Saturday, May 7, 2011

Resipi Bulan Mei

Resipi 1 : Jemput-jemput kurma

Bahan-Bahan
500 gram buah kurma (dicuci, dibuang biji dan dibelah dua)
4 senduk tepung gandum
Sesudu tepung beras
2 cawan air

Sedikit baking powder
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :-
Campurkan air, tepung gandum, tepung beras, garam, gula dan baking powder. Gaul sehingga sebati. Masukkan kurma. Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan. Sedia untuk dihidang. 

TAMBAHAN :
Rasanya manis dan sesuai untuk bulan Ramadhan

-----------------------

Resipi 2 : Sotong Goreng Berempah

Bahan-Bahan
10 ekor sotong - di potong kecil
Sebungkus rempah kari daging
Daun kari 2 tangkai
Bawang besar di potong bulat
6 sudu kicap
Sedikit air
Minyak
Garam - secukup rasa
Bawang merah diracik untuk dijadikan bawang gorang

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara Membuat :-
Tumis bahan kisar sehingga naik bau Masukkan rempah kari dan sedikit air. masak sehingga rempah kari betul2 masak. Masukkan kicap dan sotong. Gaul rata. Masukkan bawang besar,garam dan serbuk perasa. Gaul hingga rata. Biarkan sehingga sotong masak dan sementara itu dengan menggunakan kuali yang lain, tumiskan bawang merah dan daun kari. Gorang sehingga bawang agak kekuningan. Setelah itu, masukkan bawang goreng dan daun kari ini ke dalam kuali yang berisi sotong tadi (termasuk minyak gorengan bawang goreng dan daun kari) Perlahankan api dan siap untuk dihidangkan.

-------------------------------------

Resipi 3 : Stars Raspberry  
Bahan-Bahan
1 - ½ cwn rasberi segar atau frozen rasberi.
1 cwn yogurt / ( bg mereka yg diet, eloklah menggunakan plain-sugar free and fat-free yogurt )
1 cwn ais yang dihancurkan
1 sudu teh madu
4 sudu teh gula / 2 paket gula paket kecil ( saiz seperti yang biasa digunakan di hotel )

Cara Membuat :-
Masukkan kesemua bahan ke dalam blender atau food processor dan kisarkan sehingga halus.
( sebab inilah ais perlu dihancurkan dahulu untuk mendapatkan minuman yang betul-betul sebati.
Hidangkan bersama hiasan yang sesuai.

TAMBAHAN :
Bagus bagi mereka yang menjaga diet seharian.  

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...