Wednesday, May 30, 2012

Pangkat Dan Pakaian Seragam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

PEMAKAIAN TANDA PANGKAT

A. PENGUASA BOMBA
BIL   JAWATAN / GRED   TANDA PANGKAT
  DI BAHU   DI KOLAR
 1   KETUA PESURUHJAYA BOMBA
Chief Fire Commissioner
 ( KPjB )
JUSA " A "
   
 2   PESURUHJAYA BOMBA
Fire Commissioner
 ( PjB )
JUSA " B "
 3   TIMBALAN PESURUHJAYA BOMBA
Deputy Fire Commissioner
 ( TPjB )
JUSA " C "
 4   PENOLONG KANAN PESURUHJAYA BOMBA
Senior Assistant Fire Commissioner
 ( PKPjB )
KB 54
 5   PENOLONG PESURUHJAYA BOMBA
Assistant Fire Commissioner
 ( PPjB )
KB 52
 6   PENGUASA KANAN BOMBA I
Senior Fire Superintendent I
 ( PgKB I )
KB 48
 7   PENGUASA KANAN BOMBA II
Senior Fire Superintendent II
 ( PgKB II )
KB 44
 
 8   PENGUASA BOMBA
Fire Superintendent
 ( PgB )
KB 41
 

B. PENOLONG PENGUASA BOMBA
BIL   JAWATAN / GRED   TANDA PANGKAT
  DI BAHU   DI KOLAR
 1   TIMBALAN PENGUASA BOMBA
Deputy Fire Superintendent
 ( TPgB )
KB 38
   
 2   PENOLONG KANAN PENGUASA BOMBA
Senior Assistant Fire Superintendent
 ( PKPgB )
KB 32
 3   PENOLONG PENGUASA BOMBA
Assistant Fire Superintendent
 ( PPgB )
KB 29


C. PEGAWAI BOMBA
BIL   JAWATAN / GRED   TANDA PANGKAT
  DI BAHU   DI KOLAR
 1   PEGAWAI BOMBA TINGGI
Leading Fire Officer
 ( PBT )
KB26
   
 2   PEGAWAI BOMBA KANAN I
Senior Fire Officer I
 ( PBK I )
KB24
 3   PEGAWAI BOMBA KANAN II
Senior Fire Officer II
 ( PBK II )
KB 22
 4   PEGAWAI BOMBA
Fire Officer
 ( PB )
KB17
   




PAKAIAN PEGAWAI BOMBA



Menyelamat Diri Daripada Kebakaran

 



APABILA BERLAKU KEBAKARAN PATUHILAH LANGKAH-LANGKAH BERIKUT : -
  • Jangan panik. Bunyikanlah penggera untuk memberi isyarat kepada semua penghuni rumah. Selamatkanlah diri anda dan keluarga anda melalui jalan keluar yang sedia ada atau yang telah ditetapkan.
  • Hubungilah balai bomba yang berhampiran. Berikan butir-butir lengkap mengenai lokasi rumah anda.
  • Sementara menanti ketibaan anggota-anggota bomba, cubalah padamkan api dengan alat pemadam api. INGAT! Jangan sampai membahayakan diri anda.

PETUA UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA KEBAKARAN

 

JALAN KELUAR 
Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Api memang tidak mengenal darjat penghuni dan rumah kediaman mereka. Apabila berlaku kebakaran, langkah yang paling penting ialah mencari jalan keluar. Oleh itu anda mestilah mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran.

BINCANGKAN PELAN MEYELAMATKAN DIRI DENGAN KELUARGA
Anda harus mengadakan perbincangan dengan keluarga anda mengenai pelan menyelamatkan diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan seluruh keluarga anda memahami dan mengetahui apa yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran. Adakan latihan amali di hujung minggu atau bila ada masa lapang supaya ia sentiasa dalam ingatan ahli keluarga anda.

CUBA ELAKKAN PENGGUNAAN JERIJI
Cuba elakkan penggunaan jeriji besi pada tingkap dan pintu rumah anda. Jika anda terpaksa menggunakannya, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah dengan mudah.

JALAN KELUAR TIDAK DIHALANG
Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripada sebarang halangan.

