MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Sunday, July 31, 2011

Statistik Pengunjung Ke Perpustakaan Anjung Ilmu Bulan Julai

Berikut adalah statistik pengunjung ke Perpustakaan Anjung Ilmu, JBPM Putrajaya untuk Bulan Julai 2011

  • Bil. Pengunjung              = 213 orang
  • Bil. Bahan Dipinjam        = 6 buah
  • Bil. Bahan Dipulangkan  = 5 buah 
  • Bil. Bahan Dirujuk          = 25 buah
  • Bil. Pengguna Internet     = 10 orang 
  • Pertanyaan Rujukan        = 10 orang

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, July 29, 2011

Sejarah Penting Negara Sepanjang Julai


NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
1 Julai 1896 - Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-Negeri Selat. Idea penubuhan ini dikemukakan oleh Frank Swettenham pada 1892 kepada Cecil Smith, Gabenor Negeri-Negeri Selat sebelum itu.

Cecil menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan yang mencadangkan penubuhan Pesekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam laporan itu, Cecil menegaskan penubuhan Pesekutuan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap rancangan penubuhan Persekutuan. Antara faktor penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu termasuklah untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran kerana kemajuan yang tidak seimbang antara negeri tersebut. Hal ini disebabkan oleh kebolehan dan cara pentadbiran Residen dilihat berbeza-beza.

Terdapat juga perbezaan dalam pentadbiran Undang-Undang Tanah, Keadilan dan Sistem Cukai antara negeri tersebut. Selain itu, kemajuan yang tidak seimbang iaitu negeri yang kaya seperti Perak dan Selangor lebih maju daripada negeri yang miskin seperti Pahang, selain faktor keselamatan khususnya dalam menjaga keamanan tanpa mengharapkan bantuan pihak luar turut menjadi faktor penyumbang kepada penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. 


PERSIDANGAN RAJA-RAJA MELAYU 
13 Julai 1897 - Persidangan Raja-Raja Melayu atau lebih dikenali sebagai Durbar yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Kangsar diadakan buat pertama kali. Tujuan utama Durbar ini diadakan adalah untuk memperlihatkan kepada Raja-Raja di Negeri Melayu Bersekutu tentang keadaan di negeri tersebut, di samping dapat bertukar-tukar pendapat mengenai negeri masing-masing.

Sir Frank Swettenham, Pesuruhjaya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mewakili kerajaan British dan bertindak sebagai Pengerusi dalam sidang berkenaan. Swettenham dibantu oleh beberapa orang pegawai tertinggi British termasuk Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu Hugh Clifford (Residen Pahang), J. P. Rodger (Residen Selangor), serta Sir Charles Mitchell (Gabenor Negeri-Negeri Selat).

Pelbagai perkara termasuk mengenai kepentingan agama Islam dan orang Melayu dibincangkan. Persidangan ini berjaya mendekatkan lagi hubungan antara negeri yang terlibat dan menyedarkan mereka supaya saling bekerjasama dan bersatu padu dalam perkara yang melibatkan kepentingan bersama.

BUNGA KEBANGSAAN MALAYSIA
28 Julai 1960 - Bunga raya diumumkan sebagai Bunga Kebangsaan oleh Perdana Menteri, YTM Tunku AbduL Rahman Putra Al-Haj pada Majlis Perasmian Pameran Malayan Agro-Horticultural Association (MAHA) di Kelab Tuft, Selangor. Pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan dibuat kerana bunga raya dianggap sebagai bunga kegemaran ramai, selain dikenali umum sebagai satu nama sahaja.

Apabila Rukun Negara diperkenalkan pada 1970, lima kelopak yang terdapat pada bunga raya turut melambangkan kerukunan dan perpaduan rakyat, serta menjadi pengikat perasaan cintakan negara dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Nama bunga raya juga melambangkan simbol kebesaran kerana perkataan "raya" merujuk sesuatu yang besar, penting, hari perayaan dan kemuliaan. Keunikannya dalam lima kelopak bersetanggi ditambah pula dengan warna merah terang merupakan sesuatu yang amat menarik untuk diketengahkan.

Bunga raya didaftarkan sebagai Objek Warisan Ketara pada 2007, di bawah Akta Warisan Kebangsaan. Pada 2010, Sambutan Jubli Emas bunga raya sempena meraikannya sebagai Bunga Kebangsaan Negara diadakan dengan meriahnya.

