Monday, March 30, 2015

APAKAH KESAN PEMANASAN GLOBAL TERHADAP ARAS LAUTAN

 bongkah_ais_pada_cerun_gunung_2
Kita telah melihat purata kejatuhan hanya lima darjah celcius dalam masa seribu tahun boleh menyebabkan era ais, jadi apa yang berlaku jika suhu Bumi secara purata meningkat beberapa darjah dalam tempoh beberapa ratus tahun.

Tidak terdapat jawapan yang jelas mengenainya.

Malah ramalan cuaca jangka pendek tidak pernah tepat kerana iklim adalah fenomena kompleks.
Apabila ia melibatkan ramalan jangka panjang, kita perlu berlandaskan pengetahuan bentuk iklim menerusi sejarah.

Glasier dan bongkah ais seluruh dunia sedang dan kehilangan kawasan air yang luas boleh mempercepatkan pemanasan global kerana kurangnya tenaga matahari yang boleh dipantulkan dari Bumi.

Jesteru aras laut akan meningkat serta merta dan biasanya peningkatan hanya satu atau dua inci.
Peningkatan biasa  biasanya menyebabkan masalah banjir bagi kawasan pantai yang rendah.
Bagaimanapun jika bongkah ais Antartika Barat mencair dan tumbang kedalam lautan ia akan meningkatkan aras lautan sehingga 10 meter dan banyak kawasan pantai akan hilang di bawah lautan.
Diramalkan aras lautan akan meningkat 17 sentimeter menjelang abad ke 20.

Saintis meramalkan aras laut akan terus meningkat sehingga abad ke-21 dengan peningkatan antara tujuh hingga 22 inci menjelang 2100.

Sumber: estidotmy 24 Jun 2009,Utusan Malaysia.

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENJAGA ALAM SEKITAR

    Image result for clean
  • Menggunakan sumber alam secara berhemah terutamanya penggunaan air dan elektrik. Sebagai contoh, air mandian dan basuhan boleh dikitar semula untuk menyiram pokok. Lampu dan peralatan elektrik lain perlu ditutup jika tidak digunakan.
  • Menggalakan orang ramai membuang sampah di tempat sepatutnya. Didik mereka untuk kitar semula dengan mengasingkan jenis-jenis sampah yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh seperti botol plastik, kaca, kertas dan sebagainya. Wujudkan tong sampah mengikut jenis-jenis bahan buangan tersebut.
  • Kumpulkan bahan-bahan buangan seperti tin aluminium dan surat khabar lama dan seterusnya dibawa ke pusat kitaran semula. 
  • Didik orang ramai membuat baja kompos daripada sisa makanan. Ia boleh digunakan untuk pokok bunga atau sayuran yang ditanam di halaman. Dengan ini, mereka akan turut dididik dengan konsep " berbakti kepada tanah ". 
  • Majalah-majalah atau surat khabar lama boleh digunakan semula dengan cara mengumpulkan artikel-artikel tertentu untuk dijadikan scrap book atau ensiklopedia peribadi tentang topik yang diminati. Ia akan membantu menjana pemikiran. 
  • Terapkan sifat berjimat cermat seperti mengunakan semula barang-barang lama dan jadikan kraftangan seperti beg, selimut atau alas meja. Tin atau botol plastik pula boleh diubah suai menjadi tabung, bekas alat tulis atau arca. 
  • Pakaian anak-anak yang tidak lagi digunakan mungkin boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan atau anak yatim. 
  • Bawa beg sendiri untuk membeli belah.
  • Galakkan orang ramai menyertai program berkaitan dengan pemeliharaan alam sekitar.

Sumber maklumat,
Utusan Malaysia

Friday, March 27, 2015

Kepentingan Pengambilan Serat

veggies2
Fiber membantu meransang sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit

Apakah yang dimaksudkan dengan serat?
Serat adalah bahagian daripada tanaman yang tidak boleh dicerna oleh manusia. Tanaman memberikan kekuatan dan struktur mereka. Serat yang ditemui dalam biji-bijian, bijirin, gandum, buah-buahan, sayuran, Psyllium sekam, kacang-kacangan, biji-bijian dan polong-polongan (kacang kering, kacang polong, dan lentil). Namun, serat hanya ditemui di kerajaan tanaman, sementara haiwan seperti daging, ikan dan produk susu tidak mengandungi serat.


