu lagi fenomena bencana alam yang kerap berlaku masa kini di Malaysia.

Kawasan tanah runtuh boleh berlaku:
  • di kawasan dimana tanah runtuh sudah berlaku, sama ada baru atau lama
  • di kaki atau permukaan atas cerun
  • di kaki atau permukaan atas cerun timbun yang lama
  • di kaki atau permukaan atas cerun potong yang menegak

Kawasan yang selamat daripada tanah runtuh :
  • di kawasan keras, batu-batan tidak bersambung dan tiada pergerakan pada masa lampau
  • di kawasan datar jauh daripada cerun dan sungai

Tanda-tanda sebelum berlakunya tanah runtuh :
  • Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terdapat atau terjadi
  • Retakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima
  • Ketandusan tanah pada "foundation" sesuatu pembinaan
  • Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget / bergerak daripada struktur utama rumah
  • Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit
  • Kepecahan serta kebocoran pada paip air
  • Kecondongan pada tiang telefon/letrik, pokok, dinding penahan atau pagar
  • Garisan lurus pagar menjadi bengkang-bengkok
  • Pemendapan ketara permukaan jalan
  • Pintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa

Wednesday, November 25, 2015

Ekspo Buku Malaysia 2015 kembali lagi..

Rumah-Rumah Kebajikan Yang Ada Di Sekitar Malaysia

Rumah-Rumah Kebajikan Yang Ada Di Sekitar Malaysia:

Lembaga Pengurusan Anak-Anak Yatim
884, Jln Paya Rumput Batu 11 1/2,
Tanjung Batu, Melaka. 
Tel: 06-3512364

Badan Usaha Didikan Anak Yatim, (BUDI)

Rumah Budi, Jln Pegawai, Yan,
06900 Kedah 
Tel: 04-4655208

Jemaah Pengurus Kebajikan Anak-Anak Yatim/Miskin
Pos Kota, 71350, Kota Negeri Sembilan
Tel: 06-4381411 
Fax: 06-4383025

Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Sabak Bernam

Lot 5204, Jln Parit 1 Timur, Sungai Besar,
45300, Selangor 

Tel: 03-32242849


Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Kluang
30, Jalan Besar, Kluang, 86000, Johor
Tel: 07-7725841


Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak (PKAYNS)
Lot 459, Block 14, Jln Siol Kanan, PetraJaya,
93050 Kuching
Tel: 082-446955 

Fax: 082-446939


The Salvation Army Kuching Boy's Home
Jln Ban Hock, P.O Box 547,
93700 Kuching, Sarawak
Tel: 082-242623 

Fax: 082-231948


Monfort Youth Trainers Centre
Jln Bongoon-Kodundungan-Gamang,
Donggongan, Penampang, 

89507 Sabah
Tel: 088-721053 

Fax: 088-721054


Rumah Anak Yatim Tambunan Sabah
Tambunan Sabah, 

89650 Sabah
Tel : 087-774120 

Fax: 087-774170

Syarat Pengambilan
  • Anak lelaki dan perampuan. Anak kematian ibu dan bapa,
  • Anak kematian bapa sahaja.
  • Umur tidak melebihi 12 tahun (Ketika memohon had penjagaan sehingga 18 tahun.
  • Islam (Atau bukan Islam dengan syarat penjaga memberi persetujuan bertulis anak itu didik dengan didikan Islam)

Status Penghuni
  • Yatim Piatu,
  • Kematian Bapa,
  • Kematian Ibu,
  • Penceraian,
  • Hidup susah (ibubapa)

Panduan Mengundi



Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk- penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Untuk mendapat maklumat dengan lebih lanjut sila Klik sini

Jangan Tinggalkan Kanak - Kanak Sendirian Dalam Kenderaan

baby-walkers

JANGAN MENINGGALKAN ANAK ANDA DI TEMPAT DUDUK KESELAMATAN TANPA PENGAWASAN 

Salah satu daripada perkara berikut mungkin boleh berlaku apabila anak anda ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah kenderaan :

1.    Tahap suhu dalam kenderaan boleh mencecah paras dapat mengancam nyawa anak anda.
2.    Anak anda boleh tercedera disebabkan oleh tingkap otomatik atau “sunroof”.
3.    Anak anda boleh diculik atau dilarikan sekiranya kereta dicuri.
4.    Anak anda secara tidak sengaja boleh menolak gear kenderaan dan ini boleh menyebabkan kenderaan bergerak.


Artikel disunting daripada sumber: http://www.panducermat.org.my

Hendak Melintas ataupun Tidak ?

