Thursday, January 31, 2013

Gambar-Gambar Gerai Jualan Majalah Terpakai

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Cawangan Pentadbiran Bahagian Pengurusan JBPM buat pertama kalinya telah mengadakan jualan majalah terpakai di ruang legar lobi di Ibu Pejabat, JBPM pada 31 Januari 2013 bersempena dengan hari perhimpunan tahunan JBPM.

Pelbagai majalah terpakai telah disediakan dan ramai pelanggan yang terdiri daripada kakitangan JBPM serta orang ramai telah mengunjungi gerai jualan kami. Majalah yang berharga dengan RM1.00 sehingga RM5.00 telah menarik minat pelanggan untuk membeli dan ada di antara majalah terpakai telah habis dijual.

Insya Allah di lain tahun kami akan adakan lagi gerai jualan majalah terpakai.. Terima kasih tidak terhingga kepada pelanggan yang telah sudi membeli majalah terpakai daripada kami...

Berikut adalah beberapa gambar gerai jualan kami.




Friday, January 25, 2013

Jualan Majalah Terpakai....

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,


Sempena dengan Perhimpunan Tahunan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang akan diadakan pada 31hb Januari ini, pihak Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi untuk pertama kalinya menganjurkan jualan majalah terpakai...

Oleh itu sama-sama kita jayakan jualan ini dengan serendah RM1-RM5 setiap satu majalah dengan pelbagai tajuk....

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul

Kami daripada Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam... Sama-sama kita menghayati perjuangan Rasulullah dan sama-sama kita mencontohi sunnah Rasulullah....Mari kita sama-sama berselawat ke nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW..



Monday, January 21, 2013

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN D JALAN RAYA

1. Pergi kesekolah lebih awal supaya tidak tergopoh-gapah
2. Berjalan dilorong pejalan kaki, jika ada
3. Jika tiada lorong untuk pejalan kaki, hendaklah berjalan ditepi jalan dan menghadapi lalu lintas yang datang dari hadapan (berjalan disebelah kanan jalan)
4. Jangan bermain-main diatas jalanraya atau dilorong pejalan kaki
5. Lihat kekiri dan kekanan sebelum melintas jalanraya dan pastikan tiada kenderaan lalu lalang disitu
6. Melintas dengan cepat tetapi jangan berlari
7. Jalan melintas jalan secara sambil lewa, jalan terus jangan menyerong
8. Jangan melintas dihadapan atau dibelakang kenderaan yang sedang berhenti, pandangan akan terlindung.


TATATERTIB SEMASA MENAIKI BAS

1. Jangan sesekali naik atau turun semasa bas sedang bergerak.
2. Tunggu hingga bas betul-betul berhenti, sebelum naik atau turun.
3. Hendaklah berbaris untuk menaiki bas
4. Duduk atau berdiri diam-diam semasa didalam bas
5. Jika anda turun daripada bas dan hendak melintas jalan, biarkan bas berjalan baru melintas.
6. Menunggu ditempat perhentian bas yang disediakan.

KAEDAH-KAEDAH YANG HARUS DIIKUTI BAGI PENUNGGANG BASIKAL

1. Tnetukan yang basikal anda dalam keadaan baik - khususnya brek, tayar, lampu-lampu dan "real reflector" sebelum menunggangnya.
2. Tunggang dengan cermat mengikut tepi jalan disebelah kiri.
3. Jangan bertolak, belok ke kanan atau kiri atau berhenti tanpa menoleh kebelakang dahulu. Beri isyarat jelas apa yang kamu hendak buat dan buat isyarat awal-awal lagi.
4. Jangan menunggang lebih dari dua basikal sejajar. Tunggang dalam satu baris diatas jalan raya yang sibuk atau sempit.
5. Diatas jalan-jalan yang sibuk, jika hendak pusing kekanan, lebih selamat berhenti dahulu dibahagian kiri dan tunggu, jika ada terluang dari lalu lintas dari kedua-dua arah baru melintas.
6. Berhati-hati jika cuaca tidak baik dan jalan-jalan raya licin.
7. Ketika menunggang hendaklah sentiasa pegang "Handle" dan kaki berada diatas pengayuh.
8. Jangan berpegang pada kenderaan lain atau penunggang basikal lain.
9. Jangan menunggang rapat dibelakang kenderaan lain
10. Jangan menunggang simpang-siur atau meliok-liok, mendaki bukit atau berbelok dengan mengejut.
11. Jangan bawa apa-apa yang boleh menggangu imbangan badan anda (Bungkusan, buku-buku dan lain-lain) hendaklah diletak baik-baik dan diikat ketat-ketat pada "carriers". Jauhi dari membawa penumpang.
12. Bila melalui dekat kereta yang berhenti awasi penumpang-penumpang yang membuka pintu kereta itu. Jauh sedikit dari kereta seperti itu bila lalu dekatnya.
13. Jangan menunggang waktu malam tanpa lampu - kamu mesti ada lampu putih didepan dan lampu mereah dibelakang.
14. Dimana ada jalan tempat basikal lalu ditepi jalan, ikutilah jalan itu



