- Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik (Larry Bielat)
- Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. ( Dr. Shukri Abdullah)
- Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. (Ron Jenson)
- Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah berputus asa. (Lewis Timberlane)
- Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. (George Bernard Shaw)
- Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. (Dr. Shukri Abdullah)
- Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah. (Dr. Shukri Abdullah)
- Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan dalam kamus pemburu kejayaan. (Henry Truman)
- Secara semula jadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. (Bidalan Cina)
- Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. (Dr. Shukri Abdullah)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...