Ramai orang malas mencari tempat yang betul untuk melintas jalan, maka mereka melintas di mana-mana dan bila-bila sahaja mereka suka. Sebenarnya, tempat-tempat yang selamat untuk melintas jalan adalah di:

         sikal  
  • Lintasan zebra
  • Lintasan undan
  • Jejantas pejalan kaki                                        

Jika anda tidak menjumpai tempat yang disenaraikan di atas, maka tempat paling selamat untuk melintas adalah di lampu trafik. Berlari melintas dan kemudian bertenggek di garisan putih di tengah-tengah jalan raya bukan sahaja menakutkan tetapi memang boleh membawa maut. Jadi jangan melanggar undang-undang jalan raya – gunakan lintasan yang disediakan dan anda akan sampai ke tempat yang ditujui dengan selamat, insya-Allah.

Sumber Maklumat:http://www.panducermat.org.my/

Tarikh Pemberian Khas Tahun 2015

Friday, November 20, 2015

Gerhana

Fasa Gerhana Bulan

Gerhana merupakan kejadian astronomi yang berlaku apabila satu objek astronomi bergerak ke dalam bayang objek astronomi yang lain. Terdapat dua jenis gerhana

  • Gerhana matahari
  • Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi lalu bersetentangan dengan bumi dan matahari, dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka terjadilah gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru, kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.
  • Gerhana bulan
  • Gerhana bulan pula hanya boleh berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang.
Gerhana juga boleh dibahagikan kepada:

Gerhana Penuh
Gerhana penuh berlaku apabila sumber cahaya dilindungi sepenuhnya oleh sesuatu objek astronomi.
Gerhana Separa
Gerhana separa pula berlaku bila cuma sebahagian daripada objek tersebut dilindungi.

Gerhana Anulus
Gerhana anulus pula merupakan sejenis gerhana penuh di mana satu lingkaran halus dapat diperhatikan di sekeliling objek tersebut.
Gerhana mungkin tidak berlaku setiap tahun, dan mungkin pula beberapa kali setahun. Namun gerhana penuh adalah jarang dan hanya dapat disaksikan pada suatu tempat di bumi.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana

Tempoh Pembentukan Lapisan Pertama Tanah Bumi

Bumi

Untuk membentuk lapisan pertama tanah berukuran 2.5 sentimeter mengambil masa 500 tahun melalui proses semula jadi. Pada umumnya lapisan luar bumi diliputi oleh tanah yang terbentuk daripada hakisan batu, tumbuhan dan haiwan yang reput.
Bakteria dan kulat memecahkan bahan-bahan organik untuk menukarkannya menjadi tanah dan akar tumbuh-tumbuhan membantu memecahkan batu untuk tujuan yang sama. Binatang seperti tikus membantu membentuk tanah apabila mereka menggali lubang sekali gus mencampurkan bahan-bahan menjadi tanah.
Cacing tanah pula menyuburkan tanah melalui pencernaan bahan-bahan organik dan mengitar nutrien yang ada. Secara purata, tanah terbentuk daripada 45 peratus mineral, 25 peratus air, 25 peratus udara dan lima peratus bahan organik
Sumber: Estidotmy

Mengapa Belon Yang Diisi Helium Cepat Mengecut?

Belon yang diisi dengan gas helium lebih cepat mengecut.

Belon mempunyai liang yang amat kecil di dalamnya seperti lubang kecil yang membenarkan udara atau helium keluar. Justeru kita dapat melihat belon yang telah ditiup lama kelamaan akan mengecut.

Bagaimanapun belon yang diisi helium lebih cepat mengecut kerana atom-atomnya lebih kecil berbanding atom-atom dalam pernafasan kita.

Oleh kerana atom helium lebih kecil maka ia lebih mudah membolosi liang kecil di dalam belon itu. Dalam bidang atom, atom helium adalah yang kedua terkecil manakala atom yang terkecil sekali ialah hidrogen.
 
Sumber: Majalah Estidotmy

Adakah Pokok Berhenti Membesar

pokok
Adakah Pokok Berhenti Membesar?

Pokok tidak pernah berhenti membesar. Setiap tahun ia akan mengeluarkan lebih banyak cabang dan semakin membesar. Malah ada yang mengatakan bahawa pokok akan membesar selama-lamanya.


Namun begitu pokok akan mati jika ia terkena penyakit dan diserang serangga tetapi jika ia sihat iaA akan terus membesar. Terdapat pokok yang cepat membesar tetapi tumbesarannya akan terbantut jika terhalang daripada cahaya matahari dan akan mati. Pokok mempunyai sejenis sel yang dinamakan totipotency iaitu sel yang mampu membentuk sel-sel lain.

Manusia tidak mempunyai sel seperti ini. Sel mata akan kekal sebagai sel mata dan sel buah pinggang akan kekal sebagai sel buah pinggang. Namun sel tumbuhan mampu mewujudkan apa juga sel yang dikehendaki oleh tumbuhan.

Oleh itu jika ada beberapa bahagian pokok yang mati, maka bahagian lain akan mengeluarkan bahagian yang baru. Menurut saintis, pokok yang paling tua berusia 4,900 tahun terletak di barat Amerika yang dikenali sebagai pokok pain bristlecone.

