Pernahkan anda, lebih dari sekali mengalami serangan demikian
apabila anda tiba-tiba berasa cemas, takut, tidak selesa atau tidak
senang hati, meskipun dalam keadaan di mana kebanyakan orang tidak
berasa sedemikian? Adakah serangan itu mencapai kemuncaknya dalam masa
10 minit?
Jika YA, teruskan...
Pada masa lalu, adakah serangan itu datang secara tidak dijangka, atau terjadi tanpa diduga atau dibangkitkan?
Jika YA, teruskan...
Adakah anda pernah mengalami serangan sedemikian dan kemudian
bimbang akan kejadian satu serangan lagi, atau bimbang akan akibat
serangan itu dalam sebulan yang berikutnya atau lebih?
Jika YA, teruskan ...
Menjelang serangan terburuk yang anda ingat :
Adakah denyutan jantung anda tak teratur, cepat atau berdegap-degap?
Adakah tangan anda berpeluh atau berlengas?
Adakah anda gementar atau bergetar?
Adakah anda berasa setak nafas atau menghadapi kesulitan untuk bernafas?
Adakah anda berasa tercekik atau tersumbat di kerongkong?
Adakah anda berasa sakit, tertekan atau tidak selesa di dada?
Adakah anda berasa loya, masalah perut atau cirit – birit secara mendadak?
Adakah anda berasa pening, tidak stabil atau pengsan?
Adakah anda berasa aneh, tidak nyata, terasing atau tidak kenal akan
sekeliling anda; atau anda berasa anda berada di luar atau berpisah
dari sebahagian atau keseluruhan badan anda?
Adakah anda takut kehilangan kawalan atau menjadi gila?
Adakah anda berasa akan mati?
Adakah anda berasa bahagian badan anda berdenyut – denyut atau kebas?
Adakah anda mengalami kilatan panas atau kesejukan?
Adakah 4 atau lebih jawapan anda di atas adalah YA?
Maka anda telah mengalami Gangguan Panik seumur hidup!
Baiklah, teruskan lagi ...
Dalam sebulan yang lalu, adakah anda mengalami serangan secara
berulang kali (2 atau lebih) diikuti oleh kebimbangan berterusan
terhadap kejadian satu serangan lagi?
Jika YA...
Maka anda kini sedang mengalami Gangguan Panik!
* Sekiranya anda mengalami Gangguan Panik ini, maka teruskan dengan Senarai Semak seterusnya bagi penyakit Agorafobia
Agorafobia (Agoraphobia)
Adakah anda berasa cemas atau tidak senang hati di tempat atau
keadaan di mana anda akan diserang perasaan panik atau gejala seperti
panik yang disebut tadi, atau mungkin tiada pertolongan atau anda tidak
dapat menjauhkan diri: seperti berada di tengah orang ramai, beratur,
apabila anda bersendirian dan jauh dari rumah atau bersendirian di
rumah, atau semasa menyeberangi jambatan, menaiki bas, kereta api, atau
kereta?
Jika YA, teruskan...
Adakah anda sangat takut akan keadaan tersebut sehingga anda
mengelakkannya, atau anda menderita, atau memerlukan teman untuk
menghadapi keadaan itu?
Jika YA...
Anda kini disahkan mengalami Gangguan Panik bersama Agorafobia !
- Artikel iluvislam.com
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...