Tuesday, August 16, 2011

Resipi Bulan Ogos

RESIPI MASAKAN
*****************

RESIPI 1 : SAMBAL GESEK

Bahan-Bahan
 
Segenggam Ikan bilis
15 biji cili api - lebihkan jika suka pedas
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menggoreng
 

Cara Penyediaan
Panaskan sedikit minyak, goreng ikan bilis hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
Masukkan cili api, bawang merah, bawng putih dan garam ke dalam lesung batu. Tumbuk hingga hancur. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga ikan bilis separa hancur. Perahkan limau kasturi dan gaul rata. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi panas.



RESIPI 2 : ITIK SOLO

 

Bahan-bahan
1 ekor itik
garam, gula dan asam jawa secukup rasa
3 cawan santan pekat

Bahan rempah
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh manis
2 kuntum bunga cengkih
½ sudu teh halba
1 cawan bawang merah - ½ bahagiannya digoreng
1 ulas bawang putih
3 sudu cili kering kisar - lebihkan jika suka pedas
½ ulas lengkuas
Halia sebesar ibu jari (merah)
1 batang serai
1 batang pelepah kelapa @ tebu
1 inci kayu manis
1 inci selaput buah pala

Cara penyediaan

Bersihkan itik, kemudian rebus dengan sedikit garam sehingga lembut. Giling/kisar kesemua rempah, kemudian masukkan sedikit garam dan gula. Lumur itik yang telah direbus lembut dengan sebahagian daripada bahan rempah yang telah digiling/kisar. Perap ½ jam. Masukkan baki rempah dalam santan bersama bawang goreng, sedikit air asam jawa, garam dan gula. Suaikan rasanya. Panggang itik yang telah diperap sehingga kuning, golek-golekkan atas api supaya masak sekata. Lumur santan berempah dan bakar lagi. Ulangi sehingga sehingga masak dan habis santannya. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.




RESIPI 3 : MEE KOLOK SARAWAK
 

Bahan-bahan
1 gulung mee kering
3 ulas bawang putih - dimayang
2 sudu minyak masak
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
2 sudu kicap cair
4 helai daun sawi – potong kecil
Sedikit taugeh – jika suka
½ cawan hirisan daging atau ayam rebus
3 cawan air rebusan daging/ ayam
1 kiub pati ayam
½ labu bawang besar – potong halus
Garam , gula, lada sulah dan serbuk perisa secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang dan bawang goreng untuk taburan

Cara Penyediaan
 

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar dan kacau hingga layu. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam.
Masukkan mee. Biarkan seketika sehingga sedikit lembut. Masukkan garam, gula dan serbuk perisa secukup rasa. Kacau seketika. Masukkan sawi, taugeh, daging/ayam rebus. Masak hingga mee lembut dan sawi layu.  Angkat ke dalam pinggan hidangan. Tabur daun bawang dan bawang goreng. Tambahkan lada sulah jika suka.



RESIPI 4 : KUIH DORAYAKI

 

Bahan-bahan
100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu teh baking soda
60gram gula halus
2 sudu madu
2 biji telur
½ sudu minyak masak
½ sudu teh esen vanilla
Sedikit marjerin/ mentega / minyak masak

Inti

Kacang merah yg manis/ kaya

Cara Penyediaan

Masukkan telur dan gula dalam mangkuk besar, pukul sehingga kembang. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau hingga mesra. Ayak tepung bersama baking soda dan masukkan ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik (tambah sedikit susu cair jika adunan terlalu pekat).

Panaskan marjerin/ mentega / minyak masak atas kuali leper dengan api kecil.
Tuang suku cawan adunan, buat bulatan berdiameter 10cm. Masakkan bahagaian bawah sehingga berwarna perang, balikkan untuk masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping). Letak 1 sudu besar kacang merah/kaya ditengah sekeping kuih, tutup dgn satu keping kuih. Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah /kaya. Sedia untuk dihidangkan.

RESIPI 5 : POPIAH PISANG

 

Bahan-bahan
6 biji pisang masak (sesuai untuk menggoreng seperti pisang nangka)
6 keping kulit popiah
1 sudu teh serbuk kayu manis
2 sudu madu
1 camca teh tepung jagung dan 1 besar air (bancuh untuk lekatkan kulit)
-bancuhan tepung jagung boleh juga diganti dengan putih telur
Minyak masak untuk goreng


Cara Penyediaan 

Buang kulit pisang. Salutkan pisang dengan madu dan serbuk kayu manis.Bungkus pisang dengan kulit popiah dalam sebarang gaya anda mahu. Kemaskan bungkusan dengan pes tepung atau putih telur. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan kuantiti minyak cukup banyak untuk tenggelamkan pisang. Goreng popiah pisang anggaran selama 5 minit atau sehingga warna coklat keemasan. Angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...