Sumber: Majalah Estidotmy

Monday, November 16, 2015

Tanggungjawab Pengguna

12089446380
Pengguna-pengguna juga mempunyai tanggungjawab tertentu

Kesedaran untuk mengkritik
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.

Penglibatan dan tindakan
Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.

Tanggungjawab sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.

Bersatu padu
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.

Sumber Maklumat: Fomca

Tip Insurans



 

Panduan penting apabila membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful.
  • Benar-benar memahami polisi insurans atau pelan takaful anda termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan pengecualiannya.
  • Memastikan premium insurans dan caruman takaful yang akan dibayar adalah berpatutan.
  • Memastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan anda.
  • Memastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.
  • Berurusan hanya dengan ejen berdaftar/broker berlesen atau secara terus dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.
  • Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk membayar premium atau caruman. 
Panduan membeli insurans hayat  

Pastikan anda membeli daripada syarikat insurans berlesen melalui ejen insurans yang sah.

•    Membeli insurans hayat merupakan satu perkara yang penting sebagai jaminan kewangan untuk keluarga di masa hadapan. Senarai syarikat insurans berlesen boleh diperolehi di laman web Bank Negara Malaysia dan sekiranya anda perlu maklumat lanjut, hubungi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).
Buat perbandingan kadar premium
•    Meneliti dan membuat perbandingan kadar premium dan manfaat insurans daripada beberapa syarikat insurans. Pastikan anda membuat perbandingan di antara polisi yang serupa kerana tidak semua polisi insurans mempunyai manfaat yang sama.
Fahami skop perlindungan, terma dan syarat polisi
•    Pastikan anda memahami semua peruntukan di dalam polisi yang ingin anda beli. Jika perlu, dapatkan penerangan daripada syarikat insurans. Berhati-hati jika anda dijanjikan bonus atau skala dividen.
Elakkan sebarang perlindungan yang tidak perlu
•    Jangan rasa tertekan untuk membeli produk-produk yang dipakej sekali yang mungkin mengandungi perlindungan tetap yang tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pilihan bagi mendapatkan perlindungan tambahan atau rider  dengan premium tambahan yang memberi nilai pulangan yang lebih baik.
Pastikan insurans hayat yang dicadangkan benar-benar sesuai untuk anda
•    Semak polisi yang dicadangkan dengan teliti bagi memastikan ia menepati keperluan peribadi anda.
Periksa tarikh insurans anda berkuat kuasa
•    Tarikh insurans anda berkuat kuasa mungkin berbeza daripada tarikh syarikat insurans anda mengeluarkan polisi itu. Tanya ejen insurans anda bilakah tarikh polisi anda berkuat kuasa.
Isi borang permohonan anda dengan teliti
•    Jangan menandatangani cadangan atau borang permohonan kosong. Pastikan semua maklumat di dalam borang cadangan anda lengkap dan tepat  bagi mengelakkan kelewatan atau tuntutan ditolak.
Pastikan premium dibayar kepada syarikat insurans
•    Pastikan anda membuat pembayaran cek atau kiriman wang kepada syarikat insurans dan bukan kepada ejen insurans dan minta resit selepas pembayaran sebagai bukti pembayaran.
Baca polisi anda apabila anda menerimanya
•    Anda diberi masa selama 15 hari untuk meneliti kandungan polisi selepas menerimanya. Gunakan peluang ini untuk memastikan polisi itu benar-benar sesuai untuk anda.
 