Mengapa serat penting?
Ahli kesihatan percaya bahawa bermula di usus besar, dan membekalkan tubuh anda dengan serat yang cukup setiap hari adalah penting untuk fungsi usus dan usus besar. Diet tinggi serat juga membantu mengawal berat badan dengan membuat anda merasa kenyang lebih lama selepas makan dan kecil kemungkinannya untuk makanan ringan.


Siapa yang memerlukan serat?
Setiap orang harus memerlukan serat setiap hari terutama bagi mereka pesakit diabetes dan kegemukan.


Berapa banyak serat yang harus saya perlukan?
Nutrisi cadangan adalah untuk 20-35 gram jumlah semua jenis serat per hari. Secara berperingkat menambah serat ke dalam makanan anda, anda juga didorong untuk minum lebih banyak cecair saat anda meningkatkan jumlah serat yang anda makan. Bilangan yang disarankan adalah lapan gelas air sehari.


fruits_and_vegetables2 high_fiber2
Fiber banyak terkandung dalam semua bijirin seperti beras, gandum, oat, psyllium husk , buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang seperti soya, kacang tanah, dhal, pea, guava dan sebagainya.

Bagaimana Fiber Mempengaruhi saluran usus?
Fiber akan Meningkatkan gerakan saluran najis di dalam usus. Bahan bergetah yang boleh menghancurkan usus untuk membantu membuang sisa toksiK di dalam usus.


Serat boleh benar-benar membantu untuk mengendalikan berat badan?
Serat akan memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan memberikan rasa sepenuhnya. Tindakan ini dapat membantu anda mengehadkan kalori. Selain itu, pola pemakanan yang sihat dan bersukan secara teratur juga sangat penting untuk membantu seseorang untuk mengendalikan berat badan.


Bolehkah diet serat tinggi menghasilkan kekurangan mineral atau menghapuskan "baik" bakteria?
kajian menunjukkan bahawa serat tidak melakukan hal ini. Bahkan, bakteria yang bertindak balas terhadap makan serat & berkembang dalam diet serat tinggi.


Adakah akan ada kesan samping jika kita mengambil makanan tambahan berserat tinggi dalam jangka panjang?
Serat akan meningkatkan pergerakan usus dan fungsinya. Sehingga anda boleh bertindak balas secara bebas jika produk yang dibeli daripada syarikat terkemuka.

Thursday, March 26, 2015

Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya

sushi
Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida.


Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?
 

Kanser (Barah)
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.

Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.

Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)
Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

Tekanan darah Tinggi
Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

Osteoporosis
Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

Spina Bifida
Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)

Wednesday, March 25, 2015

Pencerobohan Facebook - Bagaimana menanganinya?

Image result for facebook

Sering kedengaran berlakunya pencerobohan terhadap akaun-akaun laman web sosial Facebook. Bagaimanakah untuk menggunakannya secara selamat? Dewasa ini, penggunaan laman web sosial Facebook menjadi satu budaya penting dalam kehidupan seharian. Ia bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan peribadi tetapi digunakan sebagai satu alat teknologi maklumat untuk komunikasi antara pelanggan-pelanggan dengan agensi-agensi jualan, rakyat dengan pemerintah, pelajar-pelajar dengan pensyarah dan lain-lain.
Capaiannya menerusi Internet juga tidak terbatas kepada penggunaan komputer peribadi yang mempunyai sambungan talian tetap. Malah, dengan munculnya alat-alat komunikasi mudah alih berkuasa tinggi dengan harga yang murah seperti komputer tablet, komputer riba, netbook dan telefon pintar berupaya mencapai laman web Facebook menerusi talian Internet tanpa wayar. Masa, alat dan tempat bukan lagi menjadi kekangan utama untuk mencapainya. Oleh itu, laman sosial Facebook ini boleh dicapai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Malah, ada kedai-kedai atau pihak-pihak tertentu yang menyediakan kemudahan capaian Internet tanpa wayar ini secara percuma menerusi teknologi Wifi.
Capaian Internet tanpa wayar ini sebenarnya mengundang sebahagian besar masalah pencerobohan ke atas akaun-akaun di laman web Facebook. Ini kerana data-data atau maklumat ‘berterbangan’ di udara dan sesiapa sahaja berupaya mengambilnya termasuklah data-data yang penting seperti login dan kata laluan. Tambahan pula program-program komputer untuk tujuan pencerobohan ini agak mudah diperoleh di Internet dan mudah digunakan. Dengan itu, berhati-hati dan berpada-padalah ketika melayari Internet menerusi capaian tanpa wayar ini.
Antara langkah-langkah awal yang boleh di ambil untuk menggunakan laman web sosial Facebook ini dengan selamat ialah menerusi konfigurasi keselamatan dan privasi yang baik pada akaun Facebook tersebut. Apabila kita mencapai laman web sosial Facebook menerusi Internet sama ada menerusi teknologi berwayar atau pun tidak berwayar, sambungan terhadap laman web tersebut tidak dienkrip. Ini bermaksud, sesiapa sahaja yang berupaya berada di kawasan sambungan tersebut akan boleh memperolehi apa sahaja maklumat atau data yang melalui sambungan itu secara jelas termasuk login dan kata laluan. Bagi mengatasi masalah sambungan yang tidak dienkrip ini, pihak Facebook telah menyediakan fungsi keselamatan untuk kita mengenkrip sambungan capaian ke laman web Facebook menerusi Internet.

