Monday, March 21, 2011

Resipi Bulan Mac

Resipi 1 : AYAM ALOHA

Bahan-Bahan :-
4 peha ayam
2 camca sedang serbuk kunyit
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
3 camca kecil garam
1 camca kecil lada putih
1 camca kecil jintan manis
2 camca besar cuka
2 cawan serbuk roti
2 biji telur
2 camca kecil tepung jagung
Sedikit gula
Sedikit halia ( ambil airnya sahaja)

Cara Membuat :-
Peha ayam dibersihkan dan direndam dengan cuka selama satu jam. Toskan dan lumur dengan serbuk kunyit, bawang putih yang ditumbuk, serbuk jintan, serbuk lada putih, gula garam, air halia dan tepung jagung. Peram selama dua jam. Bila hendak digoreng, golekkan dengan telur yang telah dipukul dengan serbuk roti. Goreng dengan minyak yang banyak. Hias dengan kentang goreng, tomato, nenas dan kacang peas, Cicah dengan tomato sos. SELAMAT MENCUBA!

------------------------------------------------------------

Resipi 2 : CHELO SHEEBZAMINI - NASI MENTEGA IRAN

Bahan-Bahan :-
2 cawan beras basmati dibilas air
8 cawan air
1 biji kentang yang besar, di potong kulit dan di hiris tipis
1¼ sudu teh garam
¼ sudu teh gula
6 sudu besar mentega yang dicairkan
¼ teh kas-kas (saffron), direndam dengan 2 sudu teh air panas

Cara Membuat :-
Masukkan beras, air dan 1 sudu teh garam di dalam saucepan dan masak atas api yang sederhana. Bila mendidih, tutup dan biarkan mendidih selama 8 minit. Kacau beberapa kali. Pisahkan air dengan nasi setengah masak tadi. Sementara itu, campurkan kas-kas, gula, 4 sudu besar mentega dan sisa garam di dalam periuk casserole. Campurkan hirisan kentang dan gaulkan semuanya. Rapikan kentang untuk memenuhi dasar periuk casserole tadi. Campurkan nasi di atas kentang dan tuang sisa mentega keliling nasi. Bakar nasi didalam ketuhar setinggi panas 180 darjah Celsius selama 50 minit.

Cadangan Hidangan :-
Tuang nasi di atas piring besar atau dulang kecil. Aturkan kentang diatas nasi. Taburkan daun pudina diatas kentang. Dikeliling nasi boleh aturkan hidangan daging atau dalca sayur mengikut cita rasa.

TAMBAHAN : 
Nasinya cukup untuk 6 orang. Sedap dihidangkan degan lauk kari, daging masak merah atau dalca sayur. Sila mencuba! 

---------------------------------------------------------------

Resipi 3 : ACAR RAMPAI PUTERI

Bahan-Bahan :-
120 gm jeruk campur (dipotong kecil)
120 gm sengkuang (dipotong kecil)
120 gm timun (dipotong kecil)
80 gm lobak merah (dipotong kecil)
50 gm kurma cina (dipotong kecil)
60 gm bawang merah (dipotong kecil)
40 gm bawang putih (dihiris)
80 gm gula merah (dihiris)
30 gm halia (dimayang)
1 sudu bijan goreng
30 gm kismis hitam
50 gm cili sos
10 tangkai cili kering (dikisar)
40 gm cili hijau (dikisar)
40 gm cili merah (dikisar)
50 ml cuka putih (dikisar)
Garam secukup rasa

Cara Membuat :-
Panaskan minyak. Kemudian tumis bahan- bahan yang dikisar bersama halia. Masukkan cuka, gula melaka dan bijan goreng. Masak sehingga pekat. Kemudian masukkan sayuran dan jeruk campur. Masak hanya untuk seketika tidak terlampau masak. Hidangkan mengikut cita rasa dengan sedikit hiasan.  SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...