Sumber: Info Insurans

Skim Cepat Kaya

piramid
Sistem Piramid
Skim cepat kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.
Terdapat pelbagai jenis skim cepat kaya, antaranya adalah Skim piramid dan Skim Ponzi. Di Malaysia Skim Cepat Kaya yang paling terkenal adalah skim Pak Man Telo.
Pada permulaan skim tersebut, penganjur menggunakan wang deposit yang diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan atau wang pokok pendeposit yang sebelumnya. Pada amnya, para penganjur skim cepat kaya tidak melaburkan deposit yang diterima ke dalam pelaburan atau perusahaan yang mendatangkan keuntungan yang sama atau lebih tinggi.
Oleh yang demikian, mereka tidak dapat terus menanggung pembayaran pulangan yang tinggi kepada pelabur yang sedia ada. Jika tiada deposit baru diterima oleh penganjur atau skim ini dibatalkan, ia akan gagal dan para pelabur atau pendeposit akan kehilangan wang mereka.
duit1
Ramai Yang Telah Tertipu Dengan Skim Cepat Kaya
Pada kebiasaannya antara ayat-ayat skim cepat kaya adalah:-
  1. "Anda hanya perlu mengeposkan kepada .. orang yang kemudiannya akan membuat deposit kedalam akaun anda....."
    Anda tidak perlu berbuat apa-apa. Hanya tunggu wang terkumpul dalam akaun anda...."
    Dijamin tiada risiko, dan wang akan dipulangkan kembali.
  2. Orang berkenaan (individu, syarikat atau organisasi) menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit daripada orang awam tidak mempunyai lesen di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989;
  3. Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit dengan atau tanpa faedah atau pulangan (faedah atau pulangan pelaburan dijanjikan untuk dibayar dalam suatu tempoh masa dan dalam bentuk wang atau nilaian wang, sebagainya); dan
  4. Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit pokok apabila pembayaran balik dituntut atau pada suatu masa atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dan orang yang menerimanya, dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang (pembayaran pelaburan pokok adakalanya dimasukkan sekali dalam faedah atau pulangan tetap yang dijanjikan).
  5. Diantara skim cepat kaya yang terdapat di Malaysia adalah Pak Man Telo, Labu Peram (Sekitar 1980-an), Linggam Telo (1990 Lembah Klang), Skim 350 (1980-an Kulim, Kedah), Platinum Lane Sdn Bhd (PLSB) (1991 Kulim Kedah), dan Sri Emas Enterprise.
  6. Kebanyakan penganjur skim cepat kaya yang melaksanakan skim urus niaga mata wang asing haram melaksanakan skim mereka secara berikut:- [1]Urus niaga mata wang asing dengan seseorang, selain daripada seorang yang diberi kuasa, yang tidak mendapat kebenaran oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW sering:
  • Menawarkan kepada pelabur atau orang awam peluang untuk berurus niaga mata wang asing dengan syarikat induk (yang kononnya mempunyai lesen sah untuk berurus niaga mata wang asing di luar negara);
  • Memudahkan urus niaga mata wang asing dengan menyediakan akses kepada laman web syarikat induk dan kemudahan urus niaga melalui internet;
  • Menggaji lepasan siswazah sebagai eksekutif pemasaran dan mempengaruhi mereka supaya membuat ahli keluarga mereka membuat pelaburan;
  • Mengarahkan pelabur-pelabur untuk mendeposit wang pelaburan sama ada ke dalam akaun bank syarikat induk atau akaun bank pihak ketiga; dan
  • Mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menambah jumlah pelaburan ("panggilan margin") atau menghadapi risiko kehilangan pelaburan mereka .
Hukuman
  • Di Malaysia, mereka yang menjalankan Skim Cepat Kaya melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989. Mereka yang sabit dengan kesalahan dibawah akta tersebut boleh dihukum hukuman penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya.
  • Selain itu, dari segi ugama Islam, mereka yang memakan hasil skim cepat kaya adalah memakan hasil yang haram, (setaraf dengan makan babi).

Ada Alat Permainan Kanak-Kanak Gugat Keselamatan


AWAS! ADA ALAT PERMAINAN GUGAT KESELAMATAN
Pemilihan alat permainan tidak harus dipandang ringan. Walaupun alat permainan sepatutnya menyeronok dan menghiburkan, tidak semua dimainkan sebagaimana tujuan alat mainan itu dicipta.
Kanak-kanak belajar mengendalikan sesuatu objek dan meneka fungsinya sedari kecil. Ini antara sebab mengapa keselamatan dan kesesuaian alat permainan itu penting. Pilihan alat permainan harus sesuai umur kanak-kanak juga tingkat perkembangan dan bakat mereka. Keadaan fizikal, sosial dan pendidikannya juga harus diambil kira dalam hal ini.



Kemalangan ketika bermain alat mainan sering disebabkan tiga punca utama:
  • Penyalahgunaan, seperti apabila blok kayu dilontarkan kepada seseorang.
  • Tidak sesuai, seperti apabila set bahan kimia diberikan kepada anak berusia enam tahun atau guli diberikan kepada anak berusia tiga tahun.
  • Barangan tidak selamat iaitu mainan kayu yang berselumbar atau anak patung yang pinnya terkeluar.
  • Dengan mengetahui bagaimana kemalangan berlaku, ibu bapa boleh membantu mengelak kemalangan dengan memilih alat permainan yang dapat menjauhkan kanak-kanak daripada ditimpa kemalangan.
  • Beg plastik yang selalu ditinggalkan berselerak di merata rumah dan sering dianggap tidak mendatangkan masalah, boleh melemaskan kanak-kanak jika mereka menyarungnya pada kepala dan muka.
  • Ibu bapa harus menilai barang mainan yang dibeli untuk anak-anak. Alat permainan adalah kemestian dan kanak-kanak banyak belajar melaluinya tetapi ia tidak perlu menggugat keselamatan dan kesihatan mereka.
Panduan membeli barang mainan
  • Alat mainan kecil yang senang ditelan atau disedut melalui hidung tidak sesuai bayi atau kanak-kanak prasekolah.
  • Pastikan setiap bahagian alat mainan dipasang sempurna. Contohnya, tayar kereta mainan atau kapal terbang dan juga mata anak patung dan butang anak patung yang senang dicabut. Kanak-kanak gemar memasukkan benda-benda ini ke dalam mulut. Sebarang bahagian tertonjol harus tumpul dan tidak boleh mencederakan.
  • Alat mainan sepatutnya tidak boleh pecah meninggalkan kesan tajam atau selumbar. Begitu juga barangan plastik yang boleh dilentur.
  • Pastikan tiada pin atau dawai kokot terlekat pada alat mainan terutama anak patung.
  • Permainan stuffed toys harus menggunakan bahan bahan yang tidak mendatangkan alahan atau alergi. Pastikan alat permainan tidak menggunaka cat bertoksid.
  • Alat permainan sepatutnya boleh dicuci untuk memastikan ia tidak terlalu kotor dan mengumpul kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.
  • Berhati-hati dengan alat perhiasan kanak-kanak yang senang pecah dan mudah ditelan.
  • Pastikan tali yang diikat pada alat mainan tidak melebihi 30 sentimeter panjang. Tali yang melebihi ukuran ini boleh menyebabkan kanak-kanak terbelit leher mereka dengan mudah.
http://www.smartgeneration.com.my/index.php/halaman_pengguna/init/1/5