Dengan ini, sesiapa boleh atau berupaya mendapatkan data-data atau maklumat yang melalui sambungan tersebut tetapi data-data dan maklumat tersebut tidak dalam bentuk yang nyata. Data atau maklumat tersebut akan disembunyikan dalam bentuk yang rahsia. Penceroboh atau penggodam perlu meemecahkan kod terhadap proses enkripsi yang dibuat terhadap data atau maklumat itu untuk mendapatkannya. Dalam Facebook, anda perlu pergi ke ruangan konfigurasinya. Seterusnya memilih fungsi Account Security dan tandakan pada ruangan Secure Browsing (https). Seterusnya, jangan lupa untuk menyimpan konfigurasi yang telah anda buat dengan mengklik pada butang Save.
Fungsi Secure Browsing ini baru sahaja diperkenalkan oleh pihak Facebook. Jadi, pastikan dikemas kini terlebih dahulu akaun Facebook tersebut dengan kemas kini yang dianjurkan oleh pihak Facebook. Sekiranya fungsi tersebut masih belum ada dalam akaun kita, sila maklum atau mohon kepada pihak Facebook atau nantikan sahaja kemas kininya oleh pihak Facebook. Hasil daripada konfigurasi tersebut, melayari laman web Facebook menerusi Internet akan dienkrip seperti mana melayari laman-laman perbankan Internet yang menggunakan protokol keselamatan rangkaian https. Selain daripada itu, pastikan juga konfigurasi untuk fungsi Privacy bagi akaun Facebook adalah baik. Pastikan dan tentukan mana maklumat yang perlu dikongsi oleh siapa sahaja dalam akaun Facebook anda. Pihak Facebook ada menyediakan cadangan konfigurasi Privacy dalam perkongsian maklumat seperti maklumat peribadi, maklumat rakan, gambar dan lain-lain.
Anda boleh tentukan sama ada anda mahu berkongsi maklumat dengan sesiapa sahaja, rakan sahaja, rakan kepada rakan sahaja atau menerima cadangan pihak Facebook. Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan konfigurasi tersebut, boleh memilih pilihan Custom. Di sini, anda boleh membuat konfigurasi sendiri untuk perkongsian maklumat dan boleh menetapkan hanya untuk tatapan atau capaian diri sendiri. Konfigurasi pada bahagian Privacy ini penting bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggung jawab memanipulasikan maklumat yang dikongsikan atau dijadikan panduan untuk melakukan penggodaman atau pencerobohan terhadap akaun Facebook seseorang. Sekiranya ada mana-mana akaun rakan Facebook yang disangsikan tujuannya, bolehlah kita blok akaun tersebut dalam fungsi Block Users.
Kadangkala kita melihat remeh-temeh berkenaan dengan fungsi Security dan Privacy dalam akaun Facebook ini. Namun begitu, sekiranya akaun Facebook mendapat masalah seperti digodam dan sebagainya, barulah kelam kabut untuk mencari jalan penyelesaian. Jadi, sebelum perkara yang lebih parah berlaku, marilah kita ambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan konfigurasi yang betul dan selamat pada akaun Facebook.

