Thursday, April 7, 2011

Resipi Bulan April

Resipi 1 : AYAM MASAK CENDAWAN

Bahan-Bahan :-
½ ekor ayam dibelah 8
cendawan butang
5 sudu sos tiram
sedikit bancuhan tepung jagung
Sedikit garam
Lada sulah
Ajinomoto (jika suka)

Bahan kisar:
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia

Cara Membuat:-
Tumis minyak dengan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam, apabila ayam sudah sebati dgn bahan tumis, masukkan air sehingga menutupi ayam. Biarkan sehingga ayam empuk. Masukkan cendawan,bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Perasakan dengan garam, ajinomoto(jika suka) dan serbuk lada sulah.  SELAMAT MENCUBA!

---------------------------------------------------------------

Resipi 2 : TOFU TELUR ALA CINA
Bahan-Bahan
3 tiub tofu telur
3 ulas bawang putih (diketuk)
½ inci halia (diketuk)
1 sudukecil serbuk lada putih/lada sulah
1 ½ sudu makan sos tiram
½ sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan ½ gelas air)
Garam secukup rasa 

Cara Membuat :-
Tofu telur dipotong silinder. Bagi lebih mudah, potong dua dahulu dengan tiub plastik pembungkusnya, keluarkan kemudian potong kepada 6 bahagian. Goreng dulu tofu secara tenggelam (deep-fry). Apabila tofu tidak lagi melekat dan berwarna keperangan, angkat dan ketepikan. Panaskan sedikit minyak atas api yang sederhana, tumis bawang putih dan halia.
Masukkan sos tiram dan kacau. Masukkan bancuhan tepung jagung dan dengan segera masukkan garam, lada sulah secukup rasa. Kacau kuah supaya tidak menjadi terlalu pekat.
Tuangkan kuah keatas tofu yang telah digoreng tadi (Tofu terlebih dahulu disusun dalam pinggan). Selamat mencuba!

--------------------------------------------------------

Resipi 3 : SUSU BADAM

Bahan-Bahan :-
5 biji badam
2 sudu susu tepung/ ikut citarasa
1 sudu gula putih/ ikut citarasa

Cara Membuat :-
Buah badam direndam selama 1 - 2 jam.
Kisar buah badam dengan sedikit air dan tapis. Bancuh susu tepung dengan segelas air dan campur badam yang telah dikisar. Tambahkan gula ikut citarasa anda. 

*TAMBAHAN : Jika diamalkan minuman ini baik untuk lelaki.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...