Panduan Penjimatan Air

 


1. Baiki paip yang bocor. Jika dibiarkan kita akan membazir sehingga 90 liter air sehari.
2. Tutup paip air sewaktu memberus gigi atau bercukur. Kita boleh menjimatkan hampir lima liter air seminit.
3. Sebelum membeli peralatan air, kita perlu memeriksa kadar penggunaan air peralatan tersebut.
4. Gunakan pancuran air daripada mencedok air dari takungan. Kita boleh menjimatkan dua pertiga daripada jumlah air yang digunakan.
5. Kumpul air hujan untuk menyiram bunga. 1000 liter air sejam akan digunakan sekiranya kita memakai air pancutan untuk tujuan yang sama.
6. Gunakan air di dalam baldi untuk membersihkan kenderaan.
7. Gunakan penyiram ketika menyiram pokok bunga.
8. Gunakan air di dalam gelas ketika memberus gigi dan berkumur.
9. Gunakan tadahan air hujan untuk kegunaan harian.
10. Pastikan pakaian penuh ketika menggunakan mesin basuh.
11. Gunakan bekas ketika membersihkan sayur-sayuran


Sumber: Berita Harian


Menyemai Tabiat menabung

menabung2
Tabiat menabung mesti dipupuk dari kecil lagi

•    Tabiat menabung perlu dipupuk dari awal. Sikap ini memsti diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.

•    Menabung dikategorikan dalam beberapa jenis. Di antaranya:

a)    Menyimpan wang tunai ke dalam tabung khas di rumah
b)    Membuka akuan simpanan peribadi atau bersama
c)    Membuat pelaburan dengan saham amanah
d)    Menabung dengan tabung haji
e)    Menabung dengan membeli emas
f)    Membuka akaun simpanan emas di bank tertentu yang menawarkannya.

•    Mulakan dengan menabung sikit demi sedikit, berikan kepada anak anda duit syiling dana ajar dia masukkan sendiri dalam tabung setiap hari. Menurut pakar psikologi, sesuatu perbuatan berubah menjadi tabiat atau budaya selepas diamalkan secara tetap selama 21 hari.

•    Apabila tabung sudah penuh, ajak anak mengira jumlah wang dalam tabung bersama-sama supaya anak dapat menilai hasil tabungan dia selama ini. Ini akan merangsang anak anda untuk minat menabung yang berikutnya. Hasil tabungan ini juga merupakan hadiah untuk mereka. Mereka boleh membeli apa yang mereka kehendaki dengan duit tabungan tersebut. Jumlah selebihnya bolehlah didepositkan dalam akaun persendirian.

•    Bagi orang dewasa pula, paksa diri anda menyimpan sedikit wang ke dalam akuan simpanan anda pada setiap bulan. Selain itu, anda boleh buat pemotongan gaji bulanan terus ke akaun anda.

•    Anda  mungkin tidak dapat melihat dalam waktu yang singkat, tetapi apabila anda melihat jumlah simpanan anda beberapa tahun selepas itu, anda akan lebih bersemangat untuk  menyimpan untuk kegunaan peribadi dan keluarga.

•    Simpanan juga amat penting bila anda berada dalam kesulitan terutama ekonomi keluarga.