Selain daripada itu, berhati-hatilah dengan e-mel palsu yang meminta maklumat dan kata laluan bagi akaun Facebook anda.
Ia merupakan satu penipuan yang sepatutnya kita sedar akan perkara tersebut dengan menyemak kembali sambungan URL yang disediakan, e-mel tersebut dihantar secara tiba-tiba tanpa ada keperluan atau anda memintanya, semak penghantar e-mel tersebut dan lain-lain. Ia merupakan satu teknik penggodaman yang sangat mudah tanpa perlu melakukan perkara-perkara teknikal kerana pemilik akaun Facebook sendiri yang memberi maklumat-maklumat penting tersebut. Layari Internet dan laman web Facebook anda dengan selamat dan berhati-hati.


Sumber: Utusan Malaysia, 30 Mac 2011

Monday, March 23, 2015

Solat Istikharah Memohon Petunjuk dan Keredhaan

istikharah02
Sembahyang Istikharah Petunjuk Kebenaran


Pengenalan
Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa.


Tujuan Solat
Biasanya solat Istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya. Maka untuk itu bagi memohon petunjuk dan keredaan adalah dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. 

Cara melakukan solat Istikharah
Bangun daripada tidur yang nyenyak pada tengah malam bukan perkara mudah untuk menunaikan solat sunat. Bagaimanapun, jika diketahui fadilat yang bakal diraih melalui amalan solat sunat ini pasti kita berjaya untuk melawan mata mengantuk. Cara Melakukan Solat Sunat Istikharah ialah sebaik-baiknya lakukan selepas jam 12 malam selama 3 hari berturut-turut dan mohon pada Allah apa yang mengganggu diri dalam membuat keputusan.
 
Kesimpulan
InsyaAllah kita akan mendapat jawapan atau tanda-tanda alamat melalui mimpi atau gerak rasa. Jika anda rasa tidak sedap hati, maknanya jika anda teruskan juga untuk melakukan nya, ia akan jadi musibah. Jika kita rasa tenteram dan tenang, maka kita sudah tahu jawapannya. Dan teruskan niat tersebut. Solat istikharah sangat digalakkan untuk mereka yang mahu mendapat jalan keluar terbaik kerana keputusan yang dibantu hidayah selalunya akan membawa hasil diharapkan.

Sumber disunting :  Berita Harian 2/3/2011
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Friday, March 20, 2015

Keberkatan dan kelebihan hari Jumaat


Image result for jumaatPengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.

Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat JumaatSolat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)

Monday, March 16, 2015

5 Kesilapan Pilih Power Bank

Image result for power bankPengguna mungkin akan keliru dengan pelbagai jenama dan jenis Power Bank mudah alih yang terdapat di pasaran jika tidak biasa dan kurang pengetahuan berkenaan bateri. Secara amnya, Power Bank berbeza-beza antara satu sama lain walaupun kapasiti bateri adalah sama.

Pelbagai variasi Power Bank semakin kerap dihasilkan pengeluar berikutan ada permintaan yang mahukan lebih kepelbagaian dalam pilihan. Perbezaan tersebut dapat dilihat daripada segi saiz, harga, kualiti sel bateri, gred sel bateri, kesesuaian, sistem keselamatan serta reka bentuk litar keselamatan PCB.

Kemusykilan itu penting
Oleh sebab itu, kebarangkalian untuk pengguna tersilap membeli adalah amat tinggi. Dengan tawaran yang dilihat seakan-akan tidak munasabah, pengguna sepatutlah lebih peka dan kemusykilan berkaitan tawaran patut ada. Setiap perniagaan mahukan keuntungan. Jangan anda pula menjadi mangsa.

Selain itu, pengetahuan pengguna mestilah lebih terutamanya jika ia melibatkan tawaran yang bernilai tinggi. Berikut ialah beberapa kesilapan umum yang selalu dilakukan oleh pengguna semasa pemilihan dan pembelian Power Bank. Jadikan panduan supaya anda tidak turut sama terlibat di masa akan datang.

