Tuesday, October 4, 2011

Resipi Bulan Oktober

RESIPI 1 : AYAM BERKUAH DAN MI

Bahan-bahan :
100 gm mi telur atau mi wantan
2 ketul kepak ayam
10 gm cendawan Cina - direndam dengan air panas hingga lembut
40 gm sayur kailan muda - tidak perlu dipotong
20 gm lobak merah - dipotong nipis
20 gm sos tiram
5 gm serbuk garam masala
1 cawan air rebusan ayam
15 gm bawang putih - dicincang
Garam seckup rasa
Serbuk lada sulah secukup rasa
Minyak untuk memasak

Cara Penyediaan :
Kepak ayam diperap dengan serbuk garam masala selama setengah jam. Jerang air hingga mendidih dan celur mi selama dua minit. Masukkan mi tadi ke dalam pinggan. Kemudian celur sayur kailan selama tiga minit dan susun di atas pinggan mi. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali dan goreng kepak ayam hingga kekuningan. Ketepikan kepak ayam goreng ini. Alihkan minyak daripada kuali. Masukkan air rebusan ayam di dalam kuali tadi. Masukkan juga bawang putih, cendawan Cina, lobak merah dan sos tiram. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan serbuk lada sulah. Kacau hingga rata dan tuangkan ke atas mi. Hidangkan panas-panas bersama kepak ayam goreng tadi.

---------------------------------------------------

RESIPI 2 : ACAR RAMPAI IBU

Bahan-bahan :
3 biji timun
2 batang lobak merah
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
10 ulas bawang merah - dibelah dua
10 ulas bawang putih -dibelah dua
1 sudu besar halba campur
1 sudu kecil biji sawi
2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak
1 cawan cuka
1 sudu kecil rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak secukupnya untuk menumis

Cara Penyediaan :
Timun dibuang empulur dan dipotong memanjang. Lobak merah juga dipotong memanjang. Cili merah dan hijau dibelah-belah dan dibuang airnya. Basuh timun, lobak merah, cili merah, cili hijau, bawang merah dan bawang putih. Tuskan airnya. Gaulkan dengan rempah kari, serbuk kunyit, serbuk cili, garam, gula dan cuka. Tuangkan ke dalam tapisan yang beralaskan sebuah bekas. Biarkan cuka turun ke dalam bekas. Panaskan sedikit minyak, tumis halba campur dan biji sawi. Tuangkan campuran cuka yang telah dituskan daripada rendaman sayur-sayuran tadi. Biarkan mendidih hingga pekat. Masukkan sayur-sayuran dan kacau. Kemudian angkat. Taburkan bijan yang telah digoreng tanpa minyak. Sebelum itu, bijan digolek di dalam lesung batu agar separuh hancur. Hidangkan bersama nasi.


-----------------------------------------------------------
RESIPI 3 : MINUMAN PISANG LASSI

Bahan-bahan :
2 biji pisang montel
3 sudu besar yogurt
1 sudu besar madu
50 ml susu segar
Ketulan ais
Sedikit buah ceri

Cara Penyediaan:
Satukan pisang montel, yogurt, madu dan susu segar. Kisar kesemua bahan-bahan tadi. Tuangkan ke dalam gelas. Masukkan ketulan ais. Hiaskan dengan buah ceri. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...