ANAK KUNCI MUDAH DIAMBIL
Setiap ahli keluarga mestilah tahu di mana anak kunci pintu atau jeriji biasanya disimpan. Jangan mengubah tempat menyimpan anak kunci.

MEMASANG ALAT PENGESAN ASAP
Pastikan anda memasang sekurang-kurangnya satu pengesan asap di rumah untuk memberi isyarat bermulanya kebakaran.

Penggunaan Alat Pemadam Api

Secara umumnya, terdapat lima kelas api di rumah. Alat pemadam api dilabelkan berdasarkan "Simbol" atau "Penggunaan Huruf" yang piawai bagi setiap kelas api yang dapat dipadam.

Kelas Api 
Penerangan 
Memadam kebakaran pepejal seperti kayu, kertas, kain dan sebarang bahan mudah bakar. 
Memadam kebakaran cecair seperti minyak, cat, varnish, plastik dan lain-lain. 
Memadam kebakaran gas seperti gas butana, gas acetylene, pendawaian elektrik, kotak fius, perkakasan elektrik dan lain-lain.
Memadam kebakaran logam seperti logam potassium, logam sodium, logam kalsium dan logam magnesium. 
Memadam kebakaran minyak masak yang digunakan secara komersial. 

Langkah Mudah Menggunakan Alat Pemadam Api (APA) :
  • Cabutkan Pin
  • Halakan nozel ke pangkal (base) api
  • Tekan tuil (lever)
  • Layangkan nozel ke kiri dan ke kanan

Pengkelasan Bahan Perpustakaan


Pengenalan
Tahukah anda sistem pengkelasan dan pengkatalogan dalam ilmu sains perpustakaan adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pengguna mendapatkan bahan bacaan mengikut keperluan yang dikehendaki dengan cepat, mudah dan dapat menentukan di mana tempat menyimpan bahan berkenaan supaya mudah dikesan kembali apabila dikehendaki.

1.0 Definisi dan Tujuan Pengkelasan
Satu proses untuk mengorganisasikan bahan-bahan mengiktu bidang , mata pelajaran perkara dan topik.

2.0 Tujuan
1. Mengesan bahan dengan cepat dan tepat di atas rak dan memulangkan bahan itu ke tempat asal.
2. Menunjukkan kekuatan dan kelemahan koleksi bahan.
3. Memudahkan penyusunan buku dan proses pilih buang.
4. Memudahkan proses semakan stok.
5. Membantu menyimpan beberapa jenis perangkaan seperti bilangan buku dan rekod pinjaman.
6. Memudahkan pengguna untuk mencari bahan terus dari rak (browsing) dengan cara merujuk kepada nombor pengelasan yang diperlukan.

3.0 Sejarah Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC)
Melville Louis Kossuth Dewey telah mencipta satu sistem pengkelasan buku di mana sistem ini akhirnya digunakan oleh kebanyakan perpustakaan. Beliau telah memberikan nombor pengkelasan berdasarkan perkara supaya semua bahan buku dan bukan buku dapat disusun dalam kelas-kelas tertentu. Sistem pengkelasan Perpuluhan Dewey telah membahagikan semua ilmu pengetahuan kepada sepuluh bahagian utama dan diberikan nombor pengkelasan seperti berikut:

4.0 Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Ringkasan Pertama
000 KARYA AM
100 FALSAFAH
200 AGAMA
300 SAINS KEMASYARAKATAN
400 BAHASA
500 SAINS TULEN
600 TEKNOLOGI
700 KESENIAN
800 KESUSASTERAAN
900 GEOGRAFI dan SEJARAH

Untuk pengetahuan anda biasanya buku-buku fiksyen tidak diberi nombor pengkelasan DDC. Jenis buku ini dikenali dengan huruf ‘F” sahaja. Contoh ‘FM’ untuk Fiksyen Bahasa Melayu dan „FI‟ untuk Fiksyen Bahasa Inggeris.

Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Ringkasan Pertama

Menurut Mat Jizat (1995) walaupun pengkelasan perpuluhan Dewey berasaskan sistem yang diusahakan oleh Francis Bacon untuk membahagikan ilmu kepada sepuluh kumpulan Dewey menggunakan angka Arab sebagai kod atau symbol pengenalan. Simbol ini bermula daripada angka 0 hingga 9. Sistem Pengkelaan Perpuluhan Dewey menggunakan tiga angka yang dipanggil sebagai senarai ringkas yang pertama. Senarai ini seperti apa yang anda lihat dalam pembahagian sistem pengkelasan perpuluhan Dewey ringkasa pertama di atas.
 
5.0 Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Ringkasan Kedua
Sebelum kita memahami cara hendak menggunakan ringkasan kedua kita terlebih dahulu perlu mengetahui cara untuk mengelas buku ataupun bahan dengan menggunakan senarai ringkasan pertama yang telah disebut di atas tadi. Kemudian satu senarai lanjutan yang dinamakan Senarai Ringkasan Kedua diwujudkan untuk memudahkan kita mencari pecahan ilmu sebagaimana yang terdapat dalam ringkasan pertama, contohnya adalah seperti berikut yang kami catatkan di bawah:

Contoh ringkas yang dapat kami nyatakan di sini bagi perkara Karya Am – 000 yang dipecahkan kepada sepuluh bahagian :-

000 KARYA AM010 Bibliografi
020 Sains Perpustakaan
030 Ensiklopedia Am
040 (Belum dikhaskan)
050 Terbitan berkala Am
060 Pertubuhan Am
070 Kewartawanan
080 Koleksi Karya Am
090 Manuskrip dan Buku Nadir
 
Pecahan dalam ringkasan kedua untuk perkara 100 hingga 900 boleh anda rujuk di
bawah ini:
 
100 FALSAFAH
110 Wujudiah
120 Ilmu, Sebab, Tujuan, Manusia
130 Kaji Jiwa Biasa dan Ajaib
140 Pendapat falsafah
150 Kaji Jiwa
160 Ilmu Mantik
170 Etika
180 Falsafah Timur
190 Falafah Barat
 
200 AGAMA
210 Agama Ketuhanan
220 Kitab Injil
230 Asas Ajaran Kristian
240 Moral dan Ibadah Keristian
250 Urusan Paderi, Kariah Gereja
260 Aspek Sosial dan Hal Ehwal Kristian
270 Sejarah dan Geografi Gereja
280 Mazhab dan Puak Kristian
290 Agama-agama Lain
 
300 SAINS KEMASYARAKATAN
310 Perangkaan
320 Ilmu Politik
330 Ekonomi
340 Undang-undang
350 Pentadbiran Awam
360 Perkhidmatan Sosial
370 Pendidikan
380 Perniagaan dan Pertubuhan
390 Adat Resam dan Budaya Rakyat
 
400 BAHASA
410 Linguistik
420 Bahsa Inggeris
430 Bahasa Jerman
440 Bahassa Perancis, Monaco
450 Bahasa Itali, Romania
460 Bahasa Sepanyol dan Semenanjung Iberian
470 Bahasa Latin dan Itali
480 Bahasa Yunani
490 Bahasa-bahasa Lain
 
500 SAINS TULEN
510 Ilmu Hisab
520 Astronomi
530 Fizik
540 Kimia
550 Sains Bumi
560 Sains Fosil
570 Sains hayat
580 Sains Tumbuhan
590 Sains Haiwan
 
600 SAINS TEKNOLOGI
610 Sains Perubatan
620 Sains kejuruteraan
630 Pertanian
640 Sains Rumahtangga
650 Perkhidmatan Pengurusan
660 Teknologi Kimia
670 Hasil Perusahaan Kimia
680 Hasil Kilang Lain
690 Bangunan
 
700 KESENIAN
710 Seni Lanskap
720 Seni Bina
730 Arca
740 Lukisan dan Seni Hiasan
750 Mengecat dan Catan
760 Seni Grafik
770 Seni Foto
780 Muzik
790 Seni Hiburan dan Lakonan
 
800 SASTERA
810 Sastera Amerika
820 Sastera Inggeris
830 Sastera Jerman
840 Sastera Perancis
850 Sastera Itali, Romania
860 Sastera Sepanyol, Portugis
870 Sastera Latin, Itali
880 Sastera Yunani
890 Sastera Bahasa-bahasa Lain
 
900 GEOGRAFI DAN SEJARAH
910 Geografi dan Lawatan
920 Biografi
930 Sejarah Am Dinia Purba
940 Eropah
950 Asia
960 Afrika
970 Amerika Utara
980 Amerika Selatan
990 Bahagian Dunia Lain

Selamat Hari Pesta Keamatan




Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan Selamat Hari Pesta Keamatan bagi rakyat Negeri Sabah...