01. Pilihan berdasarkan kapasiti
Salah satu sebab utama pembelian Power Bank yang perlu dirujuk kembali adalah kerana ia mudah dibawa ke mana-mana. Jadi, pilihlah yang memudahkan urusan seharian. Lihat kepada kapasiti yang bersesuaian dengan penggunaan seharian anda. Usah beli Power Bank dengan kapasiti yang besar, serta berat semata-mata ingin kelihatan mewah.

02. Hiraukan kualiti sel bateri
Sel bateri ialah aspek utama yang perlu anda lihat selain perkara di atas. Sesetengah pengguna memilih Power Bank kerana jenama yang sedia ada di pasaran atau harga yang murah tetapi tidak menghiraukan berkenaan sel bateri yang digunakan. Kualiti sel bateri merupakan elemen utama yang akan menentukan jangka hayat Power Bank anda.

03. Kapasiti besar harga murah
Tawaran sebegini sering kali mengaburi mata pengguna. Sama ada di pasaran terbuka atau pun di pasaran dalam talian. Dengan tawaran kapasiti besar dengan harga murah yang seakan-akan mustahil, pengguna selalunya melihatnya sebagai peluang keemasan tanpa melihat spesifikasi lain. Oleh itu, selidik terlebih dahulu dan kalau boleh, soal penjual kenapa ia terlalu murah daripada kebiasaan.

04. Tiada ciri keselamatan
Pensijilan UL memastikan Power Bank tersebut memiliki standard kawalan kualiti dan output yang sebenar akan membuatkan peranti anda selamat. Selain itu, ciri-ciri keselamatan tambahan seperti perlindungan khusus seperti yang diterangkan dalam artikel sebelum ini banyak membantu memastikan pilihan anda berbaloi untuk digunakan dalam tempoh masa yang lama.

05. Sambungan tiruan
Kadang kala, sesetengah Power Bank memiliki pelbagai jenis sambungan, dan tidak semuanya asli. Jika anda melihat ini sebagai aspek yang tidak penting, anda salah. Sambungan tiruan dan tidak berkualiti boleh mengakibatkan litar pintar. Apa yang sebetulnya, gunakan sambungan peranti original kerana ia lebih selamat dan stabil.

Artikel dipetik daripada karangkraf pada 12 Januari 2015

Friday, March 13, 2015

Cara Pulihkan Mesej Whatsapp untuk Telefon Android


Image result for whatsapp 

Mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa aplikasi permesejan Whatsapp ialah darah daging kepada telefon pintar. Ia menjadikan perhubungan sosial lebih cepat, mudah dan lebih peribadi berbanding perkhidmatan SMS dan media sosial. Maka, pasti banyak maklumat penting yang tersimpan di dalamnya.

Jadi, apakah yang perlu dilakukan jika sejarah perbualan Whatsapp anda tiba-tiba lesap?
Selalunya, isu mesej Whatsapp hilang terjadi akibat perkara-perkara berikut:
1.     Tidak sengaja memadam sebahagian atau semua perbualan
2.     Menyahpasang aplikasi Whatsapp daripada telefon
3.     Bertukar ke telefon pintar baru
4.     Reset telefon pintar

Bagi sebab-sebab 1-3, ada kemungkinan besar sejarah perbualan boleh didapatkan kembali. Secara lalai (default), aplikasi Whatsapp akan membuat backup pada pukul 4 pagi setiap hari. Namun begitu, anda juga boleh membuat backup secara manual dengan menekan Setting>Chat Settings>Backup Conversations. Malangnya, ia tidak boleh dilakukan sekiranya peranti di’reset’ kerana semua aplikasi dan fail (termasuk fail backup) akan turut terpadam.

Cara restore untuk sebab 1 dan 2:
1.     Nyahpasang aplikasi Whatsapp daripada peranti anda.
2.     Muat turun dan pasang sekali lagi Whatsapp pada peranti.
3.     Buka aplikasi. Anda akan diminta untuk memasukkan nombor telefon. Pastikan anda memasukkan nombor telefon yang sama seperti yang digunakan sebelum ini.
4.     Whatsapp akan mencari sekiranya terdapat backup kepada mesej anda. Jika ada, skrin anda akan memaparkan mesej “Message backup found! Would you like to restore your message history from backup?” Klik Restore.
5.     Mesej-mesej yang terkandung dalam backup terakhir Whatsapp anda akan dipaparkan semula.

