Tip Penjagaan Perabot

- Tips yang pertama bagi menghilangkan debu pada rangka perabot anda
boleh mencucinya dengan kain lembap seminggu sekali. Jika rangka perabot
anda jenis kayu jati, alternatif lain ialah dengan menggunakan minyak
kayu murni dan dilap beberapa bulan sekali untuk mengembalikan serinya.
- Jika anda ingin melihat perubahan yang ketara dan lebih efektif,
anda boleh membersihkan perabot kayu dengan 10 titik lemon yang dicampur
satu suku minyak mineral dan lap dengan kain lembut.
- Sesetengah orang menggunakan plastik untuk membalut permukaan
upholsteri menyebabkan kesan habuk lebih ketara. Pilihan lain anda boleh
menggunakan kain jenis scotch guard yang mempunyai lapisan pelindung
untuk fabrik upholsteri terutama pada tempat duduk sofa. Anda hanya
perlu kebas permukaan fabrik ini untuk menghilangkan habuk.
- Fabrik upholsteri adalah kalis air, walau bagaimanapun, jika
terdapat cecair yang tumpah di atas fabrik jenis ini perlu segera dilap
kerana jika dibiarkan lama menyebabkan air menyerap ke dalam kain dan
ini boleh menjejaskan seri serta mutunya.
- Selubungkan semua jenis perabot dengan kain untuk mengelak debu
tebal, seandainya anda in
gin meninggalkan rumah selama berminggu-minggu
atau berbulan-bulan. - Akhir sekali cara terbaik untuk menjaga permukaan perabot supaya
mengekalkan serinya untuk tempoh yang lama dan tidak berhabuk, tindakan
menyelimut perabot boleh dibuat setiap malam sebelum tidur.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...