Sunday, July 17, 2011

Resipi Bulan Julai

Resipi 1 : Daging Salai Dengan Rebung

Bahan-Bahan
400 gm daging salai - hiris nipis
1 paket rebung - basuh dan perah air
1 batang serai
1 sudu kecil serbuk kunyit
5 ulas bawang merah - tumbuk lumat
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
2 sudu besar cili api kisar
1 mangkuk besar santan
Garam
 
Air

Cara Membuat
 Rebuskan bawang merah, bawang putih, cili api, serai, daging salai dan sedikit air ke dalam periuk.  Masukkan santan dan serbuk kunyit dan kacau selalu supaya tidak pecah minyak.  Bila santan telah masak, masukkan rebung dan garam. Biar di atas api sederhana selama 3 - 5 minit. Sedia untuk dihidang. SELAMAT MENCUBA !

Tambahan
Masakan biarlah pedas dan pekat untuk mengurangkan bau 'hanyir & masam' rebung. Santan akan masak bila tiada lagi 'buih-buih' halus di permukaan kuah.

------------------------------------------
Resipi 2 : Roti Tiara Berkrim  

Bahan-bahan roti
180 gm tepung berprotein tinggi
1 camca teh ragi segera
1 camca besar gula halus
1 biji telur
10 gm lelemak sayuran
65 ml air suam
1 camca teh garam

Bahan-bahan inti
3 biji telur
1 tangkai daun sup (dicincang)
1 biji cili merah (dicincang)
50 ml susu
1 biji bawang merah (dikisar)
Garam
Serbuk lada sulah

Cara membuat
Gaul semua bahan roti dan uli hingga menjadi doh lembut. Perap selama 40 minit dan bentukkan bebola. Masukkan bebola di dalam mangkuk kecil. Ambil sedikit doh, bentukkan bulat dan lekatkan dengan putih telur di atas bebola tadi. Perap lagi selama 40 minit dan bakar selama 20 minit pada suhu 200 darjah Celcius. Untuk membuat inti, pukul semua bahan di dalam mangkuk. Kacau di atas api sederhana hingga pekat. Apabila roti telah masak, belah di tengah dan isi inti. SELAMAT MENCUBA !

-------------------------------------------
Resipi 3 : Watermelon Crush

Bahan-Bahan
2 keping buah tembikai(tanpa biji)
½ biji lemon
1 sudu madu
1 cawan kiub ais

Cara Membuat 
 Kesemua bahan tadi di mesin hingga mengeluarkan jus. Jika suka bolehlah masukkan kiub ais. SELAMAT MENCUBA !

Tambahan  
 Hiaskan dengan sepotong lemon. 
   

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...