Cara restore untuk sebab 3:
1.     Sebelum mengaktifkan Whatsapp pada telefon baru, pastikan anda membuat backup secara manual pada telefon lama.
2.     Hubungkan telefon lama anda kepada PC. Melalui PC, cari folder Whatsapp pada storan telefon, kemudian salin (copy) folder tersebut dan simpan di PC anda.
3.     Muat turun dan pasang aplikasi Whatsapp pada peranti baru. Jangan aktifkan dahulu.
4.     Pergi ke File Manager dan cari folder Whatsapp. Namakan semula folder tersebut kepada apa-apa nama lain.
5.     Melalui sambungan kepada PC, masukkan folder Whatsapp yang lama ke storan telefon baru anda.
6.     Kini anda boleh mengaktifkan Whatsapp pada telefon baru. Pastikan anda memasukkan nombor telefon yang sama dan tekan Restore apabila Whatsapp menjumpai fail backup anda.

Perlu diingat, langkah-langkah di atas hanya berkesan jika folder Whatsapp yang mengandungi fail backup masih wujud dan tidak ditindih oleh backup baharu yang tidak mengandungi sejarah perbualan lama. Proses backup sebenarnya sangat penting bukan sahaja untuk aplikasi Whatsapp, tetapi untuk keseluruhan peranti pintar anda. Maka, jadikan proses backup satu amalan rutin supaya anda tidak kehilangan maklumat penting jika perkara yang tidak diingini berlaku kepada peranti anda.

Lebih baik jika fail-fail backup anda turut disalin ke PC atau ke storan awan (cloud). Rasa leceh sedikit tak mengapa, lebih baik beringat sebelum kena!

Wednesday, March 11, 2015

Pengurusan Diet Untuk Pesakit Gout

Pengenalan
  • Gout merupakan satu bentuk artritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.
  • Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Kebiasaannya, purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.  
  • Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut, mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.

Pengurusan Pemakanan Pesakit Gout 
Sekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari.  Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :

gout-feet
Penyakit Gout

Tinggi kandungan purin             :     Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan
Sederhana kandungan purin      :     Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan
Rendah kandungan purin          :     Makanan yang boleh diambil mengikut


 Sumber: http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/

Tuesday, March 10, 2015

Budaya Kerja Cemerlang

gmbr bdyaPendahuluan
Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja sambil lewa. Kerja dan tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai bebanan atau sebagai satu rutin yang membosankan. Kerja yang perlu dilaksanakan akan dilakukannya dengan bersungguh-sungguh, tidak sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.

Prestasi kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika menemui kesulitan ketika melaksanakan tugas, perkara perlu dilakukan adalah berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu dan tidak mudah berpatah hati dan mengaku kalah sebelum menyelesaikannya.





Ciri-ciri Untuk Mencapai tahap kecermerlangan adalah seperti berikut:
Bersikap inisiatif.
Pekerja yang mempunyai sikap inisiatif adalah mereka yang melakukan usaha atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja itu perlu dilakukan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkan berlakunya kesilapan.
Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang yang mereka ceburi. Oleh itu, mereka yang beretika dalam kerjanya akan sentiasa giat berusaha mengembangkan syarikat di mana mereka bekerja.


Mempunyai sikap yang positif
Bersikap positif dan  mempunyai niat yang betul ketika bekerja. Orang itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja dilakukan. Ramai orang bekerja, tetapi tidak faham atau mengerti kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup.


Bertanggungjawab terhadap masyarakat
Bertanggungjawab  terhadap  masyarakat. Tidak wajar mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan akibat perbuatan itu kepada masyarakat dan alam sekitar.


Amanah Dalam Menjalankan  Tugas,
Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat atau pekerjaan. Bayangkan jika seseorang pekerja atau pegawai tidak mempunyai sifat amanah, segala urusan tidak akan berjalan sempurna dan membawa kepada kehancuran institusi atau syarikat itu.


Komited terhadap kerjaya
 Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya diceburinya. Komited dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh terhadap apa dilakukan. Sifat komited ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja yang cemerlang.