Disunting Daripada Harian Metro

Etika Menjawab Telefon

florida-call-center hphone01 hphone02

 Telefon Bimbit kini dimiliki hampir semua individu sama ada yang masih belajar, pekerja, tua atau muda tetapi secanggih mana sekalipun telefon, ia tidak bermakna jika individu yang menggunakannya tidak bijak mengendalikan panggilan yang diterima, apatah lagi sehingga menganggu orang lain.
Pastikan Tujuan

Pastikan anda tahu tujuan membuat panggilan supaya tidak menyusahkan orang yang dihubugi. Jika tidak  keberatan, catatkan segala pertanyaan yang mahu diutarakan dan maklumat berkaitan supaya anda tidak perlu membuat panggilan semula untuk bertanyakan pelbagai soalan lagi. Selain itu, anda juga perlu pastikan nombor yanga anda dail itu adalah individu yang perlu anda hubungi.
Memulakan Perbualan

Saat memulakan perbualan, pastikan semua pertanyaan disuarakan dengan berhemah. Sebaik-baiknya mulakan pertanyaan dengan gelaran yang baik seperti encik, puan atau Datuk sekiranya penerima panggilan mempunyai gelaran itu. Pastikan juga, ucapan terima kasih diucapkan pada akhir panggilan supaya anda tidak dipandang sebagai individu yang pentingkan diri sendiri. Cara anda berbual di telefon menandakan keperibadian anda sebenar.
Nada Dering

Kecanggihan zaman teknologi memungkinkan pelbagai nada dering telefon boleh digunakan. Walaupun secanggih mana nada dering yang anda gunakan, ia perlu dimatikan atau ditukarkan kepada mod senyap setiap kali melangkah ke tempat seperti masjid, mesyuarat atau seminar. Tidak salah menghormati orang lain apatah lagi majlis yang anda hadiri. Jangan bimbang dengan panggilan yang tidak berjawab kerana teknologi juga memungkinkan semua panggilan tidak berjawab direkod supaya anda boleh menghubungi semula individu yang membuat panggilan tadi.
Pilih Waktu

Sebelum menghubungi seseorang, anda perlu pastikan sama ada waktu itu sesuai atau tidak. Waktu seperti selepas tengah malam, subuh atau maghrib dianggap antara waktu yang tidak sesuai. Ia adalah masa untuk berehat serta melakukan amal ibadat. Panggilan awal pagi atau lewat malam hanya dibenarkan sekiranya terdapat kecemasan yang perlu disampaikan. Gunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (sms) untuk bertanyakan sesuatu dan anda tidak perlu membuat panggilan.
Hak Peribadi

Ada kalanya teman anda sering meninggalkan telefon bimbit mereka merata-rata. Anda dilarang sama sekali mengusik telefon mereka kerana ia dianggap sebagai harta peribadi. Pasti telefon bimbit berkenaan mengandungi senarai nombor rahsia atau mesej-mesej peribadi yang pasti tidak patut diketahui orang lain. Sekiranya telefon berkenaan milik ahli keluarga berkenaan anda sekalipun, anda perlu meminta keizinan mereka terlebih dahulu.

hphone03 polls_person_20on_20phone_2637_593225_answer_2_xlarge ukrainian_mobile_phone
sumber : harian metro

Thursday, November 12, 2015

Kenali jenis sakit di bahagian tertentu pada badan

Sakit di bahagian bahu.
Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
KEBAS TANGAN :
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN :
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
KEBAS KAKI :
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
SAKIT TAPAK KAKI :
●Menandakan buah pinggang lemah.
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
.. SAKIT TUMIT KAKI :
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
.. RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
.. GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI :
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
..TANDA-TANDA DALAMAN  KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
.. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
.. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
● Bahagian atas .
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● Bahagian bawah (tengkuk).
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
.. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :
●Menandakan penyakit migrain.
.. BISUL TERJADI DI KEPALA
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
.. RASA PENING YANG MEMUSING
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
..MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH .
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
.. MUNTAH DARAH
● Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
● Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
..LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
●Tanda sakit jantung.
..KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
..KENCING
.. KERAP KENCING
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
.. AIR KENCING BERKAPUR
●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
 
.. AIR KENCING BERMINYAK :
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
.. AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
..AIR KENCING BERDARAH :
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
..BUANG AIR BESAR
.. CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
 Cirit-birit dengan serta merta selepas makan, mungkin menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
..SEMBELIT:
Membersihkan toksin dari usus kecil.
..NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
.. NAJIS BERWARNA HITAM :
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
.. BADAN :
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
..Sakit menyucuk :
● Proses menyeimbangkan urat saraf.
..Sakit sengal:
● Menandakan luka di dalam badan.
..Sakit menyentap:
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
.. Sakit menegang :
● Proses melancarkan pengaliran darah.
.. BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH 
. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
..BADAN TERASA PANAS .
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
.. BADAN TERASA RINGAN :
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
.. RASA TAKUT MENGEJUT: .
.Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
.. CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
..Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
.. RASA BIMBANG DAN TAKUT :
..Sistem paru-paru yang lemah.
.. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
.. Sistem jantung yang lemah.
.. Sistem saraf otak yang lemah.
.. Masalah pengaliran darah.

Wednesday, November 11, 2015

Panduan Kepada Pembeli Rumah

beli_rumah2
Pembeli rumah perlu mengambil kira mengenai hartanah, lokasi, jenis rumah, kemudahan dan persekitaran projek perumahan sebelum membeli rumah

Beberapa Aspek Penting bagi Pembeli Rumah
Sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan:

•    Pemaju Perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa

•    Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih lagi berkuatkuasa


Kenal Pasti Jenis Rumah

Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property) seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres ialah 24 bulan. SPJB untuk bangunan yang dipecahbahagikan (Building intended for subdivision) seperti kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar ialah 36 bulan.

Pembeli adalah dinasihatkan mendapatkan brosur/risalah secara percuma daripada pemaju di mana di dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuk nombor lesen, permit dan sebagainya.


Status Tanah
Pastikan status tanah sama ada:-

•    Hakmilik Kekal - bermakna selama-lamanya kekal.

•    Pajakan – pastikan baki pajakan tamat pada tarikh pembelian.

•    Rezab Melayu.

*    Semakan mengenai status tanah ini boleh dibuat secara carian di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar Negeri.

Maklumat Brosur

Brosur diberi percuma oleh pemaju dan pastikan kandungan brosur mempunyai maklumat berikut:-

1.Nombor lesen pemaju perumahan dan tarikh sah laku;


2.    Nombor permit iklan dan jualan dan tarikh sah laku; 


3.    Nama dan alamat:
i)    Pemaju perumahan berlesen
ii)    Ejen-ejen yang diberi kuasa (jika ada) iii)Pemegang surat kuasa wakil (jika ada) iv)Syarikat pengurusan projek (jika ada)


4.    Status tanah:
i)    Bebas
ii)    Pajakan - pastikan tarikh tamat pajakan
iii)Bebanan – sama ada telah dicagarkan kepada bank untuk pinjaman.


5.    Dekripsi kedudukan
i)    Spesifikasi bahan binaan rumah ii)Luas bangunan iii)Kemudahan/perkhidmatan


6.    Nama projek perumahan, jika ada; 7.Tarikh projek perumahan dijangka siap; 8.Harga jualan setiap jenis rumah; 

7.    Bilangan unit setiap jenis yang ada; dan
 

8.Nama Pihak Berkuasa Tempatan yang meluluskan pelan-pelan bangunan dan nombor rujukannya.

Hak dan Kepentingan Pembeli dalam Perjanjian Jual dan Beli Rumah

Perlu difahami isi perjanjian Jual dan Beli rumah sepertimana JADUAL G dan H yang terdapat dalam Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.


Bayaran Pertama

Pembeli perlu menandatangani SPJB pada masa pembayaran pertama 10% harga rumah dibayar kepada pemaju. Pastikan tarikh bayaran pertama dan SPJB adalah tarikh yang sama.

Untuk makluman pemaju tidak boleh mengutip apa-apa bayaran dengan nama apa pun tanpa suatu Surat Perjanjian Jual dan Beli.


Perakuan Arkitek

Pastikan apa-apa tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong dengan satu perakuan yang ditandatangani oleh Arkitek atau Jurutera Pemaju yang bertauliah.


Faedah Yang Dikenakan

Sekiranya pembeli atau pembiayaan (End Financier) pembeli gagal membayar bayaran ansuran dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh menerima notis bertulis bayaran, pembeli akan dikenakan faedah oleh pemaju yang dikira dari hari ke hari atas kadar 10% setahun ke atas ansuran yang tidak berbayar.


Pembatalan Perjanjian Jual dan Beli

Sila ambil ingatan bahawa kegagalan pembeli membayar bayaran ansuran dan faedah yang dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28 hari, pemaju boleh menamatkan perjanjian Jual dan Beli. Pemaju hendaklah menghantar Surat Berdaftar A.R. kepada pembeli tentang hasratnya membatalkan Perjanjian Jual dan Beli.


Bayaran Penyelenggaraan Infrastruktur

Pembeli hendaklah membayar kos penyenggaraan infrastruktur dari tarikh pemilikan kosong sehingga masa penyenggaraan infrastruktur diambil alih oleh Pihak Berkuasa Berkenaan atau Perbadanan Pengurusan (bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi.

Infrastruktur yang dimaksudkan ialah:

a) Bagi tanah dan bangunan
.: Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan bagi pemajuan perumahan berkenaan.

b) Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi
.: Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan bagi bangunan berkenaan.


Bayaran Penyelenggaraan Perkhidmatan

Mulai dari tarikh pemilikan kosong pembeli hendaklah membayar bagi perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:-


Bagi tanah dan bangunan

(i)    Perkhidmatan pungutan sampah, pembersihan parit-parit awam, pemotongan rizab jalan.


(ii)    Bayaran ini wajib dibayar hanya sehingga perkhidmatan ini diambil alih oleh Pihak Berkuasa Yang Berkenaan.