PANDUAN KETIKA MENYELEKOH DISIMPANG

1. Biasakan menghampiri dengan cermat dipersimpangan dan bersiap sedia untuk berhenti. Sebelum melintas atau menyelekoh lihat kekanan dan kekiri, kemudian kekanan sekali lagi. Jangan terus berjalan sehingga kamu pasti selamat berbuat demikian dan kamu tidak menyekat jalan.
2. Mesti berhenti dipersimpangan yang ada tanda "Berhenti". Tunggu dahulu sehingga jalan itu lapang dari lalu lintas sebelum meneruskan perjalanan.
3. Disimpang-simpang yang dikawal oleh Polis Lalulintas, jangan terus berjalan sehingga polis yang bertugas disitu mengisyaratkan kamu berbuat demikian.
4. Disimpang-simpang yang dikawal oleh lampu isyarat, selalu tunggu lampu hijau sebelum maju kehadapan. Dalam berbuat demikian tentukan yang jalan itu lapang untuk kamu melintas simpang itu dan setelah kamu memastikan selamat berbuat demikian.
5. Apabila sampai dibulatan-bulatan, beri jalan kepada lalu lintas yang datang dari sebelah kanan kamu, kecuali tanda-tanda atas jalan menunjukkan sebaliknya tetapi terus jalan itu lapang.
6. Bila hendak memusing ke kiri, ikut rapat-rapat ketepi sebelah kiri jalan dimana kamu hendaklah memusing dan terus kejalan yang hendak dimasuki itu (elakan dari memakan jalan kekanan sebelum kamu memusing).
7. Bila hendak memusing kekanan ikut bahagian tengah jalan yang kamu sedang berada itu atau ambil tempat, dibahagian yang telah ditandakan untuk lalulintas yang hendak memusing kekanan. Tunggu sehingga jalan lapang diantara kamu dan apa-apa kenderaan yang datang dari depan, kemudian baru memusing.
8. Disimpang-simpang dimana ada tanda-tanda lalulintas bergaris semua lalulintas mesti ikut garisan atau "lane" yang betul.



PANDUAN KETIKA ANDA HENDAK MEMOTONG KENDERAAN

1. Jangan sekali-kali anda memotong diselekoh siku keluang (blind corners), atau dipuncak bukit.
2. Memotong hendaklah disebelah kanan kenderaan yang dihadapan.
3. Jangan memotong dimana ada terdapat dua garisan putih ditengah-tengah jalanraya untuk memisahkan perjalanan kenderaan.
4. Berilah isyarat hendak memotong kesebelah kanan dan bunyikan"horn" untuk memberitahu kereta dihadapan. Hindarkan dari memotong balik dengan segera.



PANDUAN KEPADA PEMANDU UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN

Sebagai pengguna jalanraya, khasnya pemandu-pemandu, anda mestilah:-

1. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan selamat
2. Mengetahui undang-undang dan peraturan-peraturan lalulintas.
3. Mematuhi isyarat-isyarat dan papan tanda lalulintas dijalanraya
4. Jangan memandu dalam keadaan mabuk, pening, mengantuk atau letih.
5. Jangan memandu dalam keadaan tergesa-gesa. Hendaklah sentiasa bersabar dan bersopan-santun.
6. Jangan sekali-kali menuruni bukit tanpa gear iaitu "free gear".
7. Jangan sekali-kali berlumba-lumba diatas jalanraya.
8. Jangan sekali-kali makan, minum, merokok, bergurau-gurau atau berbual-bual semasa memandu.
9. Sentiasa memikirkan tentang adanya halangan-halangan disekeliling jalanraya iaitu sesuatu keadaan yang menyebabkan sipemandu mengubah kederasan dan haluan.
10. Sentiasa beringat kemungkinan pengguna-pengguna jalanraya yang lain tidak mematuhi undang-undang, maka ia hendaklah sentiasa bersedia menghadapi tindakan liar.
11. Memberi kesempatan dari segi masa dan jarak kepada pengguna-pengguna jalanraya yang lain untuk membetulkan kesilapan mereka bagi mengelakkan pelanggaran.
12. Memerhati gerak geri yang dapat diagak keatas lalulintas dan pejalan kaki yang boleh menimbulkan halangan.
13. Membiasakan diri untuk melatih mengawal kereta dan memeriksanya untuk mengurangkan peluang daripada terlibat dalam kemalangan.
14. Sentiasa mengamalkan cogankata "Biar lambat asal selamat" dan "Pandu cermat jiwa selamat"



APA YANG HARUS ANDA BUAT BILA BERLAKU KEMALANGAN ?