Akhlak Yang Mulia
Akhlak, adalah teras pembentukan etika kerja profesional. Akhlak mulia yang dimiliki seseorang pekerja mahu pun ketua menjadi lambang ketinggian peribadi dan kualiti individu terbabit. Jujur dalam pekerjaan. Sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan sihat di antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama pelanggan. Sifat jujur dan benar dapat membendung segala perasaan syak wasangka dan tipu daya atau dusta.


Kesimpulan
Inilah beberapa perkara perlu ada pada seseorang pekerja untuk membentuk kecemerlangan kerjaya seseorang dalam acuan perspektif Islam.  Ciri-ciri diatas kan dalam membentuk situasi kerja yang cemerlang dan mencpai matlamat organisasi dengan lebih jaya dan tepat pada masanuya.

Monday, March 9, 2015

BUDAYA ETIKA DAN INTEGRITI MEMBENTUK BUDAYA KERJA CEMERLANG

Untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang, negara kita harus bijak mengurus kejayaan, serta dengan tegas dan berkesan mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangannya. Cabaran besar yang perlu ditanganinya dalam usaha tersebut ialah pemantapan etika dan integriti. 

Budaya etika dan integriti adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020  iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan  para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.


Etika:
Adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku  individu, organisasi dan profesion.


Integriti:
Secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dalam tindakan sehari hari.


Budaya kerja
Merujuk kepada nilai, kepercayaan dan sikap nilai, kepercayaan dan sikap pekerja terhadap pekerjaan.

Integriti Bukan Isu Rasuah sahaja
Isu integriti bukan hanya terfokus kepada isu-isu rasuah sahaja, malah ia merupakan satu konsep yang lebih besar. Amalan budaya kerja juga menuntut integriti. Integriti dalam ketepatan waktu, integriti dalam menyampaikan maklumat, integriti dalam memberi perkhidmatan terbaik, integriti dalam berhubung dengan ketua jabatan, rakan sekerja dan juga kakitangan sokongan.


Budaya Kerja Dalam Organisasi
Budaya etika dan  integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan  perlaksanaan apa jua program  serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika. Antara objektifnya:


1. Memberikan hala tuju dan  bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;
2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya ia  menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.
3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;
4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam  usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.


Budaya Kerja Berkualiti

Bagi membentuk budaya kerja yang berkualiti dalam organisasi, beberapa ciri harus diberi perhatian;

i)  Orientasi warga kerja haruslah bergerak di atas landasan yang betul sebagai prasyarat bagi menjayakan budaya kerja cemerlang iaitu mesti ada komitmen, mempunyai kesedaran kualiti, bersedia menerima perubahan dan tiada batasan masa untuk cemerlang.
ii) Komitmen daripada segala lapisan warga kerja bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi adalah dituntut.
iii)  Kerja yang hendak dilaksanakan perlu dilakukan dengan sepenuh hati atas kehendak organisasi dengan mengetepikan segala kepentingan lain khususnya kepentingan peribadi.
iv) Sesebuah organisasi mewujudkan 'mind-set' yang berorientasikan kecemerlangan supaya warga kerja lebih komited kepada matlamat utama jabatan.
v)Sentiasa menggalakkan warga kerja menghayati serta mempraktikkan amalan-amalan pengurusan yang boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi.


PENUTUP
Budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan dan kualiti produktiviti   sesebuah organisasi. Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warga organisasi  mempraktikkan etika kerja dan sifat integriti yang menyeluruh dan positif.


Sumber :  Institut Integriti Malaysia dan Pelan Integriti Nasioanal

Friday, March 6, 2015

Ribut Petir

Di Malaysia, ribut petir merupakan fenomena biasa yang berlaku sepanjang tahun dan selalunya berlaku pada waktu petang dan awal senja.

Apakah Ribut Petir?
kilat--latest
Ribut petir ditakrifkan oleh Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO) sebagai kejadian satu atau lebih nyahcas elektrik secara tiba-tiba.yang menghasilkan lintasan cahaya (kilat) dan bunyi gemuruh (guruh)

Bagaimana Ia Terjadi?

