16 FAKTA TENTANG BAYI BARU LAHIR YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU

- Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
- Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
- Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi
pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi
membesar.
- Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
- Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
- Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
- Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur
ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6
bulan.
- Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi
yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu
serta merta semasa dilahirkan
- Deria rasa bayi masih tidak
berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa
seperti manis atau masin dengan baik.
- Jantung bayi baru lahir
berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan
jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
- Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
- Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
- Mendengarkan muzik klasikal menambah kepintaran bayi.
- Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
- Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itu ia akan alah dan
kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan
serangga dan sebagainya.
- Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...