1. Hendaklah memberhentikan kenderaan anda dengan serta merta ditempat kejadian. Sek. 52(1) RTA 1987
2. Memberi bantuan kepada simangsa untuk menghantarnya ke Hospital.
3. Kenderaan anda boleh diubah jika ianya mengganggu perjalanan lalulintas.
4. Hendaklah dengan segera membuat laporan dibalai polis yang berhampiran. Laporan hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan kecuali anda dirawat di Hospital atau lain-lain sebab yang munasabah. Sek. 52(2) RTA
5. Hendaklah menunjukkan untuk diperiksa dokumen-dokumen sperti lesen pemandu, perakuan Insuran, cukai jalan dan lain-lain kepada Pegawai Polis. Sek. 52(4)(a), (b) & (c) RTA
6. Jika anda melihat sesuatu kemalangan berlaku, anda hendaklah mencatitkan nombor-nombor kenderaan yang terlibat dan memberi maklumat kepada pihak polis.
7. Bila anda diminta oleh pihak Polis untuk memberi apa-apa bantuan yang munasabah kepada mangsa kemalangan, anda hendaklah memberi bantuan tersebut. Sek. 52 (3) RTA.

info daripada : http://www.pmr.penerangan.gov.my

Friday, January 4, 2013

Jadual Gaji 2013 Untuk Kakitangan Awam

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2013

Bulan
Tarikh
Hari
Catatan
Januari
23.01.2013
Rabu


Februari
25.02.2013
Isnin
Tahun Baru Cina 10 & 11.02.2013
Mac
25.03.2013
Isnin


April
25.04.2013
Khamis


Mei
23.05.2013
Khamis
Pesta Menuai 30 & 31.05.2013
Jun
25.06.2013
Selasa
Hari Gawai 01 & 02.06.2013
Julai
25.07.2013
Khamis


Ogos
22.08.2013
Khamis
Hari Raya Aidilfitri 08 & 09.08.2013
September
25.09.2013
Rabu


Oktober
10.10.2013
Khamis
Hari Raya Aidiladha 15.10.2013
November
25.11.2013
Isnin
Deepavali 02.11.2013
Disember
19.12.2013
Khamis
Hari Krismas 25.12.2013


Thursday, January 3, 2013

10 Surah Penerang Hati Dari Rasulullah

10 surah mujarab sebagai penerang hati dari Nabi Muhammad S.A.W. yang disuruh kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.

Semoga ianya dapat menjadi peringatan dan saling berpesan-pesanan antara kita semua.

1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KAUSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.

8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”
Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.
Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Ketahui 8 Ciri Manusia Melalui Tandatangan

1. Satu Garis Di Bawah Tandatangan
Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. Namun, bersifat kikir mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.

2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka boleh dikatakan berjiwa romantis. Mudah ganti pasangan seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.

3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan
Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada
anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.

4. Tiada Garis atau Titik Di Bawah Tandatangan
Mereka ini selalu senang hidup dalam dunia sendiri dan mereka juga jarang mau mendengar pendapat orang lain.Mereka ini boleh di kategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka juga mempunyai sifat agak kikir.

5. Tiada Persamaan Antara Nama dan TandaTangan
Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolkan nama mereka. Golongan ini mencoba untuk kelihatan bergaya, suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik dan senantiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan.

6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tandatangan
Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berpikir. Mereka ini tidak konsisten, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri seperti angin. Golongan ini tidak pernah berpikir baik buruk tentang sesuatu perkara. Biasanya, orang lain bisa mengambil hati mereka dengan hanya memuji.

7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung
Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingkan diri dan siap berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang di sayangi. Tapi apabila terlalu banyak perkara yang mereka pikirkan, ini menyebabkan mereka akan cepat tersinggung.

8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama
Mereka sangat baik hati dan bisa menyesuaikan diri dengan suasana apa saja dan siapa saja yang mereka temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.

Tips Jika Kereta Anda Ditenggelami Banjir


Di Malaysia, kejadian banjir sering kali berlaku dan banyak rumah-rumah yang rosak, begitu juga dengan kenderaan. Ramai yang tidak mengetahui apa yang harus dilakukan sekiranya kereta anda ditenggelami oleh banjir yang melanda. Di sini disediakan beberapa tips penting yang perlu anda lakukan sekiranya kereta anda ditenggelami banjir.

1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk Enjin dan bahagian dalam kabin kereta.

2. Jangan cuba hidupkan enjin kereta. Tindakan ini biasanya akan menyebabnya supaya anda punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti.

3. Kos untuk sebuah kotak komputer bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis enjin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti. Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

4. Apabila sampai ke bengkel, baraikan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.

5. Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam enjin. Periksa juga minyak enjin. Pastikan minyak enjin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan enjin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa.

6. Sekiranya enjin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear.

Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

 


Kami di Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi JBPM ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua rakyat Malaysia dan dunia... Semoga di tahun baru ini kita akan dapat mengukuhkan lagi tahap teguh dalam kehidupan kita dan semoga segala usaha murni dan amalan ibadah kita akan diberkati oleh Allah SWT...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...