Tadau Kaamatan

Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

Asal usul Magavau

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama.
Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".
Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

Wednesday, May 23, 2012

Tips Penjagaan Buku Yang Terbaik

 

 Penjagaan buku amat penting untuk para pencinta buku, supaya koleksi buku mereka akan sentiasa kelihatan cantik dan juga dapat mengekalkan nilai yang tinggi terutamanya untuk buku-buku ‘collectible’ atau edisi pertama. Buku yang dijaga rapi dapat mengelakkan kemerosotan dari segi fizikal buku tersebut, membolehkan ia disimpan lebih lama untuk bacaan kita dan anak-anak kita di masa depan dan juga lebih mudah mencari pembeli jika ingin dijual dalam pasaran buku terpakai.

Penerangan ringkas ini dibahagikan kepada dua bahagian, yang pertama ialah untuk mengetahui komponen-komponen dan keadaan yang akan menyebabkan kerosakan pada buku. Di bahagian kedua pula adalah tip-tip dan cadangan bernas untuk penjagaan buku.

Apa yang boleh menyebabkan buku rosak:
-Suhu dan kelembapan tinggi
-Habuk yang terkumpul
-Air
-Cahaya matahari atau komponen ultraviolet
-Serangga atau haiwan perosak
-Manusia atau ‘homo sapien’
-Cara pengendalian buku yang salah
-Tempat dan cara buku disimpan

Tips dan cadangan agar koleksi buku anda tahan lama, tidak cepat lusuh atau rosak.

Semasa Membaca:

-Pastikan tangan anda bersih, jika ada kekotoran atau berair boleh meresap ke dalam helaian kertas dan meninggalkan kesan kotoran atau kelembapan. (buku resepi mungkin sukar dielakkan)

-Semasa sedang bersantai membaca buku sila jauhkan gelas minuman dan jangan makan karipap sambil membaca.

-Bila ingin berhenti, jangan biarkan buku terbuka menghadap permukaan, ini boleh menyebabkan ‘binding’ rosak atau berkedut terutamanya buku berkulit lembut. Sila gunakan Penanda Buku.

-Juga jangan tandakan halaman dengan melipatkan hujung kertas. Guna penanda buku jugalah

-Jangan tulis apa-apa pada buku terutamanya pen dan highlighter. Jika terpaksa juga, gunakan pensel yang paling halus. Kalau anda student pastikan buku itu buku teks sebelum menulis dengan pen atau menanda dengan highlighter. Disebabkan terbiasa, anda mungkin terlupa buku yang anda sedang baca adalah sebuah novel. Pastikan juga buku itu buku pinjaman dan bukan buku anda sendiri.

-Jangan membaca sambil memandu kereta kerana boleh menyebabkan kemalangan jalanraya.

  
Penyimpanan Buku

-Buku paling elok disimpan di rak buku. Susunan buku pula sepatutnya didirikan (bahagian ‘spine’ iaitu tulang belakang buku yang mempunyai tajuk menghadap luar)

-Pastikan ada ruang diantara buku dan dinding rak tersebut. Cara pengendalian, buku-buku bersebelahan ditolak sedikit ke dalam, buku yang ingin diambil kemudiannya dicengkam pada bahagian depan dan belakang dan tarik keluar. Elakkan daripada menarik keluar dari bahagian atas buku.

-Rak buku elok diletakkan di ruang atau bilik yang gelap dirumah anda. Rak buku sama sekali tidak patut diletakkan menghadap tingkap dimana cahaya matahari boleh menjamah koleksi buku anda. Buku akan menjadi kekuningan lebih cepat.

-Jika anda dari golongan berada, buku elok diletakkan di bilik yang mempunyai penghawa dingin atau pendingin hawa, dan dibiarkan terpasang sepanjang masa. Ini adalah fakta; buku terdiri dari kertas yang bersifat organik (bahan karbon). Disebabkan ini, buku akan bertindak balas secara kimia dengan cepat jika berada di dalam suhu dan kelembapan yang tinggi.

-Pastikan rumah bersih dan bebas serangga perosak seperti lipas dan anai-anai. Terutama sekali bebas tikus. Tikus dilahirkan tanpa kemahiran membaca, tetapi mahir menggigit kertas.

-Jika ruang rak buku sudah dipenuhi, buku boleh disimpan di dalam kotak. Kotak pula perlu bersaiz kecil atau sederhana untuk mengelakkan sakit tulang belakang ketika mengalihkan kotak. Cara susunan sama seperti di rak buku. Seeloknya beli sahaja rak buku baru atau jual sebahagian buku anda. Buku yang disimpan terlalu lama didalam kotak yang tidak ditutup rapi akan bertindak balas kimia dan dirosakkan oleh haiwan perosak seperti diatas.

-Antara tempat-tempat penyimpanan buku yang sama sekali patut dihindarkan:
   Diluar rumah seperti di anjung, diatas bumbung, di atas pokok, tempat meletak kereta,
   Didalam rumah seperti di dapur, di dalam tandas, ruang di atas siling,
   Ditinggalkan di dalam kereta ketika parkir di bawah panahan terik matahari
  
Pembersihan perlu dilakukan sekali-sekala pada buku dan rak buku anda. Gunakan alatan khas seperti bulu ayam untuk membersihkan habuk yang terkumpul pada bahagian ‘edges’ iaitu bahagian hujung kertas bila buku tertutup rapat. Pastikan rak buku telah kering sepenuhnya sebelum meletakkan buku kembali sekiranya anda telah mengelap menggunakan kain basah pada rak tersebut.

Penjagaan Buku Perpustakaan


Sikap Sayangkan Buku
Tanamkan sikap sayang pada buku, betapa pentingnya buku sebagai bahan untuk menambah ilmu pengetahuan. Selain itu, para pelajar harus tahu bahawa buku-buku itu umpama 'harta' yang perlu dijaga, sayangi dan lindungi. Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menghargai buku dan menjaga buku-buku yang dipinjam dengan baik.

Pastikan Buku Dalam Keadaan Baik

Pastikan buku dalam keadaan baik sehingga dikembalikan semula.

Buka Buku Dengan Baik

Pastikan tangan anda dalam keadaan bersih apabila membuka buku. Tangan yang kotor akan menyebabkan buku kelihatan comot. Begitu juga tertib ketika menggunakan buku, minta mereka membukanya dengan baik dan tidak secara kasar. Ia dapat mengelakkan buku daripada terkoyak atau cepat rosak.

Jangan Biarkan Buku Bersepah

Jangan biarkan buku-buku dalam keadaan bersepah. Ia bukan sahaja menyemakkan mata memandang tetapi buku tersebut mungkin rosak apabila tidak disimpan. Tanamkan sikap bertanggungjawab dalam diri kita bersama.

Conteng
Tidak menconteng buku sama ada menggunakan pensel atau pen. Lebih-lebih lagi buku itu  adalah buku pinjaman. Ia tentu menimbulkan banyak masalah kepada pelajar-pelajar lain selepas itu. Dalam pada itu jika buku kotor tentu menyusahkan pelajar lain mengulang kaji pelajaran.

Jangan Merosakkan Buku

Jangan menggunting pada bahagian tertentu pada buku,jika perlu untuk bhagian tertentu hendaklah menggunakan perkhidmatan fotostat yang sudah tersedia ada di perpustakaan.

Amanah

Anggaplah menjaga buku sebagai amanah. Oleh itu jagalah dengan sebaik mungkin.Betapa pentingnya menjaga amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Andai buku itu buku pinjaman, terangkan kepada mereka bahawa tahun hadapan orang lain akan menggunakannya pula. Oleh itu jangan memperlakukan dengan sewenang-wenangnya.

Menekuk/Melipat

Jangan menekuk (melipat hingga bahagian belakang buku) kerana ia akan merosakkan bahagian yang telah dijilid. Gam atau stapler untuk mencantumkan buku mungkin tertanggal.

Lipat

Pastikan tidak melipat buku untuk menandakan bahagian tertentu kerana ia akan merosakkan halaman yang telah ditandakan itu. Jika mahu menandakan halaman tersebut adalah lebih baik menggunakan penanda buku atau apa sahaja asalkan tidak menjejaskan buku tersebut.

Kurangkan Fotokopi

Kurangkan fotokopi buku kerana ia akan merosakkan jilid buku dan memudahkan buku terlerai. Jika mahukan bahan daripada bahagian berkenaan galakkan anda boleh menyalinnya. Walaupun ia mungkin remeh tetapi penting untuk memastikan buku dalam keadaan baik.

Jangan Terlingkup Buku

Apabila anda selesai mengulang kaji pelajaran, pastikan mereka tidak melingkupkan buku kerana cara ini juga dapat merosakkan buku tersebut.

Hari Belia Negara 2012

 


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Kami ingin menjemput anda untuk menghadiri Perhimpunan Hari Belia Negara 2012 bertempat di Presint 2 berhampiran dengan Kementerian Kewangan, Putrajaya bermula pada 23 hingga 27 Mei 2012... Datanglah beramai-ramai kerana banyak aktiviti yang dijalankan di sana. Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia juga membuka gerai pameran untuk para pengunjung bagi mengetahui tentang Jabatan ini dengan lebih dekat lagi... Jadi, apa tunggu lagi?!!

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web di bawah untuk mengetahui jadual aktiviti... Jumpa anda di sana!!!


Friday, May 18, 2012

Pinjaman Berkelompok PNM Untuk Kali Keempat Kembali Lagi!!!

 Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
* Buat kali keempat, Perpustakaan Anjung Ilmu membuat Pinjaman Berkelompok dari Perpustakaan Negara Malaysia.
* Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok bermaksud pihak jabatan / institusi / sekolah boleh meminjam sebanyak 300 naskhah buku daripada PNM dalam jangka masa 3 bulan.
* Perpustakaan Anjung Ilmu meminjam buku sebanyak 279 naskhah buku.
* Diharapkan dengan adanya aktiviti pinjaman berkelompok ini, lebih ramai kakitangan JBPM akan membuat pinjaman buku di Perpustakaan Anjung Ilmu. 
  

 PERATURAN-PERATURAN PINJAMAN BERKELOMPOK

  1. Mereka yang layak membuat pinjaman adalah YANG TELAH BERDAFTAR sebagai ahli Perpustakaan Anjung Ilmu.
  2. Bilangan buku yang dibenarkan adalah sebanyak 3 buah dalam masa seminggu.
  3. Pengguna perlu memulangkan buku yang dipinjam dalam tempoh yang telah ditetapkan.
  4. Pembaharuan boleh dilakukan selama sekali sahaja dan tempoh masa yang diberi adalah seminggu.
  5. Selepas pembaharuan kali pertama, pengguna tidak dibenarkan membuat pembaharuan untuk kali kedua.
  6. Untuk tujuan pembaharuan, pengguna perlu membawa buku-buku tersebut ke Perpustakaan untuk kemaskini.
  7. Pengguna adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan buku-buku yang dipinjamnya. 
  8. PERINGATAN  PENTING : Pengguna adalah bertanggungjawab untuk membayar denda dan gantirugi bagi buku-buku yang hilang atau rosak dalam pinjaman berdasarkan Akta Perpustakaan Negara 1972 ; Peraturan-Peraturan Perpustakaan Negara (Bayaran Dan Denda) 1993, P.U (A) 295, Jadual Kedua (Peraturan 3), Perkara 2 iaitu dikenakan denda dua kali harga asal atau semasa sumber mengikut mana-mana yang lebih tinggi. 
*Nota : Untuk melihat senarai buku pinjaman berkelompok, sila klik pada link 
 di bawah ini :-
Senarai Buku Berkelompok
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...