Continue Reading
No comments
Share:

Saturday, July 23, 2011

Sambutan Kemerdekaan Ditunda Ke 16 September 2011

Sambutan Kemerdekaan ke-54 negara ditunda kepada 16 September, serentak dengan sambutan Hari Malaysia.
Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata keputusan itu dibuat berikutan tarikh kemerdekaan jatuh pada penghujung Ramadan.
“Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan membuat keputusan (16 September) sesuai berikutan ia adalah juga tarikh Hari Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2011 di Kuala Lumpur, hari ini.
Bagaimanapun, katanya aktiviti lain Bulan Merdeka akan diadakan seperti biasa bersesuaian dengan Ramadan.
Mengenai venue sambutan Hari Kemerdekaan kali ini, Kamaruddin berkata ia mungkin diadakan di Dataran Merdeka.
Mengenai Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan itu, beliau berkata pertandingan itu diadakan berikutan sambutan menggalakkan pada program itu tahun lepas.
“Kira-kira 61 pihak yang layak telah dinilai pada tahun lepas. Kita jangka lebih banyak pihak akan menyertainya pada tahun ini,” katanya.
Menurutnya fokus utama program itu ialah pengibaran Jalur Gemilang di kawasan, bangunan dan premis dengan menggunakan daya kreativiti untuk membantu meningkatkan penghayatan orang ramai terhadap erti kemerdekaan.
Kamaruddin berkata tujuh kategori dipertandingkan tahun ini iaitu bangunan kerajaan, bangunan swasta, kampung (tradisi, kampung baru cina, kawasan estet, felda), sekolah (Menengah, kebangsaan, jenis kebangsaan), taman perumahan, individu dan pintu gerbang.
Program itu dilaksanakan mulai 1 Ogos sehingga minggu ketiga Ogos, dan penilaian bermula dari 31 Ogos sehingga 16 Sept meliputi aspek kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah, katanya.
Maklumat lanjut mengenai pertandingan itu boleh didapati di laman web Jabatan Penerangan.
–Bernama

Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, July 14, 2011

Peribahasa Bulan Julai

1. Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi.
Maksud : Seseorang yang bercakap tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan.

2. Buah kedempung, di luar berisi di dalam kosong.  
Maksud : Sentiasa memberi nasihat dan cadangan, tetapi dia sendiri tidak amalkan hinggakan keadaan kehidupan keluarganya tidak sempurna. 

3. Bagai bajak wangkang makan diangkat.
Maksud : Orang yang gemar dipuji.

4. Lemak manis pada dialah, pahit  maung pada orang.
Maksud : Semua kerja yang telah dilakukan oleh  beliau, pasti akan diheboh-hebohkan kepada semua rakan-rakannya.  Tindakannya supaya ia mendapat pujian.    

5. Seperti sumpit abu ditegakkan
 Maksud : Orang gemuk yang malas bergerak.

6. Bagai berseru di padang pasir.
Maksud : Seruan yang tidak diendahkan orang.

7. Bagai bertandang ke rumah janda.
Maksud : Bertemu ke rumah orang yang tidak menjamu apa-apa.

8. Bagai buah keras di dalam sekul.
Maksud :  Bercakap dalam keadaan tergopoh-gapah.

9. Bagai budak menyapu ingus.
Maksud : Beroleh malu dalam sesuatu majlis.

10. Bagai bunyi orang dikoyak harimau.
Maksud : Berteriak-teriak dan melolong dengan kuat.          
 

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, July 12, 2011

Sistem Pinjaman Buku S-LIB Telah Pulih!!!



Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Kepada semua kakitangan JBPM,

Sistem Pinjaman Buku S-LIB telah kembali pulih walaupun sebahagian besar dari data-data sistem telah hilang dan tidak dapat dikesan. Sehubungan dengan itu, pihak kami meminta kepada semua kakitangan yang telah meminjam buku perpustakaan agar dapat DIKEMBALIKAN DENGAN KADAR SEGERA. 

Ini adalah kerana pihak kami perlu mengemaskini data-data buku tersebut. Segala kerjasama dari semua kakitangan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.


Yang Menjalankan Tugas,
Penolong Pegawai Perpustakaan S27

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia