MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Wednesday, April 15, 2015

Penumpang Kereta Tanpa Memakai Tali Pinggang Keledar Disaman RM300 Mulai 1 Mac

Bermula 1 Mac ini, penumpang tempat duduk belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar akan disaman RM300. Itu tegas Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Suret Singh, disamping dikenakan senarai hitam dan demerit sekiranya tidak menjelaskan bayaran saman dalam masa tiga bulan.

kereta2 "Kalau tak pakai saman 300 tidak ada tolak ansur di bawah kadar baru yg diumumkan yang akan kuat kuasa mulai 1 Mac yang tidak ada tolak ansur bagi yang tak pakai tali pinggang depan dan belakang."
Datuk Suret Singh/Ketua Pengarah JKJR

Peraturan penggunaan tali pinggang keledar oleh penumpang tempat duduk belakang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009. Dalam pada itu, Proton dan Perodua tampil menunaikan tanggungjawab sosial korporat, dengan memberikan tali pinggang belakang secara percuma kepada pelanggannya

Untuk rekod, hanya 16. 4 peratus daripada 226 ribu pengguna Proton dan 40 peratus daripada 526 ribu pengguna Perodua mendapatkan tali pinggang belakang secara percuma itu. Lantaran itu, Proton mengambil inisatif mengadakan kempen bermula April hingga Jun ini bagi memberi kesedaran kepada pengguna. Turut hadir, Pengarah urusan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Mohamed Zainal Abidin.

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, April 7, 2015

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015

Continue Reading
No comments
Share:

Info Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Anda pembaca, penerbit atau penulis?

Berita terlalu baik.

Kepada para pembaca, penulis dan penerbit yang mahu dihighlight di page rasmi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, bulan ini tumpuan besar bermula. 

Bagaimana caranya?

Tulis kisah menarik berkenaan anda, buku yang dibac, di sebalik proses buku atau cerita berlegar mengenai buku itu.
Kemudian hashtag ‪#‎pestabuku‬

Upkan bersama foto pada status...

Admin akan melihat status ber# bagi memilih dihighlight ke hampir 60,000 pengikut page ini.https://www.facebook.com/kualalumpurbookfair/posts/10153190486314513?fref=nf

Boleh mula sekarang....

Continue Reading
No comments
Share:

Pengurusan masa kerja yang bijak

Image result for stress workPengurusan masa kerja yang bijak dapat memberi anda lebih masa untuk menikmati hidup! Adakah anda bekerja sepenuh masa, sambilan, kerja di rumah ataupun dibebani dengan tugas-tugas yang lain? Ruangan kali ini, kami ingin kongsikan tips-tips mudah untuk mengembalikan keseimbangan dalam hidup. Selamat mencuba!



1.      Berapa lama masa yang diperlukan
Kemahiran menilai masa dengan bijak dapat membantu anda menghitung masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu tugas. Ini membolehkan anda menetapkan satu rentak yang bersesuaian dengan diri sendiri.


2.      Wujudkan tempat kerja yang selesa
Pastikan meja atau tempat kerja anda selesa dan tidak mudah diganggu. (Jika lebih mudah fokus dengan alunan muzik pun tak salahnya)


3.      Hasilkan senarai tugas
Senarai tersebut membolehkan anda memberi keutamaan kepada tugas yang lebih penting agar dapat menyelesaikannya secara sistematik dan secara langsung, mengatasi situasi tugas bertimbun. Lebih-lebih lagi, anda pasti akan rasa hebat apabila tugas menjadi selesai dan boleh disingkirkan daripada senarai.


4.      Selesaikan tugas yang sukar terlebih dahulu
Tahukah anda, masa terbaik untuk mengatasi masalah-masalah yang paling rumit adalah pada waktu pagi. Masa inilah anda berasa lebih segar dan otak lebih cergas!  Sentiasa menangguhkan tugas? Cuba berbincang dengan seseorang dan letakkan isu tersebut dalam konteks.


Awas: lama-kelamaan, sikap berlengah-lengah hanya akan menjejaskan keyakinan anda apabila mengendali perkara lain.

5.      Jangan berjanji dengan sewenang-wenangnya
Jika anda sibuk, jangan terima tugas baharu, terutamanya apabila anda tidak mencukupi masa untuk menyiapkannya! Ia hanya akan memberi lebih tekanan kepada diri sendiri. Cubalah katakan: “Saya perlukan masa sehingga hari esok untuk menyiapkan laporan itu”. Cara penyelesaian ini lebih positif berbanding dengan menjeritkan ‘tidak’ ataupun lebih teruk... terlepas tarikh penghantaran yang ditetapkan!


6.      E-mel dan panggilan telefon...hentikan buat sementara
Luangkan sekurang-kurangnya satu jam untuk memberi perhatian sepenuh kepada tugas anda.


7.      Kenal pasti gangguan-gangguan tertentu
Masa bersembang, menjamu kopi, menyemak e-mel... jangan lupa tetapkan masa-masa tertentu untuk melakukannya supaya tidak mengganggu konsentrasi anda.


