Monday, September 19, 2011

Resipi Bulan September

RESIPI 1 : NASI MANDY LAHM (DAGING) MISRY

Bahan-Bahan
PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI
* 1 ½ kg tulang lembu/kambing yang ada daging
* 15 biji buah pelaga
* 15 kuntum bunga cengkih
* 15 biji lada hitam
* 1 sudu kecil jintan putih
* 1 biji buah pala (diketuk)
* 3 helai bay leaves a.k.a Daun Salam
* 1 inci halia (diketuk)

PENYEDIAAN NASI
* 3 cawan beras basmathi
* 3-4 cawan stok tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi)
* 2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun
* 1 labu bawang besar yang besar (potong dadu)
* 1 biji tomato yang kecil (potong dadu)
* 4 biji buah pelaga
* 4 kuntum bunga cengkih
* 5 biji lada hitam
* garam secubit

PENYEDIAAN SALATAH
* 2 biji tomato
* 2 cili merah
* ½ biji bawang besar
* sedikit daun ketumbar
* lemon
* garam & gula secukup rasa 

Cara Masakan :-
Rebus tulang dan daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves/daun salam dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang dan daging. Tumis bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun sehingga layu. Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan stok tulang. Masukkan tulang dan daging. Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu. pindahkan ke periuk nasi elektrik. (Kalau hendak biarkan dekat dapur gas pun tidak mengapa, masak nasi sehingga masak). Bila sudah masak, bolehlah titik pewarna kuning. Kalau tidak mahu pun tidak mengapa. Untuk salatah , kisar kesemua bahan kecuali garam, gula dan lemon (kisar tanpa air). Apabila sudah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan lemon. Hidang nasi bersama Salata , telur masin, acar timun atau sebagainya. SELAMAT MENJAMU SELERA...

-----------------------------------------------


RESIPI 2 : ASAM PEDAS AYAM REBUNG

Bahan-Bahan
Ayam yg dipotong kecil (½ ekor) 

Bahan untuk  blender :
3 biji bawang besar (saiz sederhana)
3 ulas bawang putih 3ulas
2 inci halia
2 inci belacan baka

3-4 sudu lada kering yang sudah siap blender
Sedikit air asam jawa 
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit air (sukat sendiri ikut kepekatan yg dikehendaki)
Rebung yang sudah siap racik
Sedikit daun kesum

Cara Masakan :
Tumiskan bahan-bahan yang di blender. Kacau sampai separuh garing sehingga naik bau.Kemudian masukkan lada kering dan kacau sampai garing. Kemudian, masukkan ayam, daun kesum, air asam jawa, sedikit air, rebung, gula dan garam.Kemudian, masak sehingga ayam empuk.

Cadangan Hidangan
Makan bersama nasi putih dan lebih enak jika ada lauk sampingan seperti ikan goreng.

-----------------------------------  

RESIPI 3: APAM POLKADOT

Bahan-Bahan
3 biji telur 
275gm tepung gandum
220gm gula halus
150ml susu segar

 3 sudu teh baking powder 
1 sudu kecil ovalatte
1 sudu kecil esen vanilla
Filling (blueberry@apa-apa ikut citarasa)
Pewarna

Cara Masakan :-
Masukkan telur dan gula dlm mgkuk mixer dan pukul smpai kembang,masukkan ovalatte pukul lagi hingga kembang. Masukkan tepung, baking powder, esen vanilla dan susu segar, pukul hingga kembang selama 6-8 minit. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas. Letakkan filling secukupnya. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga 3/4 penuh. Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan. Kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.

Tambahan
1) Letakkan papercup dalam acuan lompang supaya tidak lembik.
2) Bahan untuk 50 biji papercup medium.
  

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...