Monday, February 28, 2011

Statistik Pengunjung Ke Perpustakaan Anjung Ilmu Bulan Februari

Berikut adalah statistik pengunjung ke Perpustakaan Anjung Ilmu, JBPM Putrajaya untuk Bulan Februari 2011

  • Bil. Pengunjung              = 387 orang
  • Bil. Bahan Dipinjam        = 69 buah
  • Bil. Bahan Dipulangkan  = 91 buah 
  • Bil. Bahan Dirujuk          = 156 buah
  • Bil. Pengguna Internet     = 8 orang 
  • Pertanyaan Rujukan        = 10 orang

Thursday, February 17, 2011

Peribahasa Bulan Februari

1. Ada bukit, ada paya.
   Maksud : Ada jahat, ada baik, ada miskin, ada kaya

2. Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.
    Maksud : Perbuatan jahat itu sewaktu-waktunya akan mendapat balasan jua.

3. Ada kerak, ada nasi.
    Maksud : Setiap suatu kejadian, pasti ada bekasnya.

4. Ada jarum hendaklah ada benangnya.
    Maksud : Tiap-tiap suatu itu ada pasangannnya.

5. Ada nyawa, ada rezeki.
    Maksud : Asal masih hidup, tentu ada rezekinya.

6. Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang.
    Maksud : Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan 

7. Ada batang, cendawan tumbuh.
   Maksud : Tiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing.

8. Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah/
   Maksud : Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda.

9. Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat.
   Maksud : Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak.

10. Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung.
     Maksud : Tidak mementingkan diri sendiri.