Tip: Minumlah air yang mencukupi – keadaan yang terhidrat membantu anda menumpukan perhatian. Ia juga menambah tenaga!

Sebarkan ia – meluangkan masa untuk perincian khusus
Produktiviti harian sering diganggu oleh tugas-tugas lain seperti urusan di bank, penghantaran surat dan sebagainya? Peruntukkan sekali seminggu untuk menguruskan tugas-tugas tersebut. Ingat, kuasa terletak di tangan anda untuk memanfaatkan masa yang ada.



Artikel dipetik dari everydayme.com.my

Continue Reading
No comments
Share:

Tips Mengurangkan Keletihan Bekerja

Image result for stress work

Bersifat Positif Terhadap Pekerjaan
Kita harus positif terhadap kerja yang kita lakukan. Yang lebih penting kita sedar bahawa tugas yang kita lakukan ini adalah ibadah yang akan dibalas pahala oleh Allah. Ketika bekerja, kita haruslah ikhlas dan menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan.

Bersantai Sejenak
Gunakan waktu rehat antara waktu mengajar untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan ketika mengajar. Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau sepuluh minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu. Elakkan menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.

Nikmati humor dan ketawa
Berkelakar bersama teman-teman sekerja yang boleh menimbulkan ketawa dapat mengurangkan tekanan dan seterusnya dapat membangkitkan tenaga dan kesegaran. Akan lebih mudah menghadapi pekerjaan dengan senyum daripada terus muram disebabkan keletihan.

Bekerja secara sistematik
Siapkan skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu. Senaraikan kerja yang ingin dilakukan bagi jadual harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Saya percaya kepada `time flexible' iaitu saya tidak terikat kepada masa dan cuba menyiapkan tugas harian pada hari yang sama, tugas mingguan pada minggu yang sama dan seterusnya. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dan tertekan dalam membuat pekerjaan.

Perbanyak minum air mineral
Air putih dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh. Perbanyakkan minum air masak yang dapat mencuci buah pinggang dan melancarkan perjalanan darah.

Lakukan aktiviti fizikal

Untuk mengendurkan otot-otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senam ringan, di dalam atau di luar ruang kerja. Aktiviti ini akan dapat menyegarkan tubuh badan kita dan akan dapat mengurangkan keletihan.

Artikel dipetik daripada ruangan http://ruanganwanita.blogspot.com

Continue Reading
No comments
Share:

Monday, April 6, 2015

Cara Elak Iklan Ketika Layari Internet

layari-internet
Kemasukan iklan yang digunakan untuk menarik perhatian ketika pengguna melayari laman web
Ada beberapa cara kemasukan iklan yang digunakan untuk menarik perhatian ketika pengguna melayari laman web. Antaranya pop up, pop under, penggunaan flash dan sebagainya.

Ada juga iklan dihasilkan menggunakan program yang dipasang tanpa pengetahuan pengguna (spyware) atau dipasang dengan pengetahuan pengguna (adware).
Beberapa langkah pencegahan atau pengurangan kemasukan iklan boleh dilakukan termasuk:
  • Pastikan OS menggunakan patch terkini kerana program malware akan mengeksploitasi setiap kelemahannya;
  • Jika menggunakan Internet Explorer, pastikan gunakan patch terkini. Anda boleh juga menggunakan browser alternatif seperti Mozilla Firefox (mozilla.com) atau Opera (opera.com);
  • Baca kotak popup sebelum klik "OK". Ada juga iklan yang menyerupai kekotak dialog dari windows. Pastikan anda klik 'X' dan bukan "OK";
  • Jika menggunakan Firefox, anda boleh dapatkan perluasan seperti "NoScript" untuk membenarkan penggunaan Javascript di laman-laman web tertentu yang anda percaya. Untuk mengelak iklan dari jenis flash pula, anda boleh dapatkan perluasan "Adblock";
  • Jangan melayari laman web yang diragui, seperti porno, cracks, dan warez;
  • Dapatkan program anti spyware seperti Spy Bot Search & Destroy, IE-SPYAD, Spyware Blaster dan Windows defender (masih dalam beta) untuk mengesan program yang diragui. Anda juga boleh menggunakan program berkenaan serentak tidak semua program boleh mengesan segala spyware dan malware;
  • Browser terkini seperti Firefox, Internet Explorer dan Opera, kini mempunyai pilihan untuk menghalang pop-up. Aktifkan ciri itu.
  • Jangan pasang program-program dari laman web yang diragui.
Sumber Maklumat: Harian Metro

Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, April 2, 2015

Panduan Keselamatan Untuk Pengguna Internet

budak-main-laptop2
Didik peraturan layari internet. ADAKAH anak anda mangsa atau pembuli siber?
Petua untuk remaja dan kanak-kanak melayari internet.
LOL (Laughing out loud)
Penggunaan gaya bahasa dan cara penggunaannya akan menimbulkan minat untuk terus melayari. Tetapi gunalah dengan berhemah dan bijak.