(iii) Pembelii hendaklah membayar pendahuluan sebanyak 6 bulan pada masa mengambil pemilikan kosong. Sekiranya selepas 6 bulan, perkhidmatan ini masih belum di ambil alih Pihak Berkuasa Yang Berkenaan, apa-apa pembayaran selepas itu hendaklah dibayar secara pendahuluan bulanan.


Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi

(i)    Bayaran perkhidmatan adalah bagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama dan pembayaran bermula apabila pemilikan kosong diambil.

(ii)    Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan bagi perkhidmatan penyenggaraan ini dan apa-apa bayaran kemudian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.

(iii)    Bayaran perkhidmatan penyenggaraan ini wajib dibayar kepada pemaju daripada tarikh pemilikan kosong sehingga penubuhan suatu perbadanan pengurusan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985.

(iv)    Apabila Perbadanan Pengurusan (Management Corporation) di tubuhkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985, perkhidmatan penyenggaraan akan diambil alih oleh Perbadanan Pengurusan ini dan pembeli adalah wajib membayar perkhidmatan penyenggaraan kepada Perbadanan ini dan bukan lagi kepada pemaju.


Ingatan:-
Pembeli perlu mengambil ingatan bahawa perkhidmatan penyenggaraan ini wajib dibayar selagi pembeli adalah pemilik petak dalam bangunan yang diselenggarakan.



Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund)
 

Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi sahaja.

Pembeli hendaklah pada tarikh mengambil pemilikan kosong petak mencarum kepada kumpulan wang penjelas suatu amaun yang sama dengan sepuluh peratus (10%) daripada bayaran perkhidmatan.

Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Penjelas mulai tarikh pemilikan kosong dan selepas itu caruman yang sedemikian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.


Bayaran Cukai Tanah, Cukai Taksiran dan Lain-lain

Mulai dari tarikh Pemilikan Kosong atau tarikh harta dipindahmilik mengikut mana yang terdahulu, pembeli adalah bertanggungjawab membayar cukai tanah, kadaran, cukai taksiran dan bayaran-bayaran lain berkenaan dengan harta yang dibeli.


Tempoh Pemilikan Kosong

Pemilikan kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan hendaklah diserahkan kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan kalendar dari tarikh Perjanjian (bagi tanah dan bangunan) dan 36 bulan (bagi bangunan yang dipecahbahagi).


Syarat-Syarat dan Hak Pembeli Semasa Penyerahan Pemilikan Kosong (VP)

Pastikan harta bebas daripada sebarang bebanan semasa menerima notis penyerahan pemilikan kosong.

Sekiranya pemaju memajak tanah atau harta, minta pemaju selesaikan baki yang ada semasa penyerahan pemilikan kosong.


Syarat-syarat yang perlu dipatuhi:-

(i)    Perakuan dikeluarkan oleh Arkitek Pemaju yang mengesahkan: a. Bangunan tersebut telah siap.

b. Bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan.
 

(ii)    Pemaju telah memohon:
a.    Pengeluaran CFO melalui Borang E *
b.    PBT telah mengeluarkan surat perakuan bahawa Borang E telah disemak dan diterima oleh PBT.

* Borang E adalah permohonan daripada Arkitek pemaju kepada PBT untuk pengeluaran CFO.

Pembeli hanya boleh menduduki rumah apabila CFO sudah dikeluarkan oleh PBT dan kerja-kerja mengubah suai rumah hanya dibenarkan selepas mendapat CFO serta kelulusan pelan oleh PBT berkenaan.


Semasa pemeriksaan bangunan, sebarang kecacatan sahih direkodkan dan diserahkan kepada pemaju untuk tujuan pembaikan. Pastikan anda mendapat salinan aduan.Pembeli berhak menuntut ke atas kelewatan pemaju menyiapkan rumah.

Bayaran Gantirugi

Sekiranya pemaju gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang ditetapkan dalam Perjanjian Jual dan Beli, pemaju hendaklah membayar kepada pembeli gantirugi yang dikira dari hari ke hari dengan kadar 10% setahun daripada harga beli rumah.


Tempoh Liabiliti Kecacatan
Tempoh Liabiliti Kecacatan adalah 18 bulan selepas Penyerahan Pemilikan Kosong.


Penubuhan Perbadanan Pengurusan Bagi Tanah dan Bangunan Yang DiPecahbahagi

Satu Perbadanan Pengurusan akan diwujudkan oleh pembeli-pembeli apabila Hakmilik Strata bagi tiap-tiap petak dikeluarkan dan dipindahmilik kepada pembeli.

Selain daripada beberapa fungsi lain, Perbadanan pengurusan adalah bertanggungjawab untuk menginsurankan dan menyelenggara bangunan.

Pertanyaan atau Aduan Perumahan
Anda boleh menghubungi :


Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasa
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Paras 3, Blok B Utara, Pusat Bandar Damansara
50782 KUALA LUMPUR
No.Tel : 03 - 20947033
No.Fax : 03 - 20925049

Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Artikel dimasukan pada 12 Mei 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...