Ribut petir biasanya terjadi dalam keadaan atmosfera yang lengas dan tidak stabil

  • Awan kumulus terbentuk apabila udara panas berlengas naik dari permukaan bumi ke altitud yang lebih tinggi dan memeluwap.
  • Ia berkembang secara menyisi dan menegak menjadi awan padat yang lebih besar yang disebut sebagai awan kumulonimbus, dengan golakan kuat di dalamnya dan aliran keluar yang kuat di bawah dasarnya.
  • Awan ribut petir yang matang kerapkali mempunyai struktur bersel dengan diameter mencapai 3 ke 5 kilometer dan ketinggiannya melebehi 10 kilometer. Ia boleh wujud secara terpencil, berkelompok atau dalam garisan.
  • Purata tempoh hidup ribut petir ialah antara 15 hingga 30 minit tetapi dalam keadaan tertentu, tempoh ini jauh lebih lama.
  • Ribut petir berpotensi untuk menghasilkan hujan batu, hujan lebat, kilat sabung menyabung dan angin kencang. Sesetengah keadaan cuaca yang sangat buruk boleh terjadi apabila kelompok ribut petir melanda sesuatu kawasan untuk tempoh yang panjang
Letusan Ke Bawah
Letusan ke bawah ialah istilah yang menjelaskan tentang penurunan cepat udara di suatu kawasan kecil di bawah ribut petir. Angin kencang yang terhasil boleh mencapai kelajuan yang amat tinggi sehingga boleh menyebabkan kemusnahan ketara di sepanjang laluannya dan sangat berbahaya kepada operasi penerbangan.


Apakah Kilat?
Udara yang turun naik di dalam awan ribut petir mengakibatkan pemisahan cas positif dan cas negatif. Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik di antara permukaan bumi dan atmosfera cukup besar untuk mengatasi kesan penebatan udara. Kilat boleh terjadi samada di dalam awan, dari awan ke awan, atau antara awan dengan permukaan bumi. Kilat kerap menyambar di luar kawasan hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 10 batu dari kawasan hujan tersebut.
Udara berhampiran kawasan yang dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 27,000°C - iaitu lebih panas daripada permukaan matahari. Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan rencatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh.

Tempoh Ribut Petir Selalu Berlaku
Ribut petir boleh berlaku sepanjang tahun tetapi selalunya semasa tempoh antara monsun iaitu dari April hingga Mei dan dari Oktober hingga November.
Ribut petir boleh berlaku sepanjang tahun tetapi selalunya semasa tempoh antara monsun iaitu dari April hingga Mei dan dari Oktober hingga November. Di daratan, ribut petir lazimnya terjadi pada waktu petang dan senja manakala di lautan, ia kerap berlaku pada sebelah malam.
Kilat boleh menyebabkan kerosakan peralatan elektrik yang terpasang dan boleh mencetuskan kebakaran. Kebanyakan kematian dan kecederaan akibat daripada kilat terjadi kepada mereka yang berada di luar bangunan.

Thursday, March 5, 2015

Bendera dan Logo Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

BENDERA RASMI

 Bendera JBPM

  • Bendera JBPM terbahagi kepada 2 bahagian, 3 segi berwarna merah dengan logo jabatan, jalur kuning dan biru dalam satu 3 segi yang lain .
     
  • Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi di kalangan anggota bomba dalam menjalankan tugas operasi kebombaan dan penyelamatan untuk bangsa dan negara.
     
  • 15 jalur kuning dan biru membawa maksud terdapat 15 buah jabatan bomba dan penyelamat negeri-negeri.
     
  • Jalur kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhdmatan yang berkualiti ( a golden service) kepada pelanggan dan "stakeholders" ke arah perkhidmatan bertaraf dunia dan mencerminkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.
     
  • Jalur biru melambangkan air yang digunakan sebagai media pemadaman kebakaran dan menitikberatkan kebersihan alam sekitar semasa menjalankan operasi kecemasan.



LOGO

Logo Bomba

  • Bahagian atas logo JBPM, terdapat bentuk bulan sabit dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam budaya kerja jabatan.
     
  • Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel jabatan yang memberikan perkhidmatan yang profesional.
     
  • Tiga butir bunga padi disusun berlapis sembilan dalam dua lingkaran melambangkan sembilan Negeri Beraja, kuasa jabatan untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan juga kemakmuran negara.
     
  • Ikatan tali 'clove' melambangkan jabatan menjalankan kerja-kerja penyelamatan.
     
  • Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi, manakala warna kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti ( a golden service) kepada komuniti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...