TTYL (talk to you later)
Jangan hantar atau taip mesej selain daripada mesej yang kami hantarkan. Setuju?

BTW (by the way)
Gunakan filtering software kerana perisian ini boleh menghalang kandungan yang tidak berfaedah dan langkah terbaik adalah dengan mengenali rakan bual anda. Ingat jangan sesekali bertukar-tukar maklumat peribadi dan gambar anda di internet.

GTG(got to go)
Abaikan mesej dari orang yang tidak dikenali, bertanyakan kata laluan dan maklumat peribadi, melihat laman web lucah yang muncul secara tiba-tiba dan menerima e-mel lucah (SPAM) seperti peraduan palsu dan e-mel hadiah percuma. Oleh itu anda perlu melayari internet dengan bijak dan sentiasa berwaspada dengan e-mel remeh (SPAM) serta memadamkan mesej tersebut.

Bertindak Dengan Bijak Jangan Tertipu
Terdapat pengguna internet yang sentiasa mencari peluang untuk menganiayai orang lain terutama remaja dan kanak-kanak. Kebiasaannya mereka akan menghantar e-mel/mesej (IM) secara rawak dan mengharapkan seseorang akan membalas e-mel/mesej (IM) tersebut. Oleh itu jangan sesekali
•    Berikan nama, alamat, nombor telefon, nama sekolah atau kata laluan.
•    Bertemu dengan orang yang  tidak dikenali semasa anda berbual di internet . hiraukan apa yang diperkatakan olehnya
•    Membuka e-mel dan lampiran daripada orang yang tidak kenali, mempercayai gambar dan mesej yang anda terima daripada orang yang tidak dikenali.
•    Sembunyikan sesuatu daripada ibu bapa, guru atau penjaga anda jika seseorang atau mesej yang dihantar menjadikan anda berasa tidak selesa.

Saya hendak memuat turun muzik atau membeli sesuatu secara tetiba  dalam talian. Apa yang perlu saya lakukan?
•    Memuat turun muzik yang dilindungi hak milik tanpa membayarnya adalah menyalahi undang-undang.
•    Gunakan laman web yang biasa digunakan oleh rakan anda atau yang biasa dikenali.
•    Gunakan mekanisme pembayaran dengan selamat.
•    Gunakan kad kredit, ia biasanya dilindungi daripada penipuan.
•    Fikir sebelum anda membuka e-mel. Adakah saya mengenali orang ini?
•    Adakah tajuk ini masuk akal? Jika tidak, jangan buka.
•    Halakan tetikus pada pautan untuk melihat alamat laman web (URL). Jika URL tersebut berbeza daripada jangkaan anda, jangan klik padanya.
•    Laporkan spam dan virus kepada MyCERT, ISP, orang dewasa atau polis.
•    Ingat anda tidak wajib membuka e-mel, jika ia penting dan anda memadamnya , orang tersebut akan menghubungi anda semula.


Saya sedang berbual dalam talian dengan seseorang yang tidak dikenali. Apa yang patut saya lakukan?
•    Sentiasa pastikan maklumat peribadi anda dirahsiakan
•    Jangan berbual sesuatu yang membuatkan anda beras tidak selesa
•    Jangan menyamar menjadi orang lain
•    Sentiasa memberitahu ibu bapa atau guru jika ada yang bertanya mengenai maklumat peribadi anda.


Saya hendak pastikan nombor telefon mudah ialah saya selamat. Apa yang patut saya lakukan?


•    Fikir dahulu sebelum menghantar nombor telefon mudah alih kepada rakan bual di dalam talian.
•    Minta kebenaran daripada rakan-rakan anda sebelum anda menghantar gambar mereka.
•    Hanya berikan nombor telefon mudah alih anda kepada orang yang anda kenali dan percaya.
•    Jangan jawab mesej teks daripada orang yang nada tidak kenali.
•    Abaikan mereka atau lebih baik lagi padamkan sahaja mesej tersebut.


Seseorang bertanyakan kata laluan saya. Apa yang perlu saya lakukan?
•    Jangan sesekali-kali berikan kata laluan anda. Jika anda telah berikan tukarkannya dengan segera.
•    Gunakan gabungan huruf, nombor dan simbol sebagai kata laluan, contohnya $jeF2Bb.
•    Bank atau laman web TIDAK sekali-kali menghantar dan meminta pengesahan butiran log masuk melalui e-mel atau mesej yang lain.


Ibu bapa saya tidak mengetahui apa itu internet? Apa yang perlu saya lakukan?
•    Libatkan mereka, ajar mereka tekniknya
•    Tunjukkan mereka cara untuk membuka dan menggunakan akaun e-mel dan bagaimana IM berfungsi
•    Lalukan carian mengenai hobi mereka, tunjukkan mereka cara menggunakan Google.


Sumber: ISC Dengan Kerjasama CyberSecurity Malaysia

Continue Reading